Kawan-kawan kakcik

Ahad, 26 Februari 2012

Kedai Rakyat 1 Malaysia...

... secara kebetulan sewaktu aku memerhatikan dari dalam kereta, kebanyakan yang masuk ke kedai ini mesti ada warna merah pada pakaian mereka ...

baju merah

pakcik ni tak pakai baju merah pulak

budak perempuan itu pun bergaun merah

si tudung merah
kerana ingin 'menyiasat' dan ada yang ingin kubeli, aku masuk ke kedai
ini.  Tapi barang yang kucari tiada.  Yang kubeli pula tiada yang berjenama
1Malaysia.  Tidak semua barang yang dijual di sini murah harganya dari
yang dijual 'di luar'.  Ada yang sama harga, ada yang lebih mahal.  Contohnya
drumet ayam Ayamas, aku tak pernah membeli dengan harga lebih dari
RM12.00, tapi di sini harganya RM15.90 sepeket.  Ada juga barang yang
dijual seperti laici dalam tin tidak menggunakan logo Halal JAKIM.



Hanya beg plastik ini yang ada jenama 1Malaysia yang kubawa keluar.


35 ulasan:

  1. oh kedai, ciakap tak silupa bikin...

    *

    mak pakai baju kale apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan juga mak pakai baju yang ada jalur-jalur merah jambu! :)

      Padam
  2. kaklong pun belom pernah masuk lagi,suami kaklong ckp,kawan2 dia kata memang berbaloi beli brg2 kat kedai ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin bagi yang dah biasa membeli di situ, mereka tahu mana yang lebih baik, kan Kaklong. :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Kakya...

      kebetulan sebenarnya saya lalu kat kedai tu sementara menanti sibongsu habis latihan bolanya. :)

      Padam
    2. saya dah berbelanja di sini...
      setelah ditimbang bolak balik, biarlah saya berbelanja di luar..

      aaah, lenkali jer ler citer....

      Padam
  4. Saya baru terjumpa kedai ini di kawasan saya (yang saya pun tak pasti dah berapa lama ia dibuka). Nak juga pergi tapi belum berkesempatan.
    Pernah sekali abang beli kan Mak saya sardin cap 1Malaysia,2 tin. 1 tin tu Mak saya cuba masak, lain benar rasa nya. Sudah nya Mak saya beli sardin yg biasa dimasak. Tinggal lah 1 tin lagi tu.. Dah berbulan juga kot :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sufia... bila tengok semuanya berbalut putih dan berlabel sama - rasa lain macam pulak! :)

      Padam
  5. Ada jgk dengar desas desus yg kedai ni indah kabar dari namanya.. harapnya tak gitu tapi jadi jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulan... apa yang kakcik coretkan itu hanya pandangan peribadi kakcik semata2, lagi pun baru pertama kali kakcik masuk ke situ. Lain kali bila nak masuk lagi tu, tak tahulah! hehehe...

      Padam
    2. Mulan...

      dari pengalaman akak, amat mengecewakan...
      seolah-olah standard rakyatnya ini mcm sampah, sbb tu "kebanyakan" kualitinya mcm sampah...

      akak berani cakap sebab kita org berniaga, sikit sebanyak ada pengalaman memilih barangan bermutu setimpal dgn harga...

      nak tipu rakyat pun agak2 laa...
      kesian bg org2 yg tak kenal mana brg baik mana brg kurang baik/kokak.

      bab harga...ada yg mmg nampak murah tp bila semak berat, tak cukup gram....arghh...tak kuasa lah nak ckp!

      Padam
  6. Balasan
    1. Ayu... apa yang kakcik coretkan itu adalah apa yang kakcik lihat. :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Eri... kedai ni rasanya tak banyak lagi cawangannya. Kakick pun baru jumpa kat dua tempat kalau tak silap.

      Padam
  8. Balasan
    1. Kat kawasan perumahan dan kejiranan kakcik ni pun kakcik belum jumpa lagi, Su.

