Mengapakah ada di antara kita suka sangat menjadi hakim walau tidak diminta?
Mengapakah kita mudah melatah bila melihat orang dalam kesusahan?
Mengapa kita tak boleh diam bilamana kata-kata kita hanya membuatkan hati orang lain bertambah luka?
Membantu bukan sekadar wang ringgit mahupun tenaga. Membantu juga boleh dilakukan dengan sekadar mengirimkan doa ikhlas dengan harapan Allah mendengar dan mengabulkannya (sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar).
Bila melihat orang lain mendapatkan rawatan di hospital berbayar dan kemudiannya tidak cukup duit untuk membayar segala bil, mengapa dengan segera kira rasa ada api dalam dada untuk dihamburkan melalui mulut yang pestinya tidak berpagar. Lalu kita pun dengan bijak pandainya berkata 'dah tak mampu buatlah cara tak mampu, hospital Kerajaan kan ada?'
Adakah mana-mana manusia waras sengaja ingin menempah bala? Dan adakah ibubapa yang waras sengaja ingin bersesak-sesak membawa anak yang tidak berdaya ke wad kecemasan hospital kerajaan sedangkan kemudahan untuk mendapatkan rawatan segera telah sedia ada? Adakah juga ibubapa yang terdesak itu pernah menyangka bahawa segalanya akan terjadi lebih dari apa yang disangka?
Fikirkanlah sebelum seenaknya menuturkan kata mengikut nafsu yang menggila.
Aku pernah melalui pengalaman dimana anakku memerlukan rawatan yang segera sedangkan aku dan suami tidak punya pun simpanan yang memungkinkan kami membayar bil-bil yang bakal dikenakan. Namun kami pasrah. Demi nyawa sikecil, wang adalah perkara kedua. Mungkin kami perlu menggadai atau menjual apa yang ada termasuk satu-satunya rumah yang masih berhutang dengan kerajaan. Limabelas tahun dahulu, RM31,710.10 (akan kuingat angka itu hingga ke hujung nyawa, InsyaAllah) adalah satu jumlah yang sangat besar buat kami. Syukurlah bila Allah permudahkan segalanya. Syarikat tempat suamiku bekerja, menampung segala perbelanjaan. Andai sekarang pun perkara itu terjadi, tak mungkin dapat kami keluarkan wang sebanyak itu dari poket sendiri. Mujur juga ada kemudahan perubatan yang disediakan oleh Syarikat tempat suami bekerja.
Begitupun, ada juga suara yang berkata 'kau tak takutkah bila kau pencen nanti, semua ganjaranmu dipotong untuk membayar balik duit itu'. Apakah bagi manusia itu, duit adalah segala-galanya berbanding sikecil yang sedang meminta nyawa?
Entah... aku tak tahu nak kata apa.
Akhirnya Adik Faris Nur Daniel dijemput untuk kembali ke sisi Penciptanya. Bacalah kisah adik ini di blog Mazidul. Hanya doa dan airmata mengiringi... |
al fatihah
BalasPadammoga arwah adik faris tenang disana...
kak cik..
BalasPadambab ni kan saya malas nak komen.
kami juga staff swasta.bila takde duit nak ke klinik berbayar kami terus admitted ke spital sbb kompeni hanya cover bila admit.kalau malam2 anak sakit mana nak cari klinik kerajaan.nak ke spital mesti lama menunggu.
mak saya kata 'bukan susah nak bercakap.rapatlan bibir atas dan bawah jadilah kata2..masa tu otak tak fikir baik atau buruk perktaaan itu'
doa juga satu sedekah
Kita tidak ditempat mereka, jadi janganlah kita berfikiran negatif pada mereka.
BalasPadamal fatihah utk arwah.....
BalasPadamsaya sentiasa berkongsi kemudahan perubatan dengan warga myanmar, viet, bangadesh, indon....
BalasPadammedical tourism yang cita-citakan hanya untuk orang bangsawan.
semalam baru menolong sekdar mampu, tak kiralah apapun...dalam hati saya terdetik takpalah kalau adik faris pergi sebab lihat dirinya berselirat wayar tu sangatlah terseksa..tak ralat pun kalau bantu at least ibu bapanya tak terbeban..
