Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 24 Februari 2012

Pagi ini kita makan roti sahaja...

... dan jangan lupa mulakan makan dengan membaca Bismillah serta bersyukur kerana masih ada makanan untuk kita jamah ...

Rasanya ini adalah keluaran terbaru Gardenia

Bila makan, taklah pula rasa duduk di luar negara!

Harganya RM3.80 sahaja. Pastikan belum luput tarikh ya?


Agak liat tapi sedap dimakan dengan minuman panas.

Gambar yang tiada kena mengena.  Cuma nak tunjukkan kulit
mukaku yang 'sangat cantik' gara-gara set SRG! (nak tahu apa
itu SRG, cuba tanya RCW @ Cik Ta!)



21 ulasan:

  1. roti apa tu? belum nampak lagi, tapi boleh cari..SRG tu apa kakcik?

    BalasPadam
  2. Sallam kakcik,

    Tak pernah tengok lagi roti ni kat sini,

    Kesian kakcik, SRG tu alat makeup ke kakcik.

    BalasPadam
  3. alah pada barangan tu ke kakcik?moga cepat elok kak..
    -suri tak b.fast lagi ni..kalau roti gardenia mmg tak merasalah kat langkawi ni...dgr cerita tidak dibenarkan masuk oleh hi5..huhu

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum my dear kakcikS:)

    Kesian kakciks..maybe tak sesuai produk tu kut....
    Antara sbb tini tak berani nak cuba produk baru..dgn kulit jns sensitif nii...aduhaai..pe2 Moga kakcikS ok nanti..;)

    BalasPadam
  5. Salam n morning kakcik..

    Kakya baru minum kopi panas secawan..jap lagi nak mkn roti jugak

    ** ermm.. Product tu mesti x serasi dgn kulit tu kakcik... Saya amalkan cuci muka dengan bersih saja.

    BalasPadam
  6. Safi rania gold ke..huhuhuhu..i pun tak serasi :((

    ai pun mkn roti today ngan pisang ;)

    BalasPadam
  7. Kakcik sayangnya kulit muka jadi macam tu... tak sesuailah agaknya dgn Safi Rania Gold. Kakak guna Sendayu Tinggi dari dulu sampai sekarang. Tapi pencuci pun selalu tukar-tukar...

    BalasPadam
  8. alahai kakcik, aju gune pencuci sahaja, gune dalam seminggu, dah naik 2 JERAWAT BATU di wajah huhuhu, syukurlah tak beli 1 set kak..tgk kesesuaian kulit juge ye kakk huhuhuuhu

    BalasPadam
  9. awat tak perah namak kat sini.. memang kalo pi kl, macam2 jenis ada.. geraammm je nak angkut semua..

    roti memang feveret kami serumah.. kena ada..

    BalasPadam
  10. As-Salam kakchik...

    Alahan tu kan kakchik..tak sesuai dgn kulit...mudah-mudahan cepat sembuh...

    BalasPadam
  11. Salam,
    Tak pernah cuba roti jenis ini .. kat 7eleven tu mesti ada ! LF pagi ini juga makan roti tapi roti canai cicah kari sadin

    BalasPadam
  12. diet ke kak cik?

    br guna ke SRG tuu atau da lama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebihkurang sebulan kakcik menggunakannya. Nampaknya tak boleh diteruskan lagi. :(

      Padam
  13. Tak pernah lagi makan roti ni kakcik..cicah kopi@tea o panas best tu..produk tak sesuai dgn kulit kakcik agaknya xpun produk mmg xelok, stop guna kakcik kan melarat, harap cepat elok.

    BalasPadam
  14. alahai kakcik .. knp tumbuh ruam tu. Cepat2 beli "calamine lotion" Kakcik. Sebelum melarat ..

    BalasPadam
  15. Masa kawan kawan saya berkunjung ke rumah saya sabtu lepas, sorang dari nya bekerja di Gardenia..dia bawak sekali 3 bungkus berlainan nama...sedap kalau buat toast dan sapu minyak zaitun atau garlic butter..cicah kari pun sedap...

    KakChik,
    henti kan je lah pakai bendealah tu..kita beli sebab nak cantik bukan nya sebab nak di sebalik nya...

    BalasPadam
  16. kakcik sama la kita..tapi saya tak naik ruam, naik gatal2.. dari ahad lepas... doc kata allegic.. ntah ler...

    BalasPadam
  17. Salam kak cik..lum pernah nampak roti keluaran terbaru ni di senawang atau sy yg terlepas pandang?
    Kalau jumpa nanti nak gak terkam seketui..hehe !

    Tukarlah pd produk lain kak... bukan semua produk kecantikkan sesuai pd kulit semua org..sy dr ank dara sampai sekarg guna olay je takut nak tukar2 brand ni.

    BalasPadam
  18. belum cuba roti ni lagi tapi semalam makan passione italia..macam roti ni jugak tapi kale hitam..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com