      Padam
  9. betul ... saya masuk ke kedai ni ... yang saya bawa keluar beg plastik 1malaysia ... barang 1M macam tak kena dihati jaaa....pasai pa tak tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chik Att... mungkin yang dikatakan barang2 di KR1M murah kalau dibandingkan dengan harga barang di 7E!

      Tapikan... kakcik jumpa harga minuman botol yang melampau harganya di hentian Rawat dan Rehat (R & R) Lebuhraya PLUS! Lemon tea yang di stesen minyak dan 7E berharga RM2.40, di R & R tu harganya RM3.00!

      Padam
  10. biasalah, kekadang indah khabar dr rupa, kalau kita tak terjah sendiri kita percaya jer,.. sbb tu pihak berkenaan kene memantau le,...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aimaniman... untuk kepastian, lebih baik pergi sendiri dan jangan hanya mendengar khabar saja, kan? :)

      Padam
    2. betul tu kakcik..

      saya tulis bersandarkan pengalaman poket, mata dan kepala sendiri. Takder main dengar2 cakap orang...saya bukan makan hasut punya jenis. apa yg saya rasakan mmg menyengat hati. Sampai hati 'depa' layan rakyat sendiri macam nii....

      Padam
    3. Q... itulah, kalau kita nak menulis tentang sesuatu, eloklah kita pastikan dahulu. Nanti kalau buat dengan melulu, takut kita juga yang dapat malu, kan? :)

      Padam
  11. Kakcik,

    sy pernah singgah jugak sbb terjumpa kt terminal KJ. beli satu dua brg yg mmg harga murah dr pasaran, tapi kualiti lain la kan... harap nama jek leby. abis semua benda nk suh cop logo tu. membazir dan penindasan halus berlaku kepada peniaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cyana...

      sekali dua kakcik terkena beli beli barang yang jenamanya 'lain dari biasa', maka kakcik lebih rela membeli barang2 yang 'sudah dikenali hati budinya' walaupun sedikit 'berharga'. Murah tapi kemudiannya jadi pembaziran, itu lebih tidak elok, kan? :)

      Padam
  12. Salam kakcik,

    Kalau mcm ni elok beli di tempat biasa kite beli shj... Sbg rakyat kita punya hak... harap adalah yg bersuara nnt... Durian sama durian bertentang mata baru lah depa nak dgr :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Marya...

      Duit kita, barang mereka. Jadi terpulanglah pada kita untuk 'melaburkannya'. Kan? :)

      Padam
  13. Salam kakcik,

    Merah warna feveret kak ani tu. Kenapa pulak macam tu yer.

    Tak aperlah sekurang2nya kita tau yang tak semua di kedai 1 malaysia tu murah dari tempat lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Ani...

      saya suka warna biru cair, hijau dan coklat. :)

      Sama juga dengan harga barang2 di pasaraya yang ada nama. Tidak semuanya mampu dek kita. :)

      Padam
  14. saya belum pernah masuk kedai 1 Malaysia..kat Lipis ni tak de lagi..kalau harganya lebih murah dari kedai biasa lain,pasti ramai pelanggan,tetapi jika harganya lebih kurang atau lebih tinggi dari kebiasaan,tidak perlu wujud kedai 1 Malaysia..camne kak chik?

    BalasPadam
  15. teringin jugak nak masuk kedai ni. Tp tak tahu kat mana lokasi yg ada..

    BalasPadam
  16. kakcik..
    ros kalau barangan yang bungkus lain macam dan takde nama pembuat, pengilang, kandungan (tanda halal perlu tapi kena perhalusi..) memang tak berani beli.

    harga air cincau fitrah kat shah alam rm1.60 je.

    ok kita gunakan hak muslim dan hak pengguna.

    BalasPadam
  17. kakcik tau sekarang ada morsikal 1malaysia...? juga ditawarkan dengan harga murah.

    sekali gus menggambarkan betapanya rakyat malaysia ni sebenarnya dalam kesusahan...

    BalasPadam
  18. puas hati bila dengar komen dari para2 ibu... tq yaaa..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com