Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 16 Disember 2011

Hari ini aku bawa bekal...

Dah alang-alang masak untuk anak-anak, bawalah bekal sekali sekala.  Alahai... masak pun yang ringkas sahaja...

Nasi putih, sambal tumis ikan bilis dan ayam goreng.  Alhamdulillah. Sayur
tak ada.  Jadi, bukanlah satu hidangan yang lengkap, kan?

Aku tertarik dengan komen Pn. Queenie ini :


Aku juga mengenali seorang perempuan pemalas yang kalau ikut bahasa budak-budak muda sekarang 'malas gila' atau 'malas tahap dewa' (eh! dewa tu pemalas ke? dan dewa itu sebenarnya apa?).

Tahap kemalasannya termasuklah malas mandi pagi, malas mengemas dan pelbagai malas lagi termasuk malas memasak walaupun  dia punya dua anak.  Sanggup dia bagi anak-anaknya makan mee segera atau nasi berlaukkan telur goreng dan kicap dengan alasan itu adalah makanan kegemaran anak-anaknya. 

Bila waktu makan pula, dia selalu beralasan masih kenyang.  Tapi bila semua orang sudah selesai makan, dia akan ambil satu pinggan, isi semua makanan dan makan seorang diri.  Bukan aku tak tahu, dia berbuat begitu agar dia tak perlu mengemas apa-apa kecuali sebiji pinggan yang digunakannya sahaja.

Bukanlah tujuan hendak mengumpat di pagi Jumaat.  Tapi, mungkin boleh dijadikan panduan buat adik-adik dan anak-anak gadis.  Jangan nanti sampai ditinggalkan suami kerana salah diri sendiri.

Ah... biarlah.  Semoga dia akan sedar juga suatu hari nanti. Mari tengok apa yang kawan suamiku beri semalam...

Satu guni tu!

Inilah isi kandungan guni itu.

Ada yang terliur tak? Sedappppp.


26 ulasan:

  1. SALAM,
    MEMANG ADA YG TERLIUR .... SUKA HABIS ! SEGUNI ....TAK KAN TAK ADA LAGI ?

    BalasPadam
  2. adaaa...durian tu sedap sangat!,

    .. eh cakap pasal malas masak ni.....ok itu mmg ramai, tak dinafikan tapi malas makan ni pon ada gak ke...apa lah dorang ni. semua nak senang je kan..nanti suapkan ke mulut...huh! dasar!!

    BalasPadam
  3. macam kecik je durian ni...

    banding dengan lubang sinki tu...

    BalasPadam
  4. kakcik, saya pun ada penyakit M jugak.. tapi tak lah ditahap kronik... M melayan kehendak sendrik jer.. kalo orang lain, terutama anak2 dan somi, nak tak nak, kena ler rajin, walopun masa tu raja M dok atas pala.. huhu..

    BalasPadam
  5. saya seboleh2nya elakkan virus M tu duduk lama dlm badan. kalau virus M tu dtg, cepat2 saya cari antibodi R. R=rajin. hihihi.

    BalasPadam
  6. melampau juga malas macam kisah kat atas tu kak cik, minta jauh la anak cucu kita;)

    durian ni musang king yer?kuningnya;)

    BalasPadam
  7. kakcik,
    1. NAK DURIAAAAANNNN
    (dgn suara husky sbb terlebih makan duriah muahaha)

    2. kakcik, saya meluat betul ngan pompuan PEMALAS. Mmg dalam satu keluarga tu ada yg perangai camtu. Malas nak mengemas dan cuci pinggan dia cakaplah kenyang, bila org dah siap berkemas, dia jugak tukang sepah balik walhal tinggal mencekik jer...anak2 dia pun semua tolak kat kita...dari mandi sampai cuci berak kencing dan segala2nya.. tp tu dululah, sekarang dah merdeka muahaha..

    3. lebih baik saya berkawan ngan org bodoh dari orang pemalas, boleh jadi gila dibuatya, kalau bodoh boleh belajar, tp kalau dah dasar pemalas, banyak mana pun ilmu tak guna, takkan dimanafaatkannya, taunya nak memerintah jer! tp kalau bodoh jenis ada problem mental tu lain bicaralah kan? hehe...

    bekalan kakcik tu akan lengkap hanya dengan sepotong buah kan?

    BalasPadam
  8. mengancam sungguh warna merah ke-orange-an sambal bilis itu...

    Cantiknya isi durian tu! baunya sampai ke sini wei...

    saya tak kisah kalau pompuan tak pandai masak, tapi hangin kalau yg tak tau masak pas tu malas nak ke dapor...

    BalasPadam
  9. ishh..ishhh...
    malassnyee..
    malaslah nk komen..hehe


    p/s: kakcik nape dgn blog ati ni
    dah ada n3 baru ..kt bloglist
    masih n3 smlm...geram betuii!

