Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 31 Mac 2012

Sarapan bersama blogger, jemputan untuk semua...


Marilah sama-sama kita terus memperkukuhkan ukhwan yang telah kita jalin sebelum ini.  Seperti peta lokasi yang tertera di atas, pertemuan kali ini juga akan berlangsung di Musollah Ehsan iaitu kediaman Dato' LF dan Datin Aishah di Bandar Baru Bangi.

Tarikhnya : 01/04/2012 (Ahad)
Waktunya : 9.30 pagi ke atas
Konsep     : Bawa makanan untuk dikongsi bersama

Jemputan adalah terbuka untuk semua yang membaca catatan ini.  Jangan malu jangan  segan kerana di sisi Allah, yang membezakan kita cuma iman dan taqwa.  Di sisi manusia sebenarnya kita semua sama sahaja kecuali mereka yang sengaja mengada-ngada hendak meletakkan kasta!

Jom kita berjumpa di sana (InsyaAllah, kakcik akan cuba menghadirkan diri sekiranya suami tiada hal nanti).



24 ulasan:

  1. Salam,
    LF dan isteri mengalu2kan kehadiran para blogger. Yang tak kenal, kita berkenalan; yang dah kenal, kita mesrakan lagi hubungan kita. Bawa bersama keluarga. Kami menanti.

    BalasPadam
  2. kimsalam la buat semua
    terutama datok LF tu ma...

    BalasPadam
  3. Hurmm... Kakya mintak maaf bebanyak... X dpt hadir..

    Keluar bandar lagi...

    BalasPadam
  4. Teringin nak pegi tp masa tu blk kpglah Kak....

    BalasPadam
  5. cuba. saya cuba ye kak. Kak, saya dah bukak balik blog saya.

    BalasPadam
  6. Kakcik,

    Dgn dukacita dimaklumkan...sy tak dpt dtg ms bekpes tu. Suami sy keje. Huhuhuhu! Sebelum nie bile ade jemputan, terkena hari suami sy kerja. 1st time sy dtg tuhlah sesatunye hari yg bernsb bek sbb die off. Uwaaa!

    BalasPadam
  7. salam kakcik,

    ati memang rindu nak jumpa semuanya
    tapi cepat sangat waktunya tak sempat
    nak arrange waktu hubby coz dia kerja
    pula sabtu ahad nanti :(

    BalasPadam
  8. saya pun dukacitanya dimaklumkan bahawa adik saya ada interview nak masuk ipt ahad ni. wuwuwuwu~

    BalasPadam
  9. Semoga semua yg dapat pi nanti akan merapatkan hubungan persahabatan sesama blogger & keluarga masing2 :)

    BalasPadam
  10. ahad nanti ayu attend majlis kawin..
    alahai....
    moga ukhwah terjalin..suka sangat bila dato dan datin sentiasa mengambil peluang mengeratkan silaturahim

    BalasPadam
  11. Mesti ramai yg pergi ye kakcik. Baguslah Dato' dgn Datin, humble sangat kakak tengok dia. Rasa hormat kakak mendalam dari cara dia melayan tetamu... Allah saja yg membalas jasa baiknya...

    BalasPadam
  12. kakcik tulun makan tuk saya sama yer...hehe...mesti meriah kan kak hari tu...:)

    kakcik: coupun KFC tu boleh print tak der kaler..:)

    BalasPadam
  13. salam kenal dari kami sekeluarga...

    wah... seronoknya nak buat perjumpaan.... kami orang baru je dalam dunia blog ni...

    BalasPadam
  14. Bangga hati ingin bersama...apa kan daya...ada yg lain telah mengirimkan huluran jemputan lebih dahulu...Semoga majlis berjalan lancar yer kakcik...

    BalasPadam
  15. terinin nak kerumah dato' lagi.tapi hari tu dah ada hal lain..

    BalasPadam
  16. alooorrr jauhhh
    kalau dekat , konperm sya dtg nak jumpee kak cikk ekekke ;)

    BalasPadam
  17. berukhuwah lagi yee..moga tercapai hajat nnti..InsyaAllah

    BalasPadam
  18. Muga mesra dan gembira di sana bersama bloggerian...

    BalasPadam
  19. Kakcik...kita tumpang happy dr jauh je, nak jumpa famili pun belum tentu bila ni. Tahun ni mungkin balik raya atau bulan Jun.

    BalasPadam
  20. wahhh niceee laa kak!saya support! :D

    BalasPadam
  21. hug untuk kakcik!!
    laaamanya tak singgah sini
    ( dan semua tempat )

    BalasPadam
  22. Salam Kakcik,

    Akak tak dapat hadir besok sebab nak kena jemput biras di KLIA balik dari umrah.
    Selamat bergembira salam saya utk Dato LF dan Datin

    BalasPadam
  23. assalamualaikum kak cik...

    sy fasz, yg dtg rumah dato LF ....

    salam perkenalan...wpon tak sempat borak lama....:)

    nasi lemak tu kak cik yg buat kan?sedap

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.