... akan kedengaranlah lagi
soalan-soalan yang tak pernah basi
apakah azam baru anda
terlunaskan azam yang sedia ada
tidakkah hendak menambah ahli keluarga
bila agaknya hendak menimang cahaya mata
asyik seorang bila pula hendak berdua
tidak teringinkah menukar kereta
atau membeli rumah yang lebih selesa
sedetik waktu berlalu
selangkah usia kita gugur
yang bertambah hanya angka
hakikatnya kita kian dekat ke sana
ditunggu-tunggu detik duabelas malam
dirai dengan penuh riang
berapa banyak berlakunya perkara sumbang
berapa banyak juga duit yang terbuang
yang kecil yang besar sama sahaja
terlompat-lompat terkinja-kinja
lalu bila terjadi masalah di kalangan remaja
lagu bangau oh bangau didendang semula ...
cantik bahasa yang disusun tapi berat masalah yang terhimpun.
BalasPadamSALAM,
BalasPadambetulangat ... tak salah kita berazam ... yg penting azam yang positif utk kebaikan kita dunia dan akhirat ... kita usahakan bersungguh-sungguh utk merealisasikan azam tersebut ... tak mengapa, mungkin satu dua berjaya .. tahun berikutnya usahakan lahi.
Yang masalahnya, cara tahun baru ini diraikan ... bertentangan dgn ajaran agama kita. Wallahua'lam
betul ckp akak, ustaz pun selalu ckp, usia kita sebenarnya semakin berkurangan, bukan semakin bertambah sebenarnya :-)
BalasPadamselamat thn baru kak :-) moga kita sentiasa dalam rahmat Allah Taala
selamat tahun baru masihi. harap2 tahun baru semakin luas pengalaman baru diterokai.
BalasPadamwalau begitulah yang terpampang
BalasPadamtidak seorang berani menentang
Salam Tahun baru Masehi kakcik..
BalasPadamNak masuk tahun baru ni selalu nya saya akak tanya PA..bila nak BONUS ni bang...hahahhaa
kalau di Kedah...depa kata xtvt biasa2 saja, kita tgklah cmana nanti bila tiba detiknya...
BalasPadammacam saya ni..perlu ker berazam? Azam tahun baru Hijrah pun lom terlaksana lagi...berapa banyak nak berazam kan? hehe
BalasPadamkakcik, naper saya masih takleh masuk kotak follower kakcik?
(sari dua ni main klik2, tak sangka boleh masuk kotak follower kengkawan cara otomatis...budusnya selama nih! haha)
buat azam, senang. nak melaksanakan azam tu yang paling susah.
BalasPadamazam kak chik tahun 2012 apa ye..??
BalasPadamsetuju dengan ibundo..nak berazam mudah..nak melunaskannya tu susah.. sudahnya azam tahun ni sama dengan tahun2 lepas sbb tak pernah buat :P
BalasPadamBelum ada azam untuk tahun depan, cuma ada matlamat yang perlu di relisasikan tapi beri masa 3 tahun lagi. Kena usaha dari sekarang.
BalasPadamSetiap kali datangnya tahun baru bererti kita akan menyambut ulangtahun kelahiran dan setiap kali itu juga hari lahir semakin jauh dan hari kembali semakin dekat.
ada lg azam yg akan direalisasikan pd 1Q12
BalasPadamnak tukar trend pulak..
BalasPadammahu berazam di tahun baru hijrah.. dan bukan di tahun baru masehi..
takpe kan.. (",)
Patutnya kita laungkan di malam sambutan tahun baru laungan " Kita semua semakin dekat kepada kematian".
BalasPadamBaru nak insaf agaknya.
Sy tak pnh berazam. Tp thn dpn sy nak berazam!
BalasPadamSudah smpi ms sy utk bersungguh2.
=D