Kawan-kawan kakcik

Rabu, 28 Mac 2012

Satu jam untuk 5km perjalanan - mungkin ada yang terlepas penerbangan...

Keluar rumah jam 6.30 petang menuju Banting.  Masuk ke Jalan
Lingkaran Tengah 2 (MRR2), jalan mula sesak.

Nampaknya macam ada lori besar yang mengalami kerosakan...


Inilah lorinya...

Tidak jauh dari yang tadi, ada pula sebuah lagi tersadai di sini...

Nampaknya jalan Cheras menuju Kajang juga sesak teruk...


Setelah melepasi kedua-dua lori tadi, jalan masih sesak lagi...

Lelaki dalam kereta Camry itu sampaikan boleh bersantai membaca akhbar!

Ada pula bas yang tersadai...

Melepasi bas tersebut, jalan tetap juga sesak hingga azan Maghrib
 telah berkumandang dari stesyen radio yang dipasang...

Dah gelap!

Tidur lagi bagus (tapi tak elok tidur di waktu Maghrib tau - tunaikan
kewajipan pada Ilahi dulu)

Rupa-rupanya ada kemalangan yang melibatkan beberapa buah kenderaan sebelum susur keluar ke Stadium Bukit Jalil.  Tak sempat nak ambil gambar sebab dah penat pegang kamera!  Akhirnya kami berhenti untuk menunaikan solat Maghrib di Hentian Seri Kembangan.  Memang ramai orang yang berhenti solat pada waktu itu.

Sekiranya ada yang 'berkejar' ke LCCT atau KLIA, tak mustahil mereka terlepas penerbangan.

Kalau berjogging pun boleh sampai dalam masa 10 minit agaknya!

Sampai semula ke rumah hampir jam 10.00 malam.  Penat!

Penat penat pun jangan lupa temujanji kita pada hari Ahad ini.  Sila klik pautan ini.

55 ulasan:

  1. Tak sukanya bila jalan jammed...

    Dulu suami pernah tanya ok tak klu duduk area KL, saya sepantas kilat terus membangkang sebabnya terbayang keadaan jalan yg selalu jammed.

    BalasPadam
  2. patutlah jem teruk. lori rosak..semalam lori berenti kene tahan ngan polis traffik, itupun boleh jadi jem teruk, tak paham tak paham

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak faham. Tutup satu lorong tapi sesaknya sampai macam lumpuh terus perjalanan. :(

      Padam
  3. teruknyer klu jln jem gini kan... semua benda jd lambat...hehe..
    alhamdulillah saya tak tempuh jem mcm ni klu balik keje...:)jem kat dlm poli jer...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat macamana Nomie, kadangkala tak terjangka jadi macam tu! :(

      Padam
  4. Salam kakcik,

    ambil kesempatan yg terbaik bila berlaku jem berjam2..(?)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Nani...

      buka stesyen radio yang ada alunan zikir dan bacaan Al-Quran, boleh juga ikut sama berzikir dan mengaji, kan? :)

      Padam
    2. Sayang Kakcik sebab boleh baca pemikiran akak..dulu2 akak pasang kaset tapi sejak dah hilang pendengaran zikir sendiri ajer

      Padam
  5. nite marenye kalau betul2 terlepas flight!

    baik naik erl je kan mak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu GB. Tapi jalan di KL ini bukan boleh diduga, silap2 stesyen ERL yang dah nampak depan mata, tak sempat nak dikejar juga. ;-)

      Padam
  6. saya tak sanggup cam tu kakcik..saya tak suka jam...

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Tak adalah sampai mensngis, tapi resah gelisah dibuatnya. Akhirnya banyak benda lain yang patut dibuat tak jadi dibuat. :(

      Padam
    2. ciannya kak chik keletihan, kak chik kena rehat . kesesakan lalu lintas cam ni yang buat kita letih.

      Padam
    3. Cik Ina... balik je semalam, lepas menunaikan solat Isyak, memang kakcik cari bantal dan selimut. :)

      Padam
  8. Ya Allah kakcik...

    Kalau kakya.. Dah menangis nih...

    BalasPadam
  9. mesti lori tu berbakul kena sumpah seranah kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik taklah menyumpah lori tu, tapi tak tahulah pemandu lain. :)

      Padam
  10. sungguh tak suka jam...
    buang masa aje

    BalasPadam
  11. 5 jam???? hoolaaa.. saya mesti dah meroyan dah tu!!0. ouuu..nampaknya ada peejumpaan lagi?? hmmm =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kella... jomle kita jumpa2an lagi pada Ahad ini. :)

      Padam
  12. aduhla kakcik...penatnyer... ngn sesak yg mcmtu... kadang2 bukan pnt bwk kete je tp penat tgk jem...huhuhui

    sbb tu lah kalu nk ke lcct or klia lebih baik naik train kan... lbh selamat n cpt... kalu jd jem gini...mau menangis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dana... kakcik memang tak memandu, gtapi duduk di sebelah pun naik semput dibuatnya. :(

      Padam
  13. kalau berjalan kaki, mungkin lebih dulu sampai.

    BalasPadam
  14. syukur, sy pi keja naik basikal jer...tak penah terperangkap jem..serius !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bagus kalau boleh naik basikal je, secara tak langsung boleh buat senaman. :)

      Padam
  15. kalo nak drive ke KLIA or LCCT - memang kena keluar awal...
    if not - tak pasal2 terlepas flight...

    eh.... better naik ERL aje kalo nak ke airport...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini kakcik belum pernah naik ERL ke KLIA (balik dari KLIA pernah). Kerana itu, walaupun dah check-in awal2, suami lebih suka pergi ke lapangan terbang selewat2nya dua jam lebih awal dari jadual penerbangan.

      Padam
  16. ya allah..berbuah betis pemandu... banyak la yang dapat dosa free menyumpah seranah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik lebih suka memerhati gelagat pemandu dan penumpang di kenderaan sebelah menyebelah. :)

      Padam
  17. kalau sy yg drive, tido malam mesti kena tarik mengkarung...tak suka..menjerit sorang2 tahan sakit.. =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak tak memandu, jadi boleh bersantai dengan kamera di tangan. :)

      Padam
  18. jalan kat MRR2 tu mmg manjang aja jem kan...especially dekat dgn exit/susur bkt jalil tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. MRR2 sebelah rumah kakcik tu , bila petang Jumaat atau hari Sabtu memang 'memanjang' sesaknya menghala ke Ampang - agaknya orang pantai timur balik kampung kot. :)

      Padam
  19. aduhai.. teruk betul jemnya.. klu tak sabar boleh tension dibuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ada yang mencanak naik bacaan darahnya! ;-)

      Padam
  20. MRR2 semedang jem.. lain kali kalau jem kakcik singgah la rumah saya, simpang sebelum paip air besar tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paip air besar Pandan Indah tu ke? Itu di belakang rumah kakcik je. :)

      Padam
    2. :O kakcik!! entah-entah kita berjiran kot! hahaha

      Padam
  21. Teruknya kakcik. Kalau nak bersalin boleh terberanak dalam ambulan agaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat nak bersalin, kalau nak buang air pun azab gak tu. ;-)

      Padam
  22. Macam nielah jln kat KL selalu jem klu ada accident atau keta rosak,bila nak masalah jem nie boleh selesai,keta makin hari makin byk kat jln raya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... setiap keluarga punya kereta lebih dari satu kerana ianya adalah keperluan...

      Padam
  23. tak suka lalu mrr2 sebab itu laa.. selalu sangat jem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik tak boleh nak mengelak dari menggunakan jalan itu. :(

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com