Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 16 Mac 2012

Jangan sia-siakan peluang yang diberi...


KUALA SELANGOR: “Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya,” kata kata Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66, di sebuah hotel bajet, di Jalan Raja Muda di sini, minggu lalu.

Amir berkata demikian selepas menerima pekerjaan ditawarkan seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman, 43, di Kuala Selangor, semalam selain turut disediakan kereta dan sebuah rumah yang sudah dibayar sewa setahun untuk dia tinggal bersama ibunya.

Menurut Amir, dia amat menghargai kesudian Jamhuri untuk mengambilnya bekerja serta menyediakan tempat tinggal bersama ibunya dan kemudahan itu sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Semuanya bagaikan mimpi. Saya tidak tahu hendak kata apa. Yang pasti, tumpuan saya sekarang hanyalah untuk membawa mak tinggal bersama.

“Selain itu, saya juga akan bekerja dengan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan majikan yang memberi peluang kepada saya,” katanya ketika mengadakan pertemuan bersama Jamhuri di sini yang diatur Harian Metro, semalam.

Kisah Amir mendapat perhatian ramai selepas Harian Metro dalam laporannya 9 Mac lalu mendedahkan kisah ibunya yang lumpuh kebingungan apabila ditinggalkan bersendirian oleh Amir di sebuah hotel bajet selama empat hari hingga terpaksa dijaga kakitangan hotel berkenaan.

Berikutan laporan berita itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) membawa Faridah keluar dari hotel berkenaan dan menempatkannya di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh bagi membolehkan dia diberi penjagaan sewajarnya.

Persoalan mengenai tindakan Amir itu terjawab apabila Harian Metro berjaya menjejaknya dan dalam pertemuan dengan wartawan akhbar ini, Amir berkata dia bertindak sedemikian selepas hilang pertimbangan dan buntu berikutan masalah kesihatan dialaminya, selain tertekan dengan masalah kewangan berikutan pendapatannya sebagai pegawai pemasaran yang tidak seberapa.

Sehari kemudian, Harian Metro berjaya mempertemukan dua beranak itu di Pusat Sehenti JKM Sungai Buloh hasil kerjasama pengarah JKMWPKL, Noormah Abdul Rauf.

Sementara itu, Jamhuri berkata, dia terpanggil untuk mengambil Amir bekerja di kilangnya kerana mahu pemuda itu mengubah kehidupannya kepada yang lebih baik dan tidak mengabaikan ibunya.

Menurutnya, selepas membaca laporan Harian Metro minggu lalu dia menghubungi JKM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Amir dan ibunya sebelum dihubungi wartawan bagi mengaturkan pertemuan.

“Saya berharap dengan peluang yang ada ini, Amir akan dapat mengubah tahap hidupnya selain menjaga ibu seperti dihajatinya,” katanya.

 
Semoga lebih ramai mereka yang memerlukan bantuan terbela nasibnya meskipun kisah mereka tidak tersiar di mana-mana media.

28 ulasan:

  1. rezeki dtg bergolek..alhamdulillah...
    betul kak,jangan disiakan peluang yg ada...

    BalasPadam
  2. jangan sia siakan peluang dan teruskan berusaha..

    BalasPadam
  3. mmmm kisah yg menarik

    harap lelaki tersebut tidak mensia-siakan peluang yg diberikan

    insyaallah sekiranya niat baik, Allah permudahkan segalanya :-)

    BalasPadam
  4. segala rezeki datang dariNya jua..
    Moga mengguna peluang sebaik mungkin & manfaat sepenuhnya..InsyaAllah..
    ;)

    Moga Kak CikS sihat2 di sana yaa..:)

    BalasPadam
  5. sesungguh bila kita berbakti kepada ibu/bapa kita dengan ikhlas, Allah akan membukakan pintu rezeki kepada kita dengan jalan yang tidak di sangka-sangka.

    BalasPadam
  6. Salam Jumaat Kakcik,

    Subhanallah...Alhamdulillah..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah, iallah saya percaya pemuda ini mampu menjaga ibunya dan berjaya dalam kerjaya, memang rezeki mereka berdua..Hanya Tuhan yang Mengetahui segalanya..

