Aku hanya berjalan-jalan dan mengambil gambar sebelum 'lari' semula untuk berehat dalam kereta kerana tak tahan dengan cuaca yang panas, sesak serta terdedah dengan batuk dan bersin mereka yang membanjiri kawasan ini.
Menurut suami dan adik-adikku, harga barangan di sini (walaupun barangan terpakai) adalah agak mahal. Jadi, kenalah pandai tawar-menawar...
Pintu Gerbang di bahagian belakang. |
Macam-macam barangan ada dijual di sini |
Sesak! |
Ada sesiapa pernah guna buku ini sewaktu di sekolah dulu? |
Kata adikku, seterika lama ini berharga RM120 satu. Mahal kan? |
Macam-macam saiz batu/cincin ada. Silalah pilih. |
Kasut 'bundle'. |
Peralatan jahitan pun ada. |
Entah pejabat pentadbiran manalah punya fail-fail ni. (Aku ternampak sepasang kasut jururawat dengan jenama KKM, tapi aku segan pula hendak merakam gambarnya! |
Kasut lagi... |
Siapa peminat pinggan lama? |
Sesuai bagi yang ada anak kecil. |
Murah, kan? Tapi dah berapa lama agaknya tersarung di badan orang lain? (~_~) |
Ada yang berkenan ke? |
Yang ini aku suka (tapi suka tengok je!) |
SALAM,
BalasPadamTEMAN ORANG PERAK TAPI TAK PERNAH SAMPAI DI SINI
tempat lepak saya ni kakcik tiap hari Ahad..bukan beli barang pun, suka nengok deme punya semangat berniaga
BalasPadamhalamak kakcik.......
BalasPadampinggan mangkuk tu yg takleh tahan
ekekeke
kakcik survey tak harga pinggan mangkuk bercorak lama tu?
kakcik kalau suasana panas dan sesak dan ada org batuk & bersin sambil tak reti tutup mulut, rasa macam nak simbah air jer kat dia. selfish.
W/salam Dato'...
BalasPadamdulu... arwah bapa saya panggil tempat ni 'belakang Loken'. Saya pun baru sampai kat situ! :)
IS...
BalasPadammasa kakcik singgah kat situ, memang kakcik teringat sangat kat IS tau... nak telefon/sms, nombor tak ada pulak! :)
Q...
BalasPadamkakcik terdengar penjual tu sebut harga satu set pinggan mangkuk tu RM75. Tak tahulah mahal atau murah, tapi masih boleh ditawar, rasanya. :)
barang2 tu makin lama makin mahal .. kenapa orang tak begitu ? makin lama makin murah .. hehe.
BalasPadamKanda AL...
BalasPadambarang-barang lama akan jadi 'edisi terhad', tapi orang pula jadi 'edisi tak larat'. ;-)
Assalamualaikum my lovely sis...:)
BalasPadamSeronok jalan2...suka tgk brg mcm2 dijual... jamu mata sambil jln2 pun bestttt!:)
Kalau kakakpun tak tahan sesek sangat macma itu kakcik. Iron tu dulu rumah aruah atok kakak ada. Sekarnag tah tahu kemana dah...
BalasPadamkakcik,
BalasPadamsaya pernah guna seterika lama @ seterika kayu api zaman saya sekolah form 1-2. jenuh pagi-pagi nak kena hidupkan api dulu sebelum gosok baju.
Wa'alaikummussalam Tinie sayang...
BalasPadammemang seronok jalan-jalan, tapi kadang2 tak tahan dengan persekitaran... :)
Kakzakie...
BalasPadamkakcik pernah guna sterika macam tu satu waktu dulu. Bila taka ada arang, kami guna tempurung kelapa.
eLL...
BalasPadamkakcik pun pernah guna. Kadang2 api dari dalam sterika tu terpercik pada pakaian yang sedang digosok!
Diana...
BalasPadamtempat itu terletak di Ipoh. Ada beberapa hotel di sekelilingnya termasuk Hotel Grand View. :)
hihi nampak tang pinggan mangkuk tu terasa teringin lah pulak nak pergi, tapi mesti mahal kan kakcik
BalasPadamAssalamualaikom kakcik :)
BalasPadamteman same dato'.. tak peghonah sampey sini.
pinggan lame tu teman minat benor.. nnti nk caghi le!
yg ghomah mini tu si bongsu (takat ni) kalo jumpe mesti nk belek.. :)
As salam Kakcik, Mak teman org Teluk Intan tapi teman tak penah sampai tempat ni. Teringin nak pegi. Dia macam Pasar Karat ye Kakcik? Jual barang 2nd hand yg masih boleh guna?
BalasPadamTina...
BalasPadamsebenarnya kakcik tak bertanya harga pun. Kakcik pergi sebab ikut adik2, lepas tu kerja kakcik ambil gambar sana sini. :)
Wa'alaikummussalam AzeedA...
BalasPadammike nak buat apa dengan pinggan lama tu? Buat koleksi ke? :)
W/salam Ella...
BalasPadamhehehe... memang ada orang panggil tempat tu 'Pasar Karat'. :)
wah dah macam carboot sale di UK. Tak tahu kat Malaysia pun ada mcm ni kak...
BalasPadamnampak menarik, tp biasalah, mmg perlu pandai menawar kan...
Kakcik!
BalasPadamBulat mata sy tgk ada org jual pinggan lama motif bunga tu! Sy adalah peminatnya!
Ipoh? Jauhnya...bila lak masa sy nak ke sana. Klu sy sendiri tak pe. Tapi ape2 hal kena deal dgn suami. Payah gak tu. Tp sy mmg suka sgt pinggan2 tu.
Mhl tak Kakcik pinggan2 tu?
salam buat kakakku kakcik..
BalasPadamdari dulu lagi saya teringin ke sini tapi tak pernah tercapai hasrat..kat sebelah mana sebenarnya tempat ni kakcik?
saya minat jugak barangan antik ni kakcik..
~yus~...
BalasPadamsebenarnya ada banyak 'benda' di tempat sendiri yang kita tidak temui. Kakcik dulu selalu dengar nama tempat ini, baru ini sahaja kakcik sempat pergi. :)
Fara...
BalasPadamramai juga rupanya peminat pinggan lama ni. Nanti kakcik nak beli dan jual semula la! :)
W/salam Adikku Samad...
BalasPadamsebenarnya, kakcik dan adik2 sampai ke tempat ini dengan bantuan GPS! Mujur juga Along pun tahu sikit2 nak menuju ke situ. Dulu, tempat ini lebih di kenali sebagai LOKEN (atau Look-In?)...hehehe...
saper yg makin lama makin murah tu kakcik
BalasPadamwakakakaka...
kalau sy dtg sini pon misti suka cuci mata aje tp membelinya idok haha
BalasPadamQ...
BalasPadamKanda AL la tu! hehehe...
Rina...
BalasPadamsamalah kita nampak gayanya. :)
assalam kak..
BalasPadamNo duk sini slalu gak lalu jalan ni..tak tau pulak ada jualan camni..lalu sbb anto amik abang kat OUM hehe...
benornye baru je pindah 4bulan sini hehe
W/salam No...
BalasPadamdah lama duduk kat sana nanti, InsyaAllah No akan tahu tempat itu. :)
5-6/12 ada di sana...
BalasPadamseterika tu memberi seribu kenangan pada saya..
BalasPadamtak ingat kat rumah arwah wan masih ada lagi ke idak..