Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 Mac 2012

Ayam...


yang kita nampak hanyalah ayam goreng
menyelerakan dan garing

saat ingin makan
kita tak ingat untuk mempersoalkan
apakah status ayam itu
ayam ibu atau ayam andartu
atau benarkah masih dara
seperti yang 'mereka' kata

ayam kampung atau ayam bandar
kita makan kadang tanpa sedar
benarkah ianya masih segar
atau sekadar pelaris yang sengaja diwar-war

halalkah ayam yang kita makan
mungkin tak pernah kita pedulikan
asalkan ianya boleh mengoncang iman
tanpa soal terus kita telan...


aku suka kalau ada yang befikir di sebalik apa yang aku paparkan, tapi siapalah aku untuk diberi perhatian...


15 ulasan:

  1. Emmm.. ayam dah jadi makanan wajib kalo kat umah...

    BalasPadam
  2. ayam suntik bhya mkn...nampak besar tp umur bru bbrapa bulan..

    BalasPadam
  3. Salam,

    Beli tanpa rasa was2, di supermarket dan pasar2. Setiap minggu pasti ada menu ayam.

    BalasPadam
  4. waaaaaa...ayammmmmm....

    TAPI betoi apa yg kakcik kongsikan ini...tq kakcik kerana mengingatkan....

    BalasPadam
  5. dimana sumber mereka perolehi
    itu kena tanya dgn pasti
    kalau boleh tgk dgn mata kepala sendiri
    saat ayam disembelih baru senang dlm hati

    BalasPadam
  6. sering ingatkan diri,, sering soalkan apa yang didepan mata...
    bila rasa ianya halal.. ianya sah disisiNya,
    malahan kepercayaan 100% dihati... ayu pasti ianya tak memudaratkan ayu akan lafas bismillah.... dan makan...

    BalasPadam
  7. hehehe.... terus search kat youtube dengar lagu ayam nyanyian jalil hamid

    BalasPadam
  8. Kalau barang yang kita ragu, elakkan.

    BalasPadam
  9. yelah kak .. setuju ngan kak kunang2 ..
    kalau kita ragu jgn makan dan minum ...
    tapi skrg nie , nak ragu2 pu payah sbb banyak benda yg kita x nampak kan .. ;)

    BalasPadam
  10. nama je ayam dara tapi macam ayam biasa je, pulak cas mahal-mahal

    BalasPadam
  11. tapi kan kakcik, mmg saya tak suka makan ayam kampong...rasa dia semacam

    BalasPadam
  12. anak2 kita mmg suka makan ayam ni..
    kita jek yg sekat2 depa sikit..
    kalau tidak..hari2 nak lauk ayam

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com