Kawan-kawan kakcik

Khamis, 10 November 2011

Setengah tahun telah berlalu...

10/05/2011 - 10/11/2011

di hati ini masih ada rindu

masih juga terbit rasa pilu

terkenang-kenang akan salahlakuku

terpandang-pandang renunganmu yang sayu

terdengar-dengar akan keluh-kesahmu

namun semuanya telah berlalu

yang tinggal hanya kenangan-kenangan yang menusuk kalbu

v


v


v


v

bersemadilah dengan aman duhai bapaku

semoga kasih dan rahmat Ilahi sentiasa bersama rohmu

Al- Fatihah.

notahatiyangbersalutkesaldanrindu : setiap kali terkenang pada bapa, setiap itu juga bagai ada pasir yang masuk ke mata...


26 ulasan:

  1. Moga rohnya tenang di sana. Doa anak-anak amat didambakan oleh nya.

    BalasPadam
  2. alfatihah
    moga arwah tenang disana..
    amin...

    BalasPadam
  3. masih teringat bila kaklong menagis baca entri tentang beliau..
    sekejap jer masa berlalu kan?
    alfatihah...!

    BalasPadam
  4. takutnya nk hadapi ujian kehilangan yg tersayang :(

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah moga rohnyaa aman di sana..

    BalasPadam
  6. insyaAllah...ayah kakcik tenang di sana. jangan putus hadiah kepadanya di sana...

    BalasPadam
  7. alfatihah, yup betul tu jgn putus hadiah kepadanya disana

    BalasPadam
  8. al-fatihah buat arwah ayah kakcik..

    kita pun selalu teringat kat apak kita.. terasa2 dia ada bersama.. especially bila tgk makanan kegemaran dia...

    BalasPadam
  9. akak


    pB rindu sangat sangat pada ayah pB

    BalasPadam
  10. alfatihah


    10/11 juga tarikh lahir mr. EX :(

    BalasPadam
  11. al-fatihah...
    biarlah arwah tenang di sana dengan doa anak-anaknya kakcik...

    lap pipi tingatkan ayah...

    BalasPadam
  12. moga arwah bapa kakcik ditempatkan di kalangan orang yag soleh

    BalasPadam
  13. al- fatihah..

    kita yang masih hidup ini jgn terus putus dari mendoakan arwah..

    BalasPadam
  14. sungguh cepat masa berlalu kak cik, sedar2 dah 6 bulan...

    alfatihah buat arwah bapa k.cik. hanya doa kita yg mampu membahagiakan dia sekarang...

    BalasPadam
  15. AlFatihah buat arwah..

    Bila terkenang kan orang tua kita pasti banyak kenangan menggamit memori..Tapi dia pasti bahagia di sana kerana kakcik dan adik beradik selalu mendoa kan nya...
    Sabar ya..

    BalasPadam
  16. Al-Fatihah..
    Apabila meninggal seseorg anak adam itu, maka terputuslah hubungan dengannya kecuali 3 perkara, harta yang dimanfaatkan ke arah kebaikan, amal ibadatnya dan doa anak yang soleh..semoga rohnya dicucuri rahmat..
    Amin..

    BalasPadam
  17. bila terkenang ibu atau ayah yang telah pergi, terasa rindu yang bagai mahu dijerit jerit kan kak..

    dah 2 tahun aruah ibu saya pergi, saya masih lagi belum basuh beberapa helai bajunya yang masih lekat bau wangi nya..

    semoga ayah kakcik ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh.

    BalasPadam
  18. tak sangka kak chik dah setahun berlalukan.semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org-org beriman.amin.

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com