Kawan-kawan kakcik

Isnin, 12 Mac 2012

Jom beli kerepek...

Tarikh : 11/03/2012 (Ahad)
Waktu : lebihkurang 10.00 pagi
Tempat : Jalan Cempedak, Kg. Sg. Lang, Banting





Model tak berbayar...

... malahan kena bayar apa yang diambil



InsyaAllah, di lain kali kami datang lagi.

Lain-lain itu bukan sejenis kerepek tapi makanan lain yang bukan kerepek...

Inilah hasil belian (tidak termasuk botol-botol dan sudu dalam bekas di belakang itu.

Kawasan persekitaran Kerepek House ini sangat tenang, cantik dan bersih.  Rasa nak duduk bersantai lama-lama tambahan pula ianya terletak di kawasan perkampungan.  Rasa kerepek yang dibeli dan dimakan itu juga tidak mengecewakan.  Tak rugi pergi walaupun agak jauh tempatnya.  Kebetulan aku dan suami menjemput Angah, jadi kami terus ke tempat itu dengan Angah yang jadi jurupandu (tapi di lorong ketiga baru bertemu tempat yang dicari).


20 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Kakcik....

    Saya tak pernah sampai lagi ke kerepek house.

    ** saya am bil masa 10 minit untuk menyiapkan. 3 baris ayat. :(

    BalasPadam
  2. Kakcik ini tempat yg allahyarhamah Sosilawati beli sebelum dia dibunuh itu ke?

    Banyak kakcik membeli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik rasa bukan di sini tempat Allahyarham beli kerepek tu.

      Tak banyak pun sebenarnya yang kakcik beli (sebahagian besar telah habis dimakan kerana hari minggu adalah hari untuk adik beradik berkumpul di rumah kakcik).

      Padam
  3. wahh ada port baik punya nak beli kepek time nak raya nanti hehehhe, dapnya dapat bekpes ngan kepek ni

    BalasPadam
  4. alamak kakcik... bestnyer... kalu balik pontian time raya selalu cari kt simpang renggam suasana camni gk lah sbb kepek msh baru lg... aduhla bestnyer tgk kepek tempe tu kak... best sgt lah hai... feveret tuh,peyek lg lah... aduhla

    BalasPadam
  5. wow bestnye, byknya kerepek. sesuai utk mkn sambil tgk tv

    BalasPadam
  6. Dengar ceritanya di sebelah banting dan kawasan persekitarannya memang banyak menjual kerepek2 ni.

    Bestnya dapat kerepek yang fresh begini.

    BalasPadam
  7. kak cik mesti rambang mata nak beli kan..saya pun klu masuk kedai camni mesti tak tau nk beli apa tapi last2 berplastic2 gak kuar dari kedai kikiki

    BalasPadam
  8. ngeri pulak bila baca komen kakzakie..hehehe..lamanya tak makan kerepek..

    BalasPadam
  9. hahah...model tu mcm kene paksa aje kak? hehe

    BalasPadam
  10. menarik lah kakcik, adik ipar nak kawin bulan november ni, mungkin boleh suggest ke ma untuk buat doorgift kan kerepek ni

    BalasPadam
  11. Banyak membeli kak chik.Kalau ada tukang makannya oklah membeli.Macam lea ni berdua je kakchik.

    BalasPadam
  12. Salam kakcik...

    kat sini pun ada kerepek house..tapi tak pasti lah sama atau tak syarikatnya..kerepek kat sini macam murah sikit kan..

    errr, pandangan mata saya mengatakan model tak berbayar tu semakin sihat lah...hati senang ni...alhamdulillah.

    BalasPadam
  13. Sallam Kakcik,

    Kg Sungai Lang ye kakcik, saya pernah pegi sini dulu ikut
    rombongan cik kiah, satu bas serbu kedai dia ni, semua borong kerepek, sekali penuh bas dengan kerepak.

    BalasPadam
  14. Sekarang ni saya ke Tg. Karang jer kakchik kalau teringin nak makan kerepek...dulu selalu juga kesini..tp rasa mcm jauh sgttt la...

    BalasPadam
  15. lain kali kalau turun banting maklum ye, mana tahu sya boleh tolong teman dan pandu arahkan
    tp tempat kakcik pergi tu memang terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, Ahad ini kakcik akan ke Banting lagi untuk hantar Angah pulak. :)

      Padam
  16. uish... rambang mata tgk kerepek2 ni...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com