Kalau perlu, ke mana pula aduan itu seharusnya kutujukan?
Ingat lagi dengan catatanku YANG INI? Mungkinkah agaknya ada di antara guru-guru yang mengajar di sekolah berkenaan mengalami masalah dalaman atau sakit jiwa tahap kronik? Maka kerana itulah, keputusan pencapaian yang memalukan boleh dicatat dalam buku mesyuarat PIBG? Mungkin ada yang mengatakan itu adalah strategi untuk mendorong murid-murid agar lebih kuat berusaha. Dengan memalukan mereka?
Hari ini, hati aku agak terbakar. Dadaku juga seakan hendak pecah jadinya. Aku tahu bahawa aku tidak boleh bertindak melulu. Aku perlu 'menyiasat' terlebih dahulu. Benar atau tidak khabar yang dibawa oleh anakku.
Anakku itu telah diberikan satu tugasan sebagai kerja kursus untuk peperiksaan yang akan didudukinya. Aku dan suami turut membantu mana yang boleh. Aku melihat sendiri kesungguhan anakku menyiapkan tugasannya. Dia sanggup melakukannya bersendirian dan apabila siap, dia mencetak lebih duapuluh salinan untuk dikongsikan dengan kawan-kawan sekelasnya.
Alih-alih hari ini, dia dan kawan-kawannya dimalukan oleh seseorang yang dipanggil oleh mereka sebagai 'Ustaz'. Kononnya mereka telah membuat tugasan tidak mengikut tajuk sedangkan sebelum ini Ustaz itu telah bersetuju dengan tajuk yang dipilih. Ustaz itu telah mengejek-ngejek (ini yang sangat tidak dapat aku terima, apa perlunya seorang yang lebih tua/dewasa mengejek anak-anak di bawah bimbingannya) kerja yang telah disiapkan. Tidak cukup dengan itu, markah yang diberi adalah KOSONG!
Oh! parah rasanya jiwaku ini. Mungkin aku perlu berhadapan dengan Ustaz tersebut atau pihak sekolah bagi mengetahui cerita sebenar. Tarikh peperiksaan masih jauh dan Ustaz itu mengatakan tiada apa yang boleh dilakukan lagi walaupun untuk membuat tugasan dengan tajuk yang lain.
Tiba-tiba aku merasakan tapak tempat aku berpijak menjadi sangat lembut! :(
Award follower utk Kakcik...
BalasPadamhttp://norgadis.blogspot.com/2010/02/award-untuk-followers.html
Salam Kakcik,
BalasPadamJgn jumpa ustaz tu, jumpa guru besar (GB), suruh GB siasat, bagi tempuh kat GB sekurang2nya 3 hari, dah tuh barulah dgr apa kes sebenar dr GB.
Kalau citer keji tuh benar, baru buat surat official kpd GB sekolah dan cc pd kementerian.
Padan Muka..hihihihi
Adehhhh!! tak sepatutnya guru (Ustaz) mengejek hasil kerja anak murid, itu akan mematahkan semangat mereka, sepatutya kalaupun tajuk tak kena, cuba terang dengan elok kan..
BalasPadamsalam... tu dia ustazah telah menyanyikan lagu njwa....kosong kosong ...salah satu tindakan yang membawa tekanan emosi. Apakah pibg boleh kita harapkan, apakah pihak sekolah masa ini lebih matang.... Saya tidak melihat kebenaran itu, mereka masih belum telus. Mungkin mereka mempunyai alasan bahawa tekanan ini akan memberi kematangan kepada murid murid
BalasPadamSah... ada yg tak kena. Kalau itu caranya dia mengajar, aduan kena buat. Kena direct kepada pengetua sekolah kakcik.. Macam mana seorg dewasa/guru/ustaz membuat penilaian tanpa ada tindakan membantu. Tak pernah lagi kakak jumpa kakcik...
BalasPadamustaz mengejek-ngejek? tak matang sungguh
BalasPadambetul cakap auntie marina.. report kat GB, pejabat pendidikan daerah, dan kementerian
memang ada yg tak betul dgn ustz tu Setuju dengan yg lain, buat aduan pada GB dulu, minta di siasat perkara ni...
BalasPadamKakcik, sy sokong komen Marina Monroe. Klu ye pun tak ikut tajuk, jgnlah mcm tu sekali. Mcm menopaus je ustaz tu. geram lak sy.
BalasPadamini sangat serius.
BalasPadamsetuju ngn kak marina monroe, terus jumpa GB ja kakcik. ni takleh dibiarkan.
teringat masa kat sekolah dulu.. masa tu ada beberapa kwn kena tangkap sebab hisap ganja.. saya cuma berkawan dengan diorang je.. tapi disebabkan hanya berkawan.. tak memasal cikgu check beg sekolah saya.. dan Pad yang saya bawa dibungkus dalam paper pun di tayangkan kat satu kelas.. dan koyakkan sampai ke isi dalam sekali.. Haish... masa tu rasa nak tukar sekolah je... TAk semestinya saya berkawan di sekolah.. bermakna diluar sekolah saya ikut apa yang diorang lakukan.. tak faham dengan cikgu yang suka nak menjatuhkan hukuman sesuka hati ni...
BalasPadamsy baru bc catatan kakcik yg lama tu..
