Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 November 2011

Pohon rambutanku...

mari nyanyi ikut rentak 'sepohon kayu'...

sepohon rambutan di hadapan rumah
lebat buahnya juga daunnya
walaupun kita orang yang ramah
peribadi orang jangan ditanya

sepohon rambutan berbuah lebat
siapa yang cepat dia yang dapat
walaupun kita kelihatan hebat
belumlah tentu hidup berkat

(dah... dah... nak merepek lagi kakcik ni!)

Masa pertemuan di rumah kakcik tempohari, buah rambutan ini masih menghijau.  Sekarang sudah mula menguning dan memerah.  Di pertemuan akan datang, mungkin hanya tinggal daunnya sahaja.  Kalau bukan rezeki, dalam mulut pun tidak tertelan, kan?



notaringkasseorangyangbukanberjawatanpencatatminit : setelah berkali-kali, akhirnya berjaya juga menempah tiket yang dikehendaki walaupun terpaksa ubah tarikh.

32 ulasan:

  1. manis tak buah rambutan ni

    ari tgh sakit tekak dan batuk
    takleh makan buah tu :)

    BalasPadam
  2. Pantun buah rambutan ni kak cik yg cipta ke...ringkas tp isi cukup padat...sata malas mkn rambutan sebab kn kupas..hehe

    BalasPadam
  3. Ati...

    isi buah rambutan itu memang sangat manis sehingga kulitnya dihurung semut. :)

    Semoga Ati segera pulih dari segala kesakitan itu. Amin.

    BalasPadam
  4. Ladysirna...

    kakcik cipta sesuka hati saja tu. :)

    Kalau ada orang tolong kupaskan, makan tak? :)

    BalasPadam
  5. kat kg sy, rambutan masih hijau..durian mgkn hujung bln ni gugur :)

    BalasPadam
  6. MDT...

    nanti nak ikut balik kampung, makan duyan, boleh? :)

    BalasPadam
  7. Mungkin rambutan kat kampung kakak pun sama juga. Lama tak balik kampung sebab anak-anak periksa.

    Wah... nampak gaya tiap hari makan rambutanlah kakcik

    BalasPadam
  8. lebatnya pokok rambutan kakcik..

    nasib baik ada kawan sepejabat bawak rambutan semalam..dapat la merasa 4 ulas..kalua tidak tentu telan air liur je teringat kemanisan buah rambutan..hehe..

    BalasPadam
  9. kakcik, saya suka kopek banyak2, letak dalam bekas pastu boh dalam peti ais.. makan masa sejuk2 gitu, sedap..

    sedap pantun.. :)

    BalasPadam
  10. Kakzakie...

    buah rambutan yang dah masak tu agak tinggi untuk dicapai, nak kait kakcik ada sedikit penyakit M. :)

    Tapi, yang pasti setiap kali kakcik memandang rambutan itu, kakcik pasti teringat pada Kak Nani @ Marina Monroe.

    BalasPadam
  11. kakcik, qema suka buah rambutan ala2 masak gini..sedapnya.

    BalasPadam
  12. salam kakcik,

    hehee... menguning tuh oke lagi..part memerah tu sy rasa mcm lain jer bunyi dia.. hehee...

    dah mcm nak perah santan .. heh heh..

    BalasPadam
  13. masih berbuah lg or da berbuah kali ke 2?

    BalasPadam
  14. Qema...

    datanglah ke rumah kakcik, boleh kita kait sama2. :)

    BalasPadam
  15. Fatin...

    bukan perah santan tapi warnanya menjadi merah. :)

    BalasPadam
  16. KhaiRin...

    pokok tu berbuah buat kesekian kalinya. :)

    BalasPadam
  17. saya paling suka buah rambutan yang isinya tidak melekat pada bijinya

    BalasPadam
  18. kat kg saya masih hijau2 ....

    pokok buah pun dah pening la ni ... baru 3 bulan lepas musim buah .... sekarang ni....dah banyak org berjualan durian ...

    BalasPadam
  19. Salam Kakcik,

    hehehehe kakcik masih ingat yea..hehehehe saya nak rasa masa hari pertemuan tuh tapi baru berputik2 agaknya..Wah! sekarang dah nak menguning, Aduhhhh..sedapnya.

    BalasPadam
  20. sedapnye...hati2 makan tu kakcik,
    nanti batuk2 plk..heheh

    BalasPadam
  21. Salam
    Seronok ya kalau ada tanah untuk menanam buah2an.

    BalasPadam
  22. kebanyakkan pokok rambutan yg chik na jumpa lately mesti buahnya lebat sakan...sampai tak nampak daun :D

    BalasPadam
  23. Suke mkn buah rambutan... Buah kesukaan kunitew...
    Nk gi umah kakcik laa...

    BalasPadam
  24. eelobor...

    isi rambutan ini memang tidak melekat pada bijinya.

    BalasPadam
  25. Chik Att...

    zaman sekarang, durian tidak lagi bermusim. Sepanjang tahun boleh didapati. :)

    BalasPadam
  26. W/salam Kak Nani...

    memang saya ingat sangat2. Hendak sahaja saya hantar ke rumah Kak Nani, tapi hari cuti saya selalu 'penuh' :(

    BalasPadam
  27. exora...

    sejak dua hari lepas, kakcik dah batuk2 semula walaupun tak makan rambutan. :(

    BalasPadam
  28. Ariff...

    depan rumah kakcik kebetulan tiada rumah lain didirikan. Adalah sedikit tanah untuk pokok2 buah2an tumbuh. :)

    BalasPadam
  29. Alin...

    mesti puas makan atau sampai tak termakan kan? :)

    BalasPadam
  30. Chik Na...

    sampai orang pun tak larat nak makan, kan?

    BalasPadam
  31. Ain...

    jangan tunggu lagi, jemputlah datang. Kita kait sama2. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com