Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 Mac 2012

Selepas banjir...

Lokasi : Lembah Jaya, Ampang (berhampiran Hutan Lipur Ampang yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Belacan)

Cuaca mendung dan berkabus menjelang waktu Maghrib.

Aliran air yang sangat keruh warnanya.

Teringat di suatu waktu dulu, aku dan keluarga pernah mandi di sungai
yang airnya sekeruh ini.  Iya, aku tak pernah lupa saat susahku
walaupun kini aku tidaklah begitu senang.

Pokok yang tumbang telah dipotong bagi memberi laluan.

Tangki-tangki air banyak disediakan bagi membekalkan air bersih.

Langit yang telah memuntahkan tangisnya.

Permaidani yang mungkin tak dapat digunakan lagi.

Di sana sini penduduk masih sibuk mengemas dan membersihkan
sisa amukan alam.  Semoga mereka tabah dan redha.  Semoga juga
Allah SWT memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.


31 ulasan:

  1. ada hikmah yang tersembunyi...
    moga Allah mempermudahkan segalanya bagi mangsa2 banjir ini
    insyaallah

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Cik

    moga Allah permudahkan urusan selanjut mereka

    BalasPadam
  3. Semoga mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini....

    BalasPadam
  4. sejak akhir2 ni cuaca tak menentu sungguh.. bila hujan lebat bukan main..bila panas rasa macam nak pitam..tiba2 panas..tiba2 hujan..kesian anak2..

    BalasPadam
  5. Memang memenatkan masa nak mengemas rumah ni...kene terima saja segalanya...

    BalasPadam
  6. amukan alam yg memberikan kita seribu keinsafan ..
    memang penat bila membayangkan banyak yg perlu dibersihkan
    belum masuk kerosakan yg bernilai tinggi ..

    BalasPadam
  7. amukan alam yg menginsafkan kita
    memang memenatkan nak mengemas sisa2 yg tinggal
    belum dikira ganti rugi yg terpaksa ditanggung huhuh

    BalasPadam
  8. moga mereka sentiasa tabah & redha atas dugaan ini..

    BalasPadam
  9. permaidani yang tak mungkin permai kembali seperti dulu kala.

    lama sudah saya tidak dengar orang gunakan perkataan permaidani .. selalu panggil karpet je !

    BalasPadam
  10. tengok pun dah terasa penat.
    moga mereka yang melalui cekal tabah
    :)

    BalasPadam
  11. semoga mereka semua tabah n sabar hadapi dugaan... penah rasa rumah terkena banjir masa duk umah bujang dulu.. seksa
    ni kalu yg mmg umah kluarga ntah camne lah agaknyer

    BalasPadam
  12. sangat simpati dierang moga mereka sabar dan tabah menghadapi dugaan...

    BalasPadam
  13. simpati dgn mereka yg ditimpa musibah sebegini..harta benda musnah..tp semua pon dugaan dr Allah..harap mereka tabah dan sabar

    BalasPadam
  14. Dugaan dari Allah... berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..

    BalasPadam
  15. rumah kawan saya pun terlibat dengan banjir ni.. banyak juga barangan yg tak dapat diselamatkan..

    BalasPadam
  16. Sallam Kakcik,

    Cuma rasa simpati yang dapat dilahirkan kepada mereka ini, semuga mereka tabah menghadapinya...

    BalasPadam
  17. semoga yang terlibat tabah menghadapinya...

    BalasPadam
  18. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum Kakcik,

    Issyyy teruk jugak banjir kat Msia ni yek. Akak ingatkan skrng musim panas. Semoga yg kena banjir tu bersabar jer.

    BalasPadam
  20. kesian kat mangsa banjir...da la kotor pas banjr...mcm2 penyakit pulak pastu...haihh

    BalasPadam
  21. musibah yg menimpa tidak disangka2 ..moga mereka tabah menjalani ujian tersebut dan moga Allah gantikan dengan kehidupan yang lebih baik..

    BalasPadam
  22. ada seorang rakan sekerja sepejabat yang tinggal kat sini & terlibat dalam banjir lumpur nie. malah bekalan air pun teroutus sudah beberapa hari..... semoga mereka tabah menghadapi bencana ini....

    BalasPadam
  23. semuga mereka bersabar menerima dugaan.

    BalasPadam
  24. As salam KakCik,

    Ya Allah, banjir lumpur ke Kakcik? Kesian pd mereka yg terlibat... Ni mungkin kerana sistem perparitan yg tak betul kot... Semoga yg terlibat tabah menghadapi dugaan dr Allah ini... Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul! Kakcik pernah mandi air keruh mcm tu, pasti menjadi nostalgia yg tak mungkin dilupakan... Syukur skrg dah semakin maju ada air paip semua... Sy dulu ms kecil2 mandi air perigi...sojuk...gagaga

    BalasPadam
  25. terbayang keperitan nak mengemas rumah lepas banjir

    BalasPadam
  26. kesiannya orang2 kat situ,,mesti sedih je bila tgk rumah yg jd syurga selama ni jd macam ni.. =(

    BalasPadam
  27. nak mengemas tu yg tak tahan tu kan..
    dugaan..dugaan..

    semoga mangsa2 banjir tabah menghadapi dugaan ini..

    BalasPadam
  28. anggap je banjir ni sebagai satu proses pembersihan.

    *mungkin saya cuma pandai bercakap sebab bukan kena kat saya, tapi segalanya pasti ada hikmah kan mak? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com