Kawan-kawan kakcik

Khamis, 8 Mac 2012

Bukan tak suka, tapi...

... nanti ada pula yang kata 'beri salah, tak bagi salah'...


Pelarasan gaji kuatkuasa 1 Januari 2012




2012/03/08

PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi. "Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini. Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. - BERNAMA


Kenaikan gaji kakitangan awam, pasti akan diikuti rapat oleh kenaikan harga barangan keperluan.  Mungkin ada yang berkata 'sekurang-kurangnya kenaikan gaji akan dapat menampung kenaikan harga barangan itu'.  Kalau sudah begitu, apa perlunya kenaikan gaji?.  Biarlah sama-sama 'di takuk lama'.

Bagaimana kesan kenaikan gaji itu kepada mereka yang langsung tiada sumber pendapatan waima mengharapkan bantuan anak-anak yang memanjang tak cukup duit?  Adakah para peniaga akan bersimpati dengan mereka lalu meletakkan harga barangan 'mengikut kasta'?  Jangan harap!

Siapa kata harga barangan keperluan di kampung lebih murah dari di bandar?  Kerana kurang atau tiada langsung saingan, sebenarnya harga di kampung adalah lebih mahal dari apa yang sesetengahnya boleh didapati dengan lebih murah di Kuala Lumpur sendiri. 

Mungkin golongan atasan (yang tak mustahil asalnya dari golongan bawahan juga) tidak terkesan langsung dengan apa-apa kenaikan harga.  Malah mungkin ada yang mereka boleh perolehi dengan secara percuma.  Jadi, akan terasakah mereka sakit yang ditanggung oleh orang lain? 

Wallahhuaklam.




17 ulasan:

  1. saya setuju apa kakcik ckp..even pasar tani pun lagi mahal sekarang nie barangan dia :(

    BalasPadam
  2. kalau di kuala berang ni..harga makanan boleh dikatakan agak 'mencekik'

    BalasPadam
  3. kite yg swasta ini gigit kuku ibu jari la. wuwuuwuuu!

    BalasPadam
  4. Kakcik, sy kire tempias paling menyakitkan mgkn pd pekerja swasta mcm sy. Tak seme pekerja swasta menikmati kenaikan gaji saban tahun dlm jumlah yg menyenangkan. Ouh...ouh!

    BalasPadam
  5. ahha! point yg sangat tepat kat situ mak! apa beza hrga barang kt bandar dgn kmpung kan? mcm kat kmpung sy tu ada je kedai runcit yg sesuka hati lebih kan sekupang dua, katanya tak ckup untung. diorang tahu kalau org kmpung ni xbyk komplen mcm kat bndar.

    sama jugak dgn top up. ada ke patut kena bayar RM11 utk topup Rm10?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kakcik,

    Orang bagi kita amik, syukurlah. Kami dpt dengor jer. Meh kita reramai mola tanam sayur meh!

    BalasPadam
  7. betul tu kakcik,harga barang dikedai runcit kat kg2 lg mahal.kalau dok bandar leh la dpt harga murah sikit mcm kat tesco tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang melampau2 harga naik sekarang
      kesian sgt dgn golongan yang cukup2 makan

      Padam
  8. saya ada baca tentang nih dalam the international jews..
    dimana salah satu protokolnya, mereka menaikkan gaji dan pada masa yang sama menaikkan harga barang juga.

    jadi, ia dah ada di sini...

    BalasPadam
  9. hehehe...gaji naik 13% (merujuk kepada persen yg tertinggi) tetapi harga barang akan naik 15%. bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai punca pendapatan tetap yer... kesian pula pada yang kais pagi makan pagi kerana kesan kenaikan terpaksa di tanggung mereka walhal kenaikan gaji tidak melibatkan mereka pun.....

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik dan kenkawan yang komen di atas;

    Semuanya dah pakat2 terkena, kesimpulannya pada PRU-13 nanti buatlah keputusan paling terbaik, ikut sunnah Nabi SAW... hijrah jelah... hahaha...

    Komen saya ni tak masuk dalam akta hasutan kan..??? hahaha..

    BalasPadam
  11. Kita nak tunggu yg Swasta kak...ahakz.....kalau Swasta tak naik....tapi harga BRG naik...habis lah kita org......

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kakcik,

    Alhamdullilah, semoga kita semua lebih yakin bahawa setiap rezeki itu datangnya dari Allah.

    Kakcik, Kalau tidak keberatan saya nak minta alamat surat menyurat akak untuk projek mini Mail box postcode 7647, kalau tidak tak apa.

    Email saya di mieza71@gmail.com

    Terima kasih.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com