Kawan-kawan kakcik

Khamis, 10 Mei 2012

Gambar-gambaran...


Ke mana pergi pun, tetap hendak dijengah juga.

Pandanglah bukan hanya dengan mata yang terbuka, tapi dengan
hati yang berkata-kata tentang kekuasan DIA.

Andainya mereka boleh berbicara, apakah yang mungkin mereka kata?

Maha Suci Allah, keindahan ciptaanNya membuatkan kita sering terpesona.

Kenapakah dulu-dulu orang kata boleh putus jari andai menuding pelangi?

Dari tebing Pasar Filifina, Kota Kinabalu pun sebenarnya kita boleh
ke pulau-pulau berhampiran dengan tambang yang sama seperti

ditawarkan  di Jeselton Point. Malahan tidak perlu membayar
tambang teksi dari hotel ke jeti sekiranya kita menginap
di hotel berdekatan.  Boleh berjalan kaki saja ke sini.


Sewaktu suami sedang menjalankan tugasnya di luar, jadilah seorang
isteri yang baik dengan duduk diam-diam di bilik hotel sambil makan
mee segera! hehehe...

21 ulasan:

  1. Salam kakcik;

    Mungkin boleh kongsi serba sedikit info berkaitan Sabah i.e, penginapan kat hotel mana, kereta sewa dan tempat2 menarik... jika tak keberatan boleh email jer...

    Sebab bercadang nak bawa anak2 bercuti ke sana hujung tahun ni... (tengah kumpul maklumat ni)

    Best ke Sabah.. sebagai destinasi percutian..???

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Isa.

      Kakcik pun tak mahir sangat tentang Sabah. Tapi kalau Isa rajin selongkar catatan kakcik, kakcik ada buat catatan bersiri sewaktu mengikuti rombongan integrasi ke Sabah pada tahun lepas.

      Berkenaan dengan sewa hotel atau kereta, kakcik memang tak tahu sebab bila ke sana, kakcik 'menumpang' suami yang pergi atas urusan kerja.

      Padam
    2. mekasih kak, yg kakcik tulis2 dlm ni sikit sebnayak menolong sy nak ke sana ujung tahun ni...

      gambo no.2 tu cantik tul!

      Padam
  2. Sabah terkenal dengan pulau2 yang cantik..kakcik xpergi menyelam ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik tak bawa pakaian yang bersesuaian. Kakcik jalan2 je di pulau tu. :)

      Padam
  3. x pernah ke sabah lagi...ke sarawak 2 thn lps pun atas urusan kerja

    BalasPadam
  4. bestnyeee, insya allah nak juga suatu hari nanti merasa naik flight. hihi

    BalasPadam
  5. Seronok lihat semua pemandangan dalam entri kakcik ni....

    BalasPadam
  6. Isnya-Allah, doakan rezeki sy murah supaya dpt jejakkan kaki ke Sabah. Hehehehe...

    BalasPadam
  7. dee suka sabah..pasti ke sana lagi..

    BalasPadam
  8. selalu ada pelangi yg cantik kat KK kan? :D

    BalasPadam
  9. cantikm=nya pelangitu kak chik..kak makan mee segera perisa apa?nurul suka perisa ayam.tapi kat mee tuh ada gambar org utan=)

    BalasPadam
  10. alas perut dgn megi
    abg bob abis meeting leh makan besar :)

    BalasPadam
  11. hihi..sama mcm sy dulu-dulu waktu anak lum sekolah selalu ikut hubby kursus..time dia kursus memerap la kat bilik hotel :)


    skang anak dh sekolah xda can nk ikut dahh

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Kak Cik

    pelangi tu kan besar
    tak payah tunjuk pun boleh nampak....he he

    BalasPadam
  13. canggehnye tepon nokia kakciknurseroja boleh bukak blog.. hehhheh...

    BalasPadam
  14. hahahaha
    makan maggi sedap pe ma....
    tapi tak leh amal selalu..

    BalasPadam
  15. masa kecik kena tipu ngan kawan, dia kata kalau dapat cari tempat hujung pelangi tuh ada harta karun. hahahahahha

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com