Kawan-kawan kakcik

Khamis, 29 Disember 2011

Tahun baru Masehi bakal tiba...

... akan kedengaranlah lagi
soalan-soalan yang tak pernah basi
apakah azam baru anda
terlunaskan azam yang sedia ada
tidakkah hendak menambah ahli keluarga
bila agaknya hendak menimang cahaya mata
asyik seorang bila pula hendak berdua
tidak teringinkah menukar kereta
atau membeli rumah yang lebih selesa

sedetik waktu berlalu
selangkah usia kita gugur
yang bertambah hanya angka
hakikatnya kita kian dekat ke sana

ditunggu-tunggu detik duabelas malam
dirai dengan penuh riang
berapa banyak berlakunya perkara sumbang
berapa banyak juga duit yang terbuang

yang kecil yang besar sama sahaja
terlompat-lompat terkinja-kinja
lalu bila terjadi masalah di kalangan remaja
lagu bangau oh bangau didendang semula ...



17 ulasan:

  1. cantik bahasa yang disusun tapi berat masalah yang terhimpun.

    BalasPadam
  2. SALAM,
    betulangat ... tak salah kita berazam ... yg penting azam yang positif utk kebaikan kita dunia dan akhirat ... kita usahakan bersungguh-sungguh utk merealisasikan azam tersebut ... tak mengapa, mungkin satu dua berjaya .. tahun berikutnya usahakan lahi.
    Yang masalahnya, cara tahun baru ini diraikan ... bertentangan dgn ajaran agama kita. Wallahua'lam

    BalasPadam
  3. betul ckp akak, ustaz pun selalu ckp, usia kita sebenarnya semakin berkurangan, bukan semakin bertambah sebenarnya :-)

    selamat thn baru kak :-) moga kita sentiasa dalam rahmat Allah Taala

    BalasPadam
  4. selamat tahun baru masihi. harap2 tahun baru semakin luas pengalaman baru diterokai.

    BalasPadam
  5. walau begitulah yang terpampang
    tidak seorang berani menentang

    BalasPadam
  6. Salam Tahun baru Masehi kakcik..

    Nak masuk tahun baru ni selalu nya saya akak tanya PA..bila nak BONUS ni bang...hahahhaa

    BalasPadam
  7. kalau di Kedah...depa kata xtvt biasa2 saja, kita tgklah cmana nanti bila tiba detiknya...

    BalasPadam
  8. macam saya ni..perlu ker berazam? Azam tahun baru Hijrah pun lom terlaksana lagi...berapa banyak nak berazam kan? hehe

    kakcik, naper saya masih takleh masuk kotak follower kakcik?

    (sari dua ni main klik2, tak sangka boleh masuk kotak follower kengkawan cara otomatis...budusnya selama nih! haha)

    BalasPadam
  9. buat azam, senang. nak melaksanakan azam tu yang paling susah.

    BalasPadam
  10. azam kak chik tahun 2012 apa ye..??

    BalasPadam
  11. selama 31 tahun saya hidup ni belum sekali pun saya pi sambut tahun baru..heheh..
    tak dak peluang...
    tapi syukur la..
    sekurang2 saya tak la membuang masa untuk itu..

    BalasPadam
  12. setuju dengan ibundo..nak berazam mudah..nak melunaskannya tu susah.. sudahnya azam tahun ni sama dengan tahun2 lepas sbb tak pernah buat :P

    BalasPadam
  13. Belum ada azam untuk tahun depan, cuma ada matlamat yang perlu di relisasikan tapi beri masa 3 tahun lagi. Kena usaha dari sekarang.

    Setiap kali datangnya tahun baru bererti kita akan menyambut ulangtahun kelahiran dan setiap kali itu juga hari lahir semakin jauh dan hari kembali semakin dekat.

    BalasPadam
  14. ada lg azam yg akan direalisasikan pd 1Q12

    BalasPadam
  15. nak tukar trend pulak..

    mahu berazam di tahun baru hijrah.. dan bukan di tahun baru masehi..

    takpe kan.. (",)

    BalasPadam
  16. Patutnya kita laungkan di malam sambutan tahun baru laungan " Kita semua semakin dekat kepada kematian".

    Baru nak insaf agaknya.

    BalasPadam
  17. Sy tak pnh berazam. Tp thn dpn sy nak berazam!

    Sudah smpi ms sy utk bersungguh2.

    =D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com