BalasPadamhari ni dah terima berita dia pergi..sedih..:(
Astagfirullah rasa nak sepak je orang yang berkata macam tu..tak baca kot kisah adik faris ni..bukan tak mampu, bukan tak amik insuran pun tapi insuran dah habis limit..kalau kita pun sebagai mak ayah kita pun kalau boleh nak anak dirawat di tempat yang baik..anak kritikal nak hantar ke ke kerajaan..???fikir beratus kali ooo...kalau masih ada kudrat dan cara saya rasa saya pun akan letak anak saya disepara/swasta...
Alhamdulillah banyak pihak/blogger war warkan hal ni..mungkin dapat kurangkan beban..yang pastinya beban sedih kehilangan faris hanya masa sajalah yang akan mengubatnya..
sedih mengingatkan jika ia berlaku pada diri ini..tapi ketentuan itu Allah yang punya..dalam sedih gembiralah adik faris itu PASTi penghuni syurga,,,
teringat kata tok guru saya: encik adnan: jangan berkira kalau kita bantu orang..kalaupun orang tu tak bantu kita insyaallah, allah akan datangkan orang lain untuk bantu kita.
mulut busuk tu kenapalah hendak dibuka..kalau taknak bantu diam-diam sudah..jangan menmbah sakit hati orang lain...:(
kadangkala manusia ni mudah lupa...
BalasPadamsegala apa yg dia ada - hanya pinjaman....
tak selamanya duduk diatas mengongkat langit....
berat mata memandang, berat lgi bahu yg memikul...
BalasPadamsusah mulut org ni yg ada jer tak kena dimata mereka..kalau taknak membantu diam jer dahla kan kak cik
BalasPadamalfatihah utk adik faris..
alfatihah buat arwah Faris Nur Danial...
BalasPadamSalam,
BalasPadamBetul sangat ... letakkan diri kita dalam situasi mereka,barulah kita dapat memahami ! Bercakap soal sihat sakit ni, LF cukup berhati2 ... jam 12 thari ni kita sihat wal'afiat, kul 12.15 th nanti, kita tak tahu apa jadi pada diri/keluarga kita ... mungkin terlantar di atas katil hospital ... sudah tak boleh bergerak dan bernafas pun menggunakan alat sokongan ! Benar kata kakcik ... seberapa boleh kita bantu ... sekurang2nya kita mmenunjukkan simpati kita dan mendoakannya.
kak cik, baru semalam saya baru tau tentang ni. And post kat FB. Doa saya sentiasa mengiringi adik Faris moga cepat sembuh... Ya ALLAH, terkejut bila d maklumkan dia telah menghadap Ilahi. Sedih sangat. Tau. tempatnya d syurga. Dia akan beri ibunya air d padang mahsyar. tapi tetap sedih. Mungkin inilah orang kata hati ibu. Al-Fatihah buat Faris.
BalasPadamtak boleh nak kata apa... yg menanggung je tau betapa peritnya..
BalasPadamsy sudah merasa keperitannya.. tp mungkin fikiran sy masa tuh hanya boleh berfungsi.. "aku takde duit.. org ckp je mcm2 tp tak gak hulur.. so biar aku kat hospitak kerajaan nih je.. nak gi swasta aku takdok duit.. biar la lmbt.. biar la sakit.. aku sanggup tanggung"
Al-FATIHAH..kalau taknak tolong jangan banyak cakap, pikir perasaan keluarga pesakit macamana..duit bukan segalanya.
BalasPadamMungkin ini adalah ketentuan Allah yg terbaik untuk hambanya.. alfatihah.
BalasPadamlebih baiklah pandang sahaja, dari berkata2 tapi mengguris jiwa
Jangan suka2 berkata sembarangan kalau tak tahu punca sebenarnya...'pagar yg roboh di mulut tak semestinya menghalang pertuturan sesorang'.
BalasPadamAl-Fatihah buat arwah adik Faris dan Takziah kpd ahli keluarganya.
orang kita mudah sangat menghukum. suka bercakap tanpa fikir dgn rasional.
BalasPadamkepadaNYa kita semua akan kembali..
Alfatihah buat allahyarham adik FARIS.... yea cuma mereka yg pernah berada di tempat ibubapa Allahyarham saje yg tahu bagaimana perasaan mereka... dikala org dalam kesedihan jgn di tambah lagi sedihnya dgn kata2 nista... sy adalah salah seorang yg pernah mengalaminya 9 tahun yg lalu.
