Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 6 Januari 2012

Pantun merapu di hari Jumaat - Orang Besar Orang Kecil...

bawa gebar pergi ke Kampar
rosak katil di makan bubuk
orang besar bertepuk bertampar
orang kecil parah bertumbuk

kain dihampar atas pemidang
duduk terpencil tak nampak muka
orang besar makan sehidang
orang kecil pantang bersemuka

pergi ke pasar mencari keranji
nampak ganjil nak makan tak lalu
orang besar menabur janji
orang kecil tak sedar tertipu

garam kasar memang berguna
tapi jangan dibuat sira
orang besar masuk istana
orang kecil masuk penjara!
 
 



15 ulasan:

  1. bulat kecil bulat kecil bulat lah besarrrrrrrrrrrrr~ hehehe :)

    BalasPadam
  2. Kakcik! Kebetulan sy pun ade men pantun arini.

    Kakcik,

    Sy suke sgt dgn pantun Kakcik nie! Berisi sgt! Mendalam sangat! Sinis sgt! mmg betul2 kena kat batang idung la! Ptt share dlm FB nie Kakcik! Serius best!

    BalasPadam
  3. apalah erti hidup takabbur
    balasan bukan omongan kosong
    orang besar cakap berterabur
    orang kecik bodoh menyokong

    melanyak jalan menjadi rata
    rumput jalanan pun terkena
    banyak sudah di depan mata
    masih lagi dibuai lena

    BalasPadam
  4. Org kecil selalu menjadi mangsa org bearkan... ibarat durian menggelek mentimun... erm..

    BalasPadam
  5. dah dua blog iols jumpa entry berpantun
    terer banget kakcik berpantun....

    BalasPadam
  6. uhh..gitulah nasib
    org kecik ni kan..

    contoh last wk mamat yg
    masuk muka depan paper tu
    tu contoh org kecik...sian..

    BalasPadam
  7. ilham saya terasa tersedut semuanya oleh kakcik keh3...

    BalasPadam
  8. nak sambung lifesaver...

    sayang papa sayang mama naik perahu, enam kali enam jadi 36,
    enam lagi enam lagi - jadi beruang...

    harharha...baru nyanyi lagu ni dengan myComel tadi sambil conteng2 kertas.....hihi

    BalasPadam
  9. Makan tempe hari hari,
    Itulah rahsia muka berseri.

    Makan tempe hari hari,
    Istana yang besar dah tak berseri.

    Makan tempe hari hari,
    Harapnya betul betullah masuk ke jel nanti.

    BalasPadam
  10. teringin gak nk beli pantun kak cik tapi tak kreatif..nak buat mcmana kak cik...dah org kecil tak mahu sedar-sedar lagi...kdg tu org kecik dipasungkan dgn mcm2 cara..takleh nk kata apa

    BalasPadam
  11. wah! wah! kakcik bukak gelanggang..

    Tanam herba sihalia bara
    Tali pisang dipintal pintal
    orang besar bertambah mesra
    orang kecil masuk sepital.

    Tengah hari panas terik
    padi dibendang habis musnah
    orang besar sign contract
    orang kecil berebut tanah


    ke kota lama mengarak panji
    lihat bulan pakai teropong
    orang besar menabur janji
    orang kecil jugak melopong

    dari muara ke bukit lintang
    bawa balik kayu belantan
    masuk istana terima bintang
    masuk penjara kene rotan

    Sekian.

    BalasPadam
  12. mendalam maksudnya tu kakcik. saya suka.

    BalasPadam
  13. org kecik darah panas
    macam masak air dalam kettle
    org besar janji belum tentu lunas
    janji je...buatnya, lain cerite.

    *merapu. hehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com