Kawan-kawan kakcik

Selasa, 7 Februari 2012

Mohon sedikit perhatian dari mereka yang berkenaan di stesyen televisyen...

Amboi kakcik, ingat blog kau ni popular sangat ke sampai kau perasan ada orang dari stesyen televisyen pun ingin membacanya?

Tak mengapalah kalau tiada orang berkenaan yang sudi membaca.  Mungkin ada orang lain yang prihatin dan sudi memanjangkan catatan ini (di blog atau laman facebook mereka) sehingga akhirnya suara kita terdengar juga.  Setidak-tidak ada juga yang kita lakukan tanda sikap ambil berat kita...


Kepada :

Tuan/Puan Yang Berkenaan
Stesyen TV Kerajaan/Swasta/Berbayar.

Perkara : MEMOHON SARIKATA (SUBTITLE) BAGI RANCANGAN AGAMA KHUSUSNYA YANG BERBENTUK CERAMAH, BUAL BICARA ATAU FORUM.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.  Sejajar dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, dengan rasa tanggungjawab dan simpati, saya ingin menarik perhatian pihak Tuan/Puan terhadap perkara berkenaan.  Rancangan yang bercorak keagamaan (tentunya Agama Islam yang dilaungkan sebagai AGAMA RASMI MALAYSIA), bukan hanya ditonton oleh mereka yang boleh melihat dan mendengar.  Terdapat juga mereka dari golongan yang kehilangan nikmat mendengar sangat-sangat berminat untuk turut menimba ilmu dari rancangan-rancangan yang disiarkan tersebut seperti contoh yang saya sertakan ini...

Pn Marina Monroe (bukan nama sebenar) adalah seorang wanita yang telah hilang pendengaran.

3.  Tidak semua mereka yang hilang pendengaran itu memahami bahasa isyarat atau boleh membaca gerak bibir dengan cepat.  Jadi, sebagai warga penyayang, sudi apalah kiranya pihak Tuan/Puan mempertimbangkan untuk meletak sarikata pada rancangan-rancangan seperti ceramah, bual bicara mahupun forum di stesyen televisyen yang di bawah kawalan Tuan/Puan.

Sekian, semoga catatan ini mendapat sedikit perhatian untuk dipertimbangkan.  Terima kasih.


 

26 ulasan:

  1. aha..betul tu ma
    kadang mende2 macam ni kita terlepas pandang kan...
    moga2 pihak berkenaan kan amik berat hal ini
    insyaallah

    BalasPadam
  2. Salam,

    Kakcikkkkkk...beghenang air mata akak, kakcik sungguh perihatin, kalaulah kakcik penerbit bolehlah kakcik pakai 'power' utk mempertingkatkan value rancangan2 agama diTV utk orang2 saperti akak.
    Terima Kasih kakcik..
    Sayang kakcik..

    BalasPadam
  3. kakcik..murninya niat hati kakcik..sy pun rasa terharu baca entry ni..mudah2an ada yg perihatin dan sampai2kan pada yg terlibat..insyaAllah

    BalasPadam
  4. itule.. kdg2 deme ni telepeh pandang.. bukan golongan istimewa cam Kak Marina je perlu, org2 Muslim yg bangsa lain pun perlu jugak pengetahuan agama kan.. ni asal rancangan agama assume org2 Melayu je tgk.
    pendapat 2kupang teman je.. moge ade yg memberi perhatian & amik tindakan :)

    BalasPadam
  5. salam kak chik, terima kasih kerana menulis entry pembuka mata dan jiwa masyarakat.. Insya-Alalh usaha yang sedikit mampu memberi impak yg besar walaupun memakan masa yang lama..

    lady dah ketengahkan surat ini di laman2 facebook yang berkaitan.. :)..

    tq kak chik.. sepatutnya semuab logger perlu mengambil suatu inisiatif untk membuka mata masyarakat berkaitan isu OKU.. tanpa usahasama daripada smeua pihak, ia tidak akan berjaya dilaksana..

    smg usaha murni kak chik diberi ganjaran oleh Allah swt.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  6. betul tu kak.. lebih meyakinkan kalau ada subtitle..

    BalasPadam
  7. time berita ada plak bahasa isyaratnya , dah tiba masanya pihak stesen tv bukak mata ngan benda-benda cam ni. baguslah kak chik buat usul cam ni, InsyaAllah semoga Allah SWT permudahkan segalanya .

    BalasPadam
  8. Salam kakcik, semuga ada pihak berkenaan yang membaca usul kakcik ini dan dipermudahkan Allah segala urusan.

    BalasPadam
  9. kak chik! jgn risau...wani bantu! nanti wani usahakan.... thanks utk pendapat ini :)

    BalasPadam
  10. Salam,
    Ini satu cadangan yang amat amat baik dan wajar sekali diberi perhatian berat oleh pihak yang berkaitan. LF sokong 120%

    BalasPadam
  11. Betoi jugak tu. Kita yg boleh mendengar ni pun kadang2 tak pasti dengan sebutan, perlukan sarikata, apatah lagi mereka yg kehilangan deria pendengaran. Sokong 100%.

    BalasPadam
  12. Sokong...dan satu lagi terjemahan dalam bahasa malaysia untuk yg program berkaitan agama Islam.....kalau senikata lagu2 yg memang dalam bahasa melayu pun boleh tulis takkan terjemahan program yg bukan dalam bahasa melayu tak boleh nak tulis??? ramai anak2 muda berkelulusan dalam bidang bahasa di luar sana..

    BalasPadam
  13. assalam kak cik..semoga ada yang ambil perhatian.

    BalasPadam
  14. Salam singgah,

    betul tu..pastu banyakkan lagi stesen tv macam Al-HIJRAH.. :)

    BalasPadam
  15. a'ahhh.... setuju sangat. nanti nak share kat facebook

    BalasPadam
  16. bagus benar saranan kakcik tu..
    saya sokong!

    BalasPadam
  17. Kakcik saya undi jadi YB dalam pilihanraya akan datang!

    BalasPadam
  18. Salam kakcik..

    Moga usha murni kakcik ni berhasil. Gunakan semua medium yang Ada kakcik.

    BalasPadam
  19. saya sokong 100% saranan ini .. jujurnya saya sendiri pun tak perasan masalah ini.

    BalasPadam
  20. setau sy, subtitle ni cuma akn diterbitkan bla mn sesebuah rancangan tu mendapat ranking / jumlah penonton yg ramai.. sbb ada company tidak mempunyai department khusus dlm hal sebegini dan mereka akn mengupah org luar utk melakukannya. so mesti ada extra budget utk membayar keje2 tu.. wallahu 'alam..

    hrp usaha kakcik ni mendpt perhatian

    BalasPadam
  21. hmmmmm... sokong juger. harap depa prihatinlah

    BalasPadam
  22. Uikkkk...betui gak erk...den tak penah terfikir lah kak....ni baru terfikir ni....adehhhh

    BalasPadam
  23. setuju dgn n3 akak ni..memang kena pertimbangkan perkara ini,utk manfaat mereka2 yg memerlukan...ilmu yg diberi,dapat disampaikan kepada semua golongan...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com