BalasPadamkenapalah sistem pendidikan kita jd camni ek..semuanya nk pentingkan gred spy nama sekolah jd harum..
kalaupun betul tugasan anak kakcik x ikut tajuk x perlulah ustaz tu nak bertindak mengejek..x menggambarkan perilaku seorang guru..
sy setuju dgn semua org..jumpa GB
kak cik..mesti bersemuka untuk mengentahui hal sebenar..sian anak2 yang telah bersusah payah menyiapkan tugasan
BalasPadamkadang2 cikgu2 ni pun mc budak2 juga
BalasPadamrasanya baik adu pada guru besar je kakcik
Sungguh x professional dan x beretika jika benar ustaz yg sepatutnya berkedudukan mulia berkelakuan mcm tu..saya setuju jika kakcik siasat melalui guru besar..
BalasPadamRasanya kakcik lebih baik jumpa ustaz tu dan tanya apa sebenarnya,sepatutnya guru nie membimbing murid2 mereka bukan buat camtu x langsung nak membantu....
BalasPadamat least bagi la markah untuk usaha yg dilakukan oleh anak murid :(
BalasPadamElok kakcik siasat dulu.
BalasPadamtapi geram jugak baca situasi macam ni..sebab kakcik sendiri tengok kesungguhan anak buat kerja kursus tu kan..hmm..kalau ye pun takkan markah 0...diejek-ejek pulak tu.
Siasat ye kakcik...dapatkan penjelasan.
sakit jiwa kot ustaz tu kak... kejap dia ok lepas tu boleh ejek org pasal benda yg sama...tak patut tau...kena kasi kauseling ustaz tu...
BalasPadamSalam..
BalasPadamSelama menjadi guru walaupun hanya GSTT..tak pernah sekalipun rasa nak mengejek anak murid..sebab semua tu akan melemahkan semangat budak tu..Jumpa cikgu tu akan menyebabkan dia membalas dendam kat anak kak cik..jumpa je Guru Besar..Biar dia rasa pulak..
saya sokong part yg akk akan meyelidik dahulu..tp kan kak..anak2 bila mereka berkata dan telah terdidik utk berkata benar maka benarlah apa yg dikatakan..tp sebagai org tua cara kakcik utk menyelidik dahulu hujung pangkal perkara itu adalah sgt bijaksana...
BalasPadamsalam...
BalasPadamsiasat untuk tahu hal sebenar amat bagus... mungkin dia tu ada masalah kot.huh
tp sy yang bacanya pun rasa geram sangat...ada jugak guru yang macam tu.
Saya dah baca entri Kakcik di link tu. Sekolah jenis apa buat kerja macam tu? Sekolah tempat saya bekerja tak pernah buat perkara macam tu. Pada pendapat saya, itu bukan satu cara untuk motivasi tapi memalukan pelajar.
BalasPadamTak sepatutnya seorang guru atau ustaz buat begitu pada pelajar. Saya rasa memang patut disiasat & dibuat aduan. Pergi terus berjumpa pengetua sekolah. Biar pengetua yg panggil ustaz tersebut.
Assalam kakcik,
BalasPadamMarya tak tahu cerita hujung pangkal, tp bila membaca coretan ni, telah menimbulkan kemarahan... 'ustaz' tu sakit jiwa ke apa? Something wrong somewhere ni... Menghukum murid tanpa dibicarakan...eloklah kakcik ambil tindakan sewajarnya...
a'kum ibu,
BalasPadamsaya setuju sangat.kena jumpa guru besar terus.sangat tak patut ustaz atau pun seorang guru mengejek anak didiknya.bukankah itu hanya akan menyebabkan masalah lain akan timbul?mereka sepatutnya memberi tunjuk ajar walau sebodoh mana pun perbuatan anak didik.
rindu pada cikgu zaman dulu..
kejam nye sampai macam tu sekali "ustaz" tu buat??
BalasPadamacu rasa elok kakcik pegi jumpa pihak sekolah
boleh tau cerita yg sebenar
Salam kakcik. Eloklah bawa berbincang dengan pihak pentadbir sekolah berserta cikgu tu. Mungkin ada kesilapan di mana-mana. Anak-anak murid tak boleh dimalukan kecuali kadang-kadang cikgu nak berseloroh...
BalasPadamTak patut buat mcm tuu...kalau saya pun sedih org buat mcm tuu...
BalasPadammungkin ada baiknya kakcik minta pandangan dan pendapat ibubapa kpd kawan2 anak yg terlibat sama, dengar dulu apa kata mereka, kemudian bincangkan langkah terbaik seterusnya supaya tidak menambahkan salah faham yg tak diingini...
BalasPadamitu yg selalunya saya lakukan, ada tikanya suara ramai lebih kuat serunya...
moga berjaya ya. Kpd anak kakcik, jgn putus asa utk terus mencuba yg terbaik...
Jumpa GB... tapi bukan gadis bunga tau...
BalasPadamSabo..
BalasPadamBuat bsangka baik ngan Ustaz tuh..
Jgn tlalu melulu sgt melenting hnya slps mndengar cite si ank..
Tenang sis..
X slesai mslh kalu dpanjangkan hal nih..
Silap2, ank sis yg trima kesannya slps nih..
Yakin & ikhlas dgn pendidik2 d sek..
Bru beroleh kberkatan-Nya.
Takkanlah tak boleh buat apa-apa lagi seperti kata ustaz tu. Bukankah undang2 dan syarat dibuat oleh kita sendiri. Takkan tak ada jalan penyelesaian.
BalasPadamPada saya pun, jalan terbaik berbincang dengan pengetua dan dengar apa yang pengetua akan kata. Mudah2an ada jalan penyelesaian, kesian budak2 tu.
Ajukan ke tam@pcb.gov.my jer...
BalasPadam