    BalasPadam
  10. Kdg2, anak dara (belu mkawen) mmg ada yg tak de minat ke dapur. Tp bila dah kawen, automatik akan jdk rajin.

    Err, sy pun ade gak kenalan yg smpi dah ade anak 2. Dah bersumpah tak nak masak sampai bile2.

    Hehehehe...

    BalasPadam
  11. dengar tu wahai anak-anak gadis.
    jangan belanja kahwin je mahal..

    BalasPadam
  12. kalau sy...malas ke dapur bila masak utk mkn sorg2...kita masak kita makan...bosan..kalau dah bdua baru la syok nak masak...kikiki

    BalasPadam
  13. "Bila waktu makan pula, dia selalu beralasan masih kenyang. Tapi bila semua orang sudah selesai makan, dia akan ambil satu pinggan, isi semua makanan dan makan seorang diri. Bukan aku tak tahu, dia berbuat begitu agar dia tak perlu mengemas apa-apa kecuali sebiji pinggan yang digunakannya sahaja"

    Tergelak dengan cerita org macam petikan ni. Ada jugak org macam tu no...Nasib baik orang tak habiskan makanan tu yer...kalau tak sebiji pinggan pun dia tak payah kemas. kenyanglah katakan.hehehhe.....

    BalasPadam
  14. pakkal je duit tengah takda la ni, kalau idak kerana terliur melihat durian tu sudah tentu pergi cari dan beli..hihi

    saya setiap hari masak..suami pun bawak bekal hari2(sampai kawan2 dia kata "rajinnya bini masak") hihi..masa saya kerja dulu pun siap masak tengahari sekali dan balik makan dirumah dengan suami(takpela tempat kerja dekat) tapi kalau sibuk bawak 2 bekal untuk pagi dan tengahari..anak3 pi taska pun bawak bekal bubur..kalau dah tak sempat sangat masak oat saja..

    saya memang jenis tak percaya masakan dikedai..huhu..

    BalasPadam
  15. iols nowadays - setiap pagi memasak utk my kids dan anak2 sedara lunch - hanya breakfast aje iols tak buat - kalo sejuk nanti tak sedap plak...
    lauk for lunch - depa bleh perangatkan balik...

    jadilah tu kak... rezeki jugak tu! janji kenyang kak!

    BalasPadam
  16. kakcik..
    bukan kakcik je suka bawak bekal tak lengkap camtu..saya pun sama.
    rasanya ramai kaum ibu yg bawka bekal asal kenyang camni..selain jimat duit..tak membazir pun ia jugak kot.masak banyak2 tinggal kat umah takut tak abis...hehe

    BalasPadam
  17. wuuihhhh degheyannn.. abih lupe nk komen yg lelainnn.. heheheh

    BalasPadam
  18. kakcik,biar lah apa org nak kata,anak dara kaklong pun tak minat memasak,selalu pelantak kat telinga dia,tapi dia bt tak tau jer...kang nak bising2 selalu tak kose kaklong...telan jer lah..papa dia selalu jugak marah kan dia..abis nak bt mcm mana...tapi makan memang dia minat,.huhuhu..!
    tapi kaklong selalu ckp,smpi bila tak nak belajar masak,besok dah kawin,mesti nak masak,tak akan nak makan kat luar hari2...
    papa dia ckp,besok dah kawin,papa tak benarkan kaklong masak untuk suami dia,biar dia tau..!
    ni pengajaran untuk dia..
    biarlah kaklong buka pekung kat dada sendiri!

    BalasPadam
  19. pada saya masak yg ringkas2 bkn la sbb org tu pemalas...
    kdg2 selera kita x nak jgk makan bersolek sangat...
    nsb baik juga sy bkn lah kategori perempuan yg pemalas tahap dewa..hahah, sbb sy pun slalu msk yg ringkas2 gak
    baru semalam makan pulut durian..bessst

    BalasPadam
  20. gambar durian yang paling bawah sekali tuh, memang terliur di buatnya. hehehe...walaupun ringkas bekalan kakcik, tapi nampak cam menyelerakan jer....

    BalasPadam
  21. tu pemalas...perlu d msk kn je atas dapur... biar dia rs...
    best nyer durian

    BalasPadam
  22. Sedapnyaa durian tuh Kak Cik.. rezeki tuh.. ada org bagi plak tuh..:)

    BalasPadam
  23. Kak Cik..Alin pun penah ada sedara yg sebegitu..malas mengemas.

    Memang terliur ngan durian. dah 2-3 kali lihat blog yg tunjuk durian. sib baik x ngandong :)

    BalasPadam
  24. Ada saudara yg perangai mcm tu, bila kita masak bnyk sgt yg dia tak mkn. Cerewet satu hal. Kepala batu pulak tu...

    BalasPadam
  25. macam-macam perangai manusia ni kak chik, ada sedara kita tu, bila kita ajak makan tak nak, bila kit dah habis makan, dah basuh pinggan semua, baru plak dia nak makan: )

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com