Kawan-kawan kakcik

Khamis, 8 Mac 2012

Kita tidak selalu betul...

simpan semalu di dalam botol
jangan diikat di hujung galah
kita tidak selalu betul
orang pula tak sentiasa salah


tengahari menuai huma
peluh berjejeran rasa tak selesa
tak rugi memberi mahupun menerima
bagaikan ular yang tak hilang bisa


ikan siakap dijinjing-jinjing
habis melekit di hujung lengan
jangan bersikap seperti anjing
menyalak bukit yang tak teruntuhkan



16 ulasan:

  1. pantun empat kerat yang menarik..tb tak reti nak membeli..hehe..maka men'survey' je la..hehe

    BalasPadam
  2. Orang tua patut disegani
    Boleh mendapat ajar nasihat
    Ular yang bisa tidak begini
    Bisa lagi lidah yang jahat

    BalasPadam
  3. pergi ke pekan membeli kuini
    singgah sebentar rumah pak dollah
    manusia semua memang begini
    tak pernah mengaku berbuat salah

    BalasPadam
  4. betul doh mama kata tu..
    dah lunch ke ma??

    BalasPadam
  5. wahh sudipVsenduk siap balas pantun lagi tu!hehe setailo laa!

    BalasPadam
  6. Gurindam seloka setiap hari
    mengubat hati dari berserabut
    walau kemana pun kita lari
    tak boleh elak senario tersebut

    BalasPadam
  7. ikan siakap dijinjing-jinjing,
    rasa secubit hendak semua;
    saya tak pernah melihat anjing,
    menyalak bukit seperti didakawa.

    BalasPadam
  8. maafkan sy kalau ade buat silap ye...kekadang salah sndri susah nk nmpak.. =)

    BalasPadam
  9. alamak. saya pun dah dapat pantun harini mak!

    BalasPadam
  10. alamak tak reti nk berpantun2 ni kakcik...

    sorong papan tarik papan,
    buah keranji dlm perahu,
    gembira hati dpt kenalan,
    kakcik mmg serba tahu,

    heheheh mcm tak betul je tuh

    BalasPadam
  11. betul tu, orang yg paling berhemah ialah yg boleh menerima pendapat orang lain...

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik,

    Cantik2 baikt Kakcik. Akak buat pantun 2 baris eh...Karabas suka ekmek Kak Emine(roti), suka nyalak kat balkon keme!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf Kakcik, nak tulis 'bait' jadi 'baikt' pulak!

      Padam
  13. wah..berpantun! ^__^

    org angkuh je yg rasa dirinya sentiasa betul.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com