Kawan-kawan kakcik

Isnin, 9 April 2012

Buah hati yang kadangkala membuatkan mak makan hati...

budak-budak bermain arang
habislah hitam silantai papan
biar apapun pandangan orang
di mata ibunya dialah yang tampan

pergi ke pantai mengutip lokan
dititi batu perlahan-lahan
bagaimana gaya dia lakukan
dilayan juga dengan sabar yang tertahan

leka bermain bersama rakan
hujan panas tidak dihiraukan
kalau silapnya tidak dibetulkan
nanti ibu juga yang sesal kemudian

38 ulasan:

  1. budak sepet =)
    mesti nakal ni ye ma...
    tapi nakal BS jugakla yang buat ma senyum2 sorang kan?
    hehehehe

    BalasPadam
  2. Heheheh...comel. Nie anak Kakcik yg bongsu kan? Pandai gak die bergaya tu. Hehehe...

    BalasPadam
  3. Salam KS

    Anak bungsu mestilah manjakan?
    Apa2 pun kita kena prihatin terhadap mereka. Tjawab kita besarkan?
    Jumpa lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam MJ...

      tanggungjawab ibubapa tak pernah habis. :)

      Padam
  4. bukan senang punya anak
    apa lagi kalau tak cerdik
    kalau sudah nama pun anak
    tanggungjawab kita kena mendidik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2an didikan kita tidak tergelincir dari landasannya. :)

      Padam
  5. alahai...pipinya mcm apam...geram nak cubit2...

    BalasPadam
  6. Anak sedang membesar,nakal2 yang menghiburkan hati si mama

    BalasPadam
  7. Hensemlah dia,nie anak kakcik yg bongsu yea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... anak bongsu yang memasuki usia 11 tahun dah. :)

      Padam
  8. assalam kak cik..bertuah sitampan kak cik..seronok nanti dia bila baca pantun mamanya

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik,

    Betoi...rebung kalau tak dilentur masa muda, jadi kejang bila besor.
    Manis dia senyum!

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Yong...

      bila dah kejang, silap2 rabak tangan dibuatnya.

      Padam
  10. KakCik
    Terasa sayang pulak kat BS nih. Kalau jumpa dia, boleh belanja capati dan kari ayam, hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. CS... I bagi pinjam seminggu nak? Biar dia puas makan capati... hehehe...

      Padam
  11. tak nakal tak best jugak. asal nakal dia tak mengganggu orang lain sudah, hehe.

    BalasPadam
  12. kombinasi muka kakcik dengan suami..muka nakal-nakal manja gitu..hehe..anak mak sayang ni...

    BalasPadam
  13. kakcik...

    try la kasi pinjam seminggu kat CS tu...
    dia pun berjaman tak gentel budak kecit ehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... takut seminggu juga CS menangis nak melayan selera BS tu! :)

      Padam
  14. Sallam kakcik,

    Memang comel, kalau tengok, sejuk hati ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Mah. Anak - merekalah racun, mereka juga penawar. :)

      Padam
  15. Balasan
    1. Iya, sibongsu yang dilahirkan sewaktu maknya menjangkau usia 40 tahun. :)

      Padam
  16. pandang anak kak chik yang ni teringat Firdaus . Biasalah kak chik nakal tu yang buat kita happy.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com