Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 17 Februari 2012

Yang tersirat di hati...

sebenarnya
aku seakan enggan lagi peduli
sama ada kau hidup atau pun mati
tambahan bila ada yang mengapi-api
meminta namamu usah disebut lagi


sesekali
aku juga berfikir begitu
teringat sahaja tak mungkin membantu
lalu ingin rasanya kukeraskan hati seperti batu
biarkan sahaja semuanya pergi dan berlalu...


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 (maksudnya) : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu, sesungguhnya Allah Amat Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". 

Selamat hari Jumaat kawan-kawan.  Kakcik bercuti hari ini untuk menenangkan hati dan diri...


26 ulasan:

  1. AsSalam,

    Selamat Berihat dan moga dpt ketenangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Nani...

      terima kasih. Semoga Kak Nani sekeluarga juga sihat dan ceria untuk hari ini dan hari-hari seterusnya. :)

      Padam
    2. "sesungguhnya Allah Amat Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui".

      kalau kita pegang ini dengan sepenuh keyakinan, maka tidak akan ada gundah gulana di hati kita.

      Padam
  2. Selamat Berehat jugak untuk Kakcik yea, pagi ni saya ada sambutan maulud nabi.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kakcik...

    Selamat berehat...

    BalasPadam
  4. salam kakcik,

    Allah maha mengetahui, sedangkan kita
    tak dapat menduga apa yg akan terjadi..

    bersabarlah kakcik...samalah juga dengan
    ati ni :)

    BalasPadam
  5. Selamat bercuti yer akak... saya pula akan menghabiskan hujung minggu dengan jadual yang padat.... huhuhu

    BalasPadam
  6. Semoga Kakcik mendapat ketenangan & rehat yg baik.

    Kuatkan hati kerana walau apapun yg kita lakukan pastinya mendapat interpretasi yg pelbagai daripada manusia.

    BalasPadam
  7. SALAM KAK CIK

    AKHIRNYA SY DAPAT JUGAK KOMEN BLOG KAKCIK ;)
    SUKA SUKA SUKA

    BalasPadam
  8. Suka dan benci anugerah allah utk kita pertimbangkan waktu sesuai mana digunakan kakcik... tak apalah berehat seketika moga kakcik lebih tenang...

    BalasPadam
  9. tenangkan diri, usah difikir buat menyesak hati..moga mendapat penyelesaiannye nnt..insyaallah..

    BalasPadam
  10. semoga kak cik mendapat ketenangan.. dan semoga cuti hari ini bermanfaat buat kak cik.. take care kak..

    BalasPadam
  11. moga mama ceria2 sokmo lah...
    cheqna cuti gop hari ni =)

    BalasPadam
  12. ingin saya berkongsi pandangan.
    jangan. jangan keraskan hati.
    pelihara lah kelembutannya.
    saya baru mendengar ceramah, nabi mengajar formula menghilangkan perasaan terguris.
    formula 3hari.
    selepas 3 hari itu harus lupakan segalanya dan kembali berbaik semula. berdasarkan hadis, tidak boleh tidak bercakap lebih dari 3 hari.
    dari sini juga formulanya ialah melupakan.
    kita selalu diulangi dengan mantra sukar melupakan.
    tapi ini adalah palsu.
    kita ingat apa yg ingin kita ingat.
    ingat lah pada perkara yang menguntungkan bkan yang merugikan.
    lihatlah pada sifat Allah yang maha Pengampun.
    bila di ampunkan dosa kita, maka segala kesalahan yang lalu di erase semua.
    maka kenapa pula kita tak mampu meng erase, tak mampu memaafkan.
    dan selagi kita mahu ingat bererti kita tidak mahu memaafkan.
    dan bila difikirkan keadaan kita pula, tidakkah kita juga mengharap orang lain memaafkan dan melupakan.
    sekadar berkongsi ilmu. muga ada manfaat.

    BalasPadam
  13. assalamualaikum kak cik..

    kami doakan semoga kakcik kan kembali tenang setelah bercuti ya :-)

    BalasPadam
  14. Betul Kakcik. Allah SWT Maha Mengetahui. Moga Kakcik tak terlalu keras hatinya ye.

    BalasPadam
  15. sy dulu penah berdendam ngan seseorang dari bangku sekolah...lepas tu,yang sakit hati nyer sy.jadi lama-lama pastu,malas dah nak simpan.biarkan aje laa... :)

    BalasPadam
  16. Selamat berehat & tenangkan diri ye kakcik..

    BalasPadam
  17. Kadang-kadang buat keras hati sekali sekala pun bagus gak. Tak la asyik kena buli jer.

    BalasPadam
  18. selamat bercuti dan menenangkan hati kakcik


    moga esok segar kembali

    BalasPadam
  19. Salam,
    Take care diri tu kakcik. Share with me kalau difikirkan LF dan isteri boleh membantu

    BalasPadam
  20. Semoga Kakcik menemui ketenangan itu, insyaallah..

    BalasPadam
  21. Salam mak...hari Sabtu ni apa aktiviti? =)

    BalasPadam
  22. assalamualaikum kakakku kakcik..
    ayat itu adalah perawat jiwa yg ampuh..

    selamat berehat kakcik..moga segalanya baik2 selalu..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com