Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 17 Disember 2011

Siapakah agaknya anda yang datang itu, ya?...


Yang dari Malaysia itu tentulah kawan-kawan kakcik yang saban hari datang ke sini.  Dari New Zealand tu, pastinya adik kakcik Nida.  Dari Singapura, pun kakcik rasa kakcik boleh agak. Mungkin beliau adalah Pn. Nursalamah (sayangnya blog beliau tidak boleh ditembusi - atau mungkin beliau memang tak punya blog?)

Tapi, yang lain-lain tu, siapa ya?  Pastinya mereka yang boleh membaca dan memahami Bahasa Melayu, kan?  Sudi tak kenalkan diri anda?  Bolehlah nanti kakcik berkunjung balas kalau kalian punya blog juga. :)

Atau sebenarnya 'mereka' adalah jenis yang hanya suka meninggalkan jejak/virus di ruang kotak jerit semata-mata?

19 ulasan:

  1. kakcik kerja tak arini?

    saya kekadang tu ada juga pengunjung dari luar negara... terkadang tu terfikir juga mungkin mereka menggugel sesuatu lalu termasuk ke dalam blog saya tanpa sengaja...

    tp terkadang tu terfikir juga, kalaulah mereka ada mengikuti blog saya, kalau mereka bukan melayu, apakah yang boleh mereka fahami dari tulisan saya? apakah pengajaran yang boleh saya kongsi bersama...dan dengan penggunaan bahasa tempatan serta gaya bercerita saya, andai diterjemahkan melalui google kedalam bahasa mereka - bahaa Inggeris terutamanya, ya ampoooon....boleh juling bijik mata.

    mungkin ada baiknya saya mengubah kepada bahasa yang sempurna tp kekadang saya rasa lebih selesa menjadi saya seadanya...bergantung pada rasa dan suasana saat saya ingin bercerita tanpa menyusahkan sesiapa...kerana bagi saya blog adalah teman mendengar yang pendiam lagi setia biarpun dikunjungi memalam buta...

    cewah, ampon ya kakcik...dah jadi sesi meluahkan rasa nampaknya di sini hihi...

    BalasPadam
  2. Yg dari M'sia - 90 tu satu darinya confirm adalah kakak...

    BalasPadam
  3. Assalamualaaiikum my lovely Sis,kakciks:)

    Agaknya peminat akak merangkap silent reader nihhh....leh bangga pe kakciks...;)

    BalasPadam
  4. singgah intai kakcik buat apa..esok kita dah nak jumpa2..

    BalasPadam
  5. saya taknak jerit kat kotak. nak jerit luar kotak je. :D

    BalasPadam
  6. betul kakcik! terimakaseh ingat saya. saya tak punya blog. tak reti. tapi suka baca. tapi malas nak log masuk untuk tinggal komen. tapi hari ni saya sambut seruan. semuga satu hari saya dapat mengunjungi laman nyata kakcik. saya juga kunjung teman kakcik, AA dan Q.

    BalasPadam
  7. cik ina banyak dapat komen spam dari luar negara, geram je.cik ina dah buang kotak jerit sebab tak de masa nak pegi chek: )

    BalasPadam
  8. Saya pendatang baru.. Nak jugak Ada blog tapi nak uruskan x berapa tau...google cari kakcik saya, jumpa macam2 kakcik dalam tu..kebanyakan blog dah berkubur beberapa tahun. Sampailah di blog kakcik Seroja ni yang aktif. Walaupun bukan kakcik yang saya cari..tapi sudah cukup bagus, bagi saya bermula..

    Salam ziarah kakcik Seroja.. ;)

    BalasPadam
  9. Ya, saya pernah cuba cari ‘rumah’ Pn Nursalamah itu. Terimakasih kerana selalu menjengah kita.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kakcik,

    Deme tu org kita jugak Kakcik. Deme rajin bertandang blog org lain pastu ada link blog kita, deme terjah ler. Kakcik cuba pi kat Feedjit (kalau ada) dan buleh klik kat nama blog diorang (kalau diorang ada bloglah). Cam tu lah akak trace pengunjung yg belum ada link dgn akak.

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik,

    Akak suka singgah blog kakcik ni.

    Alhamdulillah esok dah 18 Disember, berjumpaan di rumah Dato' LF, sayang saya tak dapat bersama. Salam pada semua.

    BalasPadam
  12. huhuhuhu.....ada di mana2 jer pembaca akak yer

    BalasPadam
  13. blm final decision. alamak. jangan marah saya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com