BalasPadamkdg2 manusia perlu diam jika tak perlu berkata apa2 utk mgelakkan dari kata2 menjadi pedang yg tajam.
BalasPadamal-fatihah buat arwah!!
dah pasti syurgak tmpatnya dia
AlFatihah...
BalasPadamAl fatihah
BalasPadamAl Fatihah.
BalasPadaminnalillahi wainna ilaihi rooji'un..
BalasPadammoga tabah & sabar ibu ayahnya...
airmata mengalir tak henti buat Faris hari ni..
BalasPadamyang baik, yang buruk insya Allah ada balasannya
Manusia mmg camtu kak. mereka mmg suka fikir selorong. AlFatihah buat arwah. Moga ditempatkan di kalangan org yg beriman.
BalasPadamSyurga tempat anak ini. Moga yg terbaik buatnya. Al Fatihah.
BalasPadamal-fatihah...
BalasPadamInsya-Allah Kakcik, pasti syurga tempatnya.
BalasPadam=D
eh. saya tak komen lagi kat entri ni rupanya.
BalasPadambagi saya kan mak, dalam apa keadaan pun kite tak boleh quickly judge ppl. dalam kes arwah adik faris, sepatutnya tak perlu keluarkan statement yg mengguris perasaan mcm tu sedangkan orang tuanya sdg berusaha selamatkan anak yg tgh bertarung dgn maut.
pendek kata, org yg byk cakap ni belum terkena lagi...
sedih tak terkata baca kisah ni..
Padamgeram tgk sesetengah org mentaliti begini...
* kakcik, kita susah nak reply direct to your entry le.. kena reply macam ni..reply dari posting org lain.. tak tau naper
Al-Fatihah..
BalasPadamSaya pun pernah jugak orang bagi "nasihat" jangan ambik cuti rehat khas bila bawak mak saya pi check up. Depa kata nanti bila dah pencen, golden handshake yg akan saya dapat tu kurang jumlahnya sebab dipotong hari cuti yg diambil tu.
Kalau saya kata dema "pendek akal" atau "buta perut", pandai pulak dema marah nanti. Mak saya ka atau golden handshake tu yg lebih penting?
sy sokong ngan pendpt DA neh.. gamaknyer 'salam tgn emas' tuh bole bwk masuk kubur ler kots? mmg pikior pakai pala lutut laa tuh...
Padammanusia mmg begitu selagi mulut x berbunyi maka selagi tu dia ttp nk mengata...
BalasPadamkak chik, biasalah tu orang hanya pandai bercakap dari nak menolong.
BalasPadamsebak seharian duk bc kisah adik faris ni. biasalah, kan kakcik tin kosong mmng bbunyi bising. Hrp kluarganya trus tabah. Al fatihah...kita juga akn mnyusul jua nnti
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSetiap orang bertindak mengikut situasi setempat dan masa itu. Kalau kita berada di tempat mereka, kita juga akan bertindak mengikut situasi waktu itu.
lagi pula, keluarga ini mempunyai perancangan yang baik untuk masa depan keluarga mereka, ada insurannya...hanya tak cover sebanyak itu. Cuba bilang berapa ramai ada kesedaran untuk ambil insuran sebegini. Orang yang bermulut longkang tu ada insuran kesihatan tak?
Orang kata "Kalau tak boleh membantu, duduk diam-diam je...tak payahlah tambah lagi masalah"
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah. Takziah dan salam simpati buat keluarga arwah.
mulut tak hangus menyebut api,
BalasPadammemang tak nampak sakit dihati...
takper laa...
tiap perbuatan, yg buruk yg baik pasti ada balasan..
Saya dah baca kat BLOG mazidul pasal budak tu kak....alahai..sedihnya....kalau saya...tak tahu mcm ne nak hadapinya...
BalasPadaminnalillahiwainnailaihirojiuun... al-fatihah! masih tidak dpt lelapkan mata bila mengetahui berita sedih ini. now plaks ngah ujan lebat... baru baca udah sedey....x leh nk komen yg lelainlah...huuhuhuhuhu
BalasPadamAl-Fatihah..
BalasPadamSyurga sudah tentu menjadi miliknya.. saya turut bergenang air mata membaca kisah arwah... berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul