Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 6 April 2012

Cikgu Oh Cikgu, Inilah masalahnya...

Rentetan dari catatanku yang ini semalam, aku menerima komen berikut :

Terima kasih Cikgu kerana sudi berkongsi pandangan.
Sayangnya tiada butir-butir peribadi Cikgu untuk saya lebih mengenali.

Saya tertarik untuk mengulas semula apa yang Cikgu tuliskan ini :

Keberkatan yang bagaimana?

Adakah Cikgu telah membaca sepenuhnya catatan saya itu?  Bukankah ada saya catatkan begini :


Adakah saya mengatakan bahawa saya akan terus mengambil tindakan
tanpa usul periksa?

Baiklah, sekarang mari kita berbicara tentang keberkatan ilmu.  Apakah semua guru merasakan bahawa mereka begitu 'berdaulat'?.  Mengajar hanya untuk dituruti tanpa boleh menyuarakan sebarang bantahan atau pandangan?  Maka kerana itukah ada 'guru' yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan ke atas anak-anak murid mereka hanya kerana dimomokkan dengan perkataan 'berkat'?.

Jangan melawan, nanti tidak berkat ilmu.  Biarkan saja andainya :

- guru meraba kamu
- guru meniduri kamu
- guru mencium kamu
- guru memukul kamu walaupun kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan
- guru mengejek kamu hanya kerana kamu tidak pandai
- guru menghina kamu kerana kamu tidak cerdik dan tidak cantik

Biarkan semuanya berlaku demi keberkatan ilmu kamu.  Begitukah?

Cuba tanya pula, berkatkah gaji yang diperolehi oleh seorang guru bilamana datangnya ke sekolah bukan untuk mendidik tapi hanya untuk berbangga dengan gelaran CIKGU yang dia ada?

yang ini bagaimana pula?



23 ulasan:

  1. Saya tak tahu nak respon mcm mane wpun saya pun cikgu.
    Pd pendapat saya, maksud cikgu fadzilasmat tu ttg kesan tu ialah kadang-kadang ade jenis cikgu yg bila ibu bapa respon, lps tu maybe dia kene panggil dgn pengetua whatsoever, terus dia 'buta'kan mata pada anak Kakcik. Efeknya, nanti lebih teruk dia kerjakan anak Kakcik. Even sekarang pun ustaz tu dh ugut mcm2.

    Pd saya, kalau Kakcik ada bukti yg kukuh tak salah pun pergi mengadu pada pengetua. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Su... kakcik memang sangat faham tentang kemungkinan cikgu itu akan 'membutakan matanya terhadap anak kakcik' sekiranya aduan dibuat.

      Jika tidak boleh ditegur, apakah penyelesaian yang ada? Biarkan sahaja Cikgu itu hendak berbuat apa-apa dengan alasan bahawa 'cikgu sentiasa benar'?

      Entahlah. :(

      Padam
    2. aduhaiii..serbasalah kan kakcik kalau berada di situasi begini

      Padam
  2. Payah kan kakcik.. Kalau cikgu pun ambik sikap butakan mata pd segelintir anak murid, pada saya tu pun dah dikira tak ikhlas. So bila tak ikhlas, dia mengajar pun sambil lewa. Andai budak tu tak faham pun, dibiarkan saje. Masihkah ada keberkatannya disitu? Cikgu-cikgu kalau nak bercakap tentang keberkatan pun, kena fikir lebih meluas

    BalasPadam
  3. janganlah jadi guru kerana sukar dapat kerja lain,

    BalasPadam
  4. jumpa je ustaz tu mak~~boleh setel insyaallah~tapi kalau ustaz tu kerek sangat,meh sms saya~~he~~

    BalasPadam
  5. yang saya nmpak perlu jalan penyelesaian dengan perbincangan dengan ustaz tersebut, semoga ustaz dilembutkan hatinya, timbal balik apa yang diputuskan sebelum itu

    BalasPadam
  6. jumpa terus ustaz tu kakcik... tanya dia apa masalah dia

    BalasPadam
  7. kesian utk anak akak... rasanyer mmg kakcik perlu bincang ngn pihak sekolah n jumpa ngn ustaz tuh... kalu ye pun cikgu nih kerja yg mulia tp mungkin ada gk yg bt salah silap... cume kadang2 mereka takmo terima kenyataan...

    BalasPadam
  8. Pada kakak jgn jumpa ustaz itu takut anak kakcik yg akan diabaikan selepas ini, sebaiknya berbincang dgn pengetua. Biar pengetua yg siasat - dlm kelas bukan anak kakcik aje pasti budak lain ada ramai lagi dan pengetua boleh tanya semua mereka...

    Kesianlah anak-anak dah nak periksa sebelum hujung tahun...

    BalasPadam
  9. acu setuju dengan cadangan kakzakie
    acu rasa ada baik nya kakcik jumpa dengan pengurusan sekolah
    biar pihak pengurusan yang siasat

    BalasPadam
  10. Bagi saya cikgu mesti istiqamah dengan tuntutan memndidik. Menghayati dan bersyukur .....menerima anak didik dgn hati terbuka kerana setiap anak itu punya kekurangan dan kelebihan. Dan kerana itu .... saya lebih suka mengajar kelas terakhir ..... punya kepuasan dalam mendidik apabila mereka baejaya melangkah ... dari tidak mengerti dan tidak boleh .... meraka berjaya ... hatta sekadar membaca sukukata kvkv ...

    BalasPadam
  11. Kakcik bincang dengan Ustaz kenapa dia buat tindakan begitu, dan kalau masih berterusan terus refer dengan pengetua.