    BalasPadam
  8. begitulah kisahnya..... semoga skuad pencari asnaf seperti di lakukan pusat zakat lebih kerap keluar mencari golongan2 sebegini agar tidak terlepas pandang lagi. apa guna kutipan zakat berjuta2 kan?

    BalasPadam
  9. moga dengan kemudahan yang diberi amir dapat menggunakan peluang sebaik mungkin

    BalasPadam
  10. As salam Kakcik,

    Alhamdullillah, syukur pada rezeki yang ko berikan pada Amir... Allah Maha Penyayang... Berkat dia menjaga ibunya... Berkat berbakti pd ibu... Allah bayar cash! :D

    BalasPadam
  11. alhamdulillah...semoga amir dapat menjaga ibunya sebaik yang mungkin...hanya allah yg akan membalas segala2nya...

    BalasPadam
  12. Semoga keprihatinan Jamhari diikuti oleh sahabat2 kita yang lain di Malaysia ......

    hadir membantu pada golongan yang amat memerlukan ...

    BalasPadam
  13. bagusnya yg membantu tu..besar sungguh jasanya!
    alhamdulillah ada insan begini.

    *faham kerja peg. pemasaran/ sales ni, mmg struggle utk teruskan hidup.

    BalasPadam
  14. bgsnyer datuk tuh sbb membantu...
    semoga si anak tu tak sia2kan apa yg tlh diberi,semoga dia jaga mak nyer ngn sebaik boleh jgn di ulang kejadian yg dulu

    BalasPadam
  15. alhamdulillah, rezeki amir...
    saya tak tau pun cerita ammir ni sebab dah lama tak beli surat khabar..huhu tapi ada melihat di youtube hari selasa lepas mengenai penjelasan amir terhadap tindakannya..

    http://www.youtube.com/watch?v=qErMK49TsW4

    betul, ramai orang kaya di malaysia..jikalau mereka semua bermurah hati pasti banyak kes kurang kewangan ni dapat diselesaikan...contoh kes2 di hospital tu..kalau semua orang berderma bila ada kepelruan ntah2 tak perlu pakai insusrans2 ni..:)

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah..ada jgk yg baik ht utk mbantu..tp itulah kan, hrp2 diluar pengetahuan kita masih rmai dato2 yg nak hulurkan bntuan pd org lain yg sama2 susah jgk,wpun xkeluar paper...
    sy masih xfhm kesanggupan amir tinggalkan mak dia kat hotel n xjenguk langsung..ntah, sy xde kat tmpt dia..tp mak tu kan...nk tgk mak menangis tu alahai tak sampai rasanya hati..
    nk tgk utube link RULZA ..sbb xpernah tgk lg..mgkin lbih fhm lepas ni.

    mak jaga ksihatan baik2 ye. =)

    BalasPadam
  17. betul.....

    murah rezeki kita memnbantu..

    berat sama djinjing...ringan sama dipikul...=)

    BalasPadam
  18. Rezeki yang tidak disangka2.. Pertolongann Allah pasti tiba kan kakcik..

    BalasPadam
  19. amin ya rabbal alaminn...
    setiap kejadian tu ade hikmahnye insyaAllah..

    BalasPadam
  20. jangan sia siakan peluang yang ada.. yang lain pun jangan pulak duk harap & tunggu peluang je.. takkan sikit2 nak putus asa..

    BalasPadam
  21. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Mohon ampun pada ibunya dulu sebab ditinggalkan.

    BalasPadam
  22. wishing all the best for them... :)

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah semoga dikota apa yang dikata oleh sianak.

    BalasPadam
  24. alhamdulillah.. doa yg terbaik uk mereka..

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah segalanya dah selesai ngan cara baik, semoga anak dia menunaikan janji dia tu sebaik mungkin.

    BalasPadam
  26. alhamdulillah...

    mmg sedih, tpi kuasa Allah...ada hikmah sebaliknya...

    jgn lah sia2kan org tua kita... tu lah kasih abadi kan..

    BalasPadam
  27. balasan dan ganjaran dari Nya juga
    untuk mereka yang bermurah hati tu
    sya baca dalam metro tadi pun rasa bersyukur juga, sekurang kurangnya dengan bantuan tu dapat memberi sedikit keselesaan pada si ibu tu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com