Kawan-kawan kakcik

Isnin, 9 April 2012

Aku masih bangga dengan bumi Malaysia...

... kerana di sini adalah segala-galanya tentang diriku meskipun terpaksa kuhadapi segala ketidakpuasan hati.  Lagipun, rakyat Malaysia bukankah sangat 'mesra'?.  Kerana kemesraan itu rakyat negaraku ini tidak segan silu membuka seluas-luasnya ruang untuk siapa sahaja walaupun terpaksa mengenepikan diri sendiri!

Awan dan bumi yang indah.  Sayangnya keindahan itu perlahan-lahan
dibiarkan pupus kerana kelekaan manusia sendiri.

Bila ianya menarik perhatian, dari sudut mana pun ia tetap diperhatikan.

Biarpun ia menyilaukan pandangan, tanpanya dunia akan kelam.

Tanpa pilihan, perjalanan tetap perlu diteruskan.
Sabtu lepas aku dan suami menghadiri majlis perkahwinan anak seorang kawan lama.  Ramai juga kawan lama yang kutemui di situ.  Seorang darinya menegurku dengan kata-kata 'aku baca blog kau'.  Alamak! malu aku jadinya...

 

17 ulasan:

  1. Melihat suka-duka setiap hari di bumi M'sia membuat minda kita bertambah matang utk menilai baik-buruk..

    BalasPadam
  2. saya bangga di lahirkan dibumi MAlaysia
    tak kisahla apa yg org tak puas hati
    biasalah..igt mudah ke nak puaskan hati semua org
    cuba la duk kat luar negara sana..baru tahu langit tinggi rendah

    BalasPadam
  3. Ye.. Perjalanan tetap kena diteruskan
    Terutama perjalanan ke tempat kerja di pagi isnin
    Adeuiii.. Hehehe

    BalasPadam
  4. ujan emas d negeri org ujan bt d negeri sendiri...

    BalasPadam
  5. salam.. kak cik.....kita ambil gambar pelik kat malaysia ni pun best

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Kenduri yang kakcik pergi tu ke Fara? Kat Bukit Mahkota. :)

      Padam
  7. Assalamualaikum kakcik
    semoga kakcik & keluarga sentiasa di berkati Allah..amin :)

    BalasPadam
  8. malaysia oh tanahairku....pusaka tinggalan moyangku..negeri subur aman merdeka... kaulah yang kupuja sepeanjang masa (lagu patriotik...yg syahdu..)

    BalasPadam
  9. Malu Kak Cik tapi dalam hati kita mesti ada rasa bangga, sekurang2nua ada jugak yang memberi perhatian pada setiap tulisan kita.

    Malaysia bumi bertuah.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum kakcik..

    Bertambah koleksi kakcik dgn photo yang cantik2 ...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com