    BalasPadam
  12. salam kakak
    memang akk kena selidik dulu , bertanya dgn cikgu dan anak2 betul2 ..
    yelah dlm hal sekolah nie , kita x nak dikatakan menyebelahi anak dan menyokong cikgu ..
    soo semua ditangan akk , akk memang kena pandai dlm bab nie .. yg penting memang jgn mengambil tindakan melulu melainkan dah dibawa berbincang dan bertanye ia berulang lagi ..
    for sure saya pun akan berjumpa pengetua teruss bukanlah dgn cikgu itu lagi ;)

    BalasPadam
  13. saya sokong kakcik. saya walaupun dulu bertugas sebagai guru, tidak akan menyebelahi guru kerana saya tahu ramai guru yang tak bertanggungjawab. dan sekarang ni banyak laporan di akhbar, tentang kes guru salah laku, terutama seksual. anak saya juga ada menceritakan, ustazah (ya bukan guru biasa) mengata tentang kaum lain, sedangkan ada pelajarnya dari kaum itu dan juga kata hinaan lain juga.
    saya pun akan marah kalau anak saya atau murid mana pun memberitahu salah laku gurunya seperti yang terjadi pada anak kakcik dan kawan-kawan nya.
    guru yang ikhlas tak akan rasa tergugat atau marah sekiranya kita menanyakan hal sebenar. mereka akan menerima segala maklum balas demi memperbaiki keadaan pembelajaran. kita ada hak bersuara sebagai ibubapa yang prihatin bukan hanya melepaskan tangan kepada sekolah dan guru.

    BalasPadam
  14. Semalam kan kakcik....hubby ckp sorang cikgu sekolah dia hantok kepala anak murid kat dinding, bukan skolh menengah nk ajak bergasak gitu. Ni contoh cikgu yg tak perlu dihormati, sia2 jd cikgu.
    Kes kakcik tu, paling penting beri semangat dulu kt anak kakcik, jgn sampai dia frust. Biasa zana n hubby buat mcm tu....motivasi dia jgn mudah mengalah walau apa pun org buat kt dia. Sb anak zana selalu di buli kwn, cikgu panggil tambi, hitam legam....mmg pedih la..mcm2 la dugaan.
    Dah ok anak kakcik, baru uruskan ustad tu. Makcik hubby selalu buat surat layang....senang..

    BalasPadam
  15. rasa tak bestnya.. harap ada penyelesaian dalam hal ini dengan cara yg baik..

    BalasPadam
  16. Kalau jumpa ustaz tu..risau dia lebih "marah"..better jumpa pengetua..dan minta pengetua rahsiakan data kita..minta pengetua sampaikan..kalau boleh janganlah merendahkan budakbudak tu..bukannya nak datang serang tak tentu pasal..cuma nak menyampaikan..kalau biar..lagilah melampau pulak nanti..kat anak orang lain dia buat lagi..Tak salah kalau menegur rasanya..Apapun..ambik yang terbaik yang dirasakan sesuai ok..

    BalasPadam
  17. anak saya selalu cerita yg kawannya sering 'dibodohkan' oleh seorang guru akibat tak faham apa yg diajar oleh guru tersebut, cikgu tu cakap, "...kenapa la engkau ni bodoh sangat?..."

    Kekadang terfikir, anak murid yg tidak pandai atau gurunya yg tidak bijak dalam mendidik. Selalu pesan pd anak saya, kalau ada kawan yg agak ketinggalan dalam kelas, tolong bantu setakat yg mampu & jangan kedekut ilmu...

    BalasPadam
  18. Sy bersetuju...
    Jgn hanya gunakan title CIKGU saja maka dia layak utk menghakimi murid sewenangnya...

    Jalankam tugas *Guru* dgn iklas, barulah tidak akan dpertikaikan nama *cikgu*..kan...

    BalasPadam
  19. Sebagai ibu, kak ani rasa kakcik kena bantu anak kakcik. Gunakan cara yang wajar untuk menyelesaikan perkara ini ibarat kata pepatah "seperti menarik rambut dalam tepong, tepung jangan berserak dan rambut tak putus".

    Rasanya jumpa pengetua jalan terbaik. Tentang Ustaz tu terpulanglah pada pengetua untuk memutuskan apa yang patut dibuat. Jangan takut tentang "anak yang akan menerima kesannya selepas ni", bukan ustaz tu sorang yang berkuasa di sekolah tu dan tak semua guru akan bersikap begitu.

    Bukan niat menentang 'guru' tapi demi kebenaran untuk memperbaikkan apa yang tak berapa kena.

    BalasPadam
  20. salam kakcik,

    macammana hasil siasatan kakcik..?

    BalasPadam
  21. KakCik, Kalau yang tak betul tu perlu di perbetulkan..Tak timbul masaalah siapa yg buat salah, cikgu ke, kerja apa ke tak mustahil pernah buat salah secara sengaja atau pun tidak. Saya pun cikgu dan saya rasa tindakan kakcik tu betul, siasat dulu dan lepas tu berbincanglah dgn pihak sekolah. Saya pasti Tuhan akan bersama orang yg benar jadi tak perlu takut kerana sepanjang pengalaman saya sebagai guru, kami pun tidak suka lindungi guru2 yg bermasaalah dan bahan bukti begini perlu untuk masuk fail jika dia seorang yang memang tunggu masa untuk di hadapkan ke lembaga tata tertib. biasa nya kalau yg tak betul tu, pihak sekolah dah sedia maklum..macam kita jugak lah, kalau sebumbung tu kita tau siapa yg sentisa ada tindakan displin atau tidak..InsyaAllah Kakcik, jika niat kita betul, Tuhan bantu kita..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com