Menggigil seluruh tubuhku. Bergegar jantungku. Ya Allah, hanya sedetik memisahkan kami dari musibah. Suamiku spontan menyebut 'AllahhuAkbar' berkali-kali.
Entah apa yang dikejar oleh pemandu kereta itu agaknya. Dalam keadaan jalanraya yang licin dibasahi hujan yang masih turun renyai-renyai, pemandu itu memandu dengan begitu laju. 'Menyelit-nyelitkan' keretanya. Kereta di sebelah kereta yang dipandu suamiku sudah mahu menukar lorong dan suamiku memberi laluan dengan memperlahankan kereta kami. Tiba-tiba sahaja terpacul sebuah kereta yang memintas dengan laju dari sebelah kiri. Ya Allah, sedikit sahaja geseran pasti akan mengakibatkan kemalangan.
Pemandu itu terus meluncur laju bersama keretanya dan masih 'menyelit-nyelit' di hadapan. Aku hanya mampu menahan gigil sambil beristighfar. Apakah yang dia kejar? Kalau mengejar maut, tolonglah jangan melibatkan orang lain.
سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
'Subhanallazisahqorolanahazawamakunnalahumuqrinin wainnailarabbina lamunqolibun'
Maksudnya :
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.
(Az-Zukhruf : 13-14)
astagfirullah...
BalasPadambederau darah...
kat shah alam pun hujan pagi ini..
BalasPadamada jugak manusia mcm tu tadi...mencilok jer kerjanya kite pulak terpaksa ketepi takut sebab tak pasal2 disondolnya kereta saya nanti...dah la saya bawak kereta sorang2 jer..takutkan...
Saya pun selalu baca doa ni kak. Takut ditimpah musibah yang tak diingini.
BalasPadamxsuka juga..
BalasPadamtolonglah fikirkan pemandu yang lain jugak
ayat kasar cheqna " kalau nak mati sbb xcident pun...ko jangan libatkan org lain...ko mati la sorang2"
saya setiap pagi camtu le jugak kakchik. macam2 jenis pemandu yg ada, cukup menakutkan
BalasPadammujur takde apa ye kakcik, hmm sikap manusia kan pentingkan diri sendiri.
BalasPadamkan dah ada kes sebab orang lain, orang pulak yang mati eksiden. kalau nak tunjuk terer tolonglah pegi sepang!
BalasPadamSallam kakcik,
BalasPadamSyukur Alhamdulillah Kakcik dan Suami tak apa2.
Orang sekarang dah ramai yang hilang pertimbangan,
bertindak melulu tanpa memikirkan akibat dari tindakan
mereka itu..
alhamdulillah kakcik n suami tak apa2..mmg mcm2 manusia ni nk mgejar masa :( smpai lupa keselamatan diri dan org lain.
BalasPadamSaya pernah mgalami keadaan ni dan mujur suami adalah sorang yg tenang dlm mghadapi apapun situasi..jika gabra mmg mcm2 boleh jadi..hanya Allah yang maha pmurah lagi maha pgasih melindungi kita semua..
Assalamualaikum kakcik..
BalasPadamAlhamdulillah..berkat doa yg akak dan abg amalkan akak terselamat dari kemalangan..
di jalanraya..mcm mana berhati2 pun kita jika pemamdu lain tk berhati2 itulah menyebabkan kemalangan...
sya pun alami pagi tadi, geram sangat dah lah hujan lebat hari ni kan?
BalasPadamSalam kenal kakcik..baru hari ni nak komen...selalu rasa segan :)
BalasPadamSaya memang sakit hati dengan pemandu2 yang tak berhemah ni...buat orang kecut perut aje...kadang2 orang yang tak bersalah lak jadi mangsa..
Boleh katakan setiap hari kakak jumpa pemandu begini kakcik. Kita memang ngeri tapi hairan dia macam tak takut kemalangan/mati...
BalasPadamSyukurlah kakcik/suami tak terlibat dek 'keganasan' itu.
Org yg macam nie selalu sebabkan accident sbb hilang kwln dah laju sgt....
BalasPadambismillahi tawakkal tu alALLAH...
BalasPadamSy pun seringkali jumpa pemandu gini.. mmg menakutkan dan mengerunkan.. terlalu pentingkan diri sendiri.. minta dijauhkan musibah dr mrk2 bergini..
BalasPadamhemmm... menempah maut betul pemandu macam tu...
BalasPadamsib baik lah kakcik dan hb tak apa2 kan.....
syukurlah kak cik dan suami selamat..alhamdulillah
BalasPadamadoiiii...seriaunye! kalau sy ada kat situ mmg menggigil2 kaki nk tekan minyak..dah lambat nak punch card ke apa? takut tak sampai terus je karang
BalasPadamnasib baik kakcik tak de apa2.. takut klu tgk org pandu kete laju2 ni... tak de kesedaran langsung...
BalasPadamastagfirullah...
BalasPadamselalu begitu la kak kita bawa kete elok2 tapi orang lain pulak yang buat hal..
Syukur Allah melindungi berkat doa yg dibacakan setiap kali menaiki kenderaan...
BalasPadamMemang ramai pemandu gila di Malaysia ni kakcik
BalasPadamAlhamdulillah kak cik dan suami selamat.
BalasPadam