Kawan-kawan kakcik

Selasa, 29 November 2011

Menjejaki kampung yang kutinggalkan...

Sekian lama aku tidak melihat pemandangan sebegini

Awan gemawan yang tetap mendapat perhatianku

Luasnya ladang jagung ini

Ya Allah - betapa indahnya lukisan alam ini

Ke pusara bonda sebaik tiba di kampung halaman
Singgah pula di rumah yang kini diduduki oleh orang lain :(
Entah bila anak cucu yang ditinggalkan dapat lagi bermain-main di sini
Pokok limau kasturi ini telah puluhan tahun setia mengeluarkan buah tanpa henti
Manggis juga telah berbuah tapi mungkin tidak berpeluang untukku jamah

Along kata 'mak, aerial tv tu dah berpuluh tahun masih di situ'

42 ulasan:

  1. kenapa dah tak duduk situ lagi kakcik?

    BalasPadam
  2. eLL...

    mak dan bapa kakcik dah tiada. Kakcik dan adik2 pun telah ada kehidupan sendiri di tempat lain...

    BalasPadam
  3. seronoknya kampung... kampung akak dah jd 'bandar' rumah mak tepi jalan besar, keliling sumer dah jadi kilang, UiTHO dll... kalau kampung sejati dah x da dahhh

    BalasPadam
  4. SALAM,
    KAT MANA NI KAKCIK? RASA NAK BALIK KE KAMPUNG

    BalasPadam
  5. kenapa rumah tu x dibuat homestay je?
    cantik nyer kg...

    BalasPadam
  6. Kampung di mana tu?

    Dah jual rumah lama? Kenapa takde adik beradik kakcik yang mantain aja rumah tu

    BalasPadam
  7. bes rumah d kampung kakcik...patut d jaga dan sesekali balik ramai2 kat stu, berkumpul...

    BalasPadam
  8. kakcik,.
    ayu rasa sangat sedih..
    mmg sedih..

    rasa macamana perasaan kakcik..
    perasaan adik beradik kakcik yang byk memory disitu

    moga2 kampung ayu ada adik beradik yang akan jaga..amin..

    BalasPadam
  9. mesti banyak kenangan disini kat kakcik.. herm.. terimbau kampung halaman pulak.. walaupun dekat je.

    BalasPadam
  10. aimaniman...

    kampung kakcik dah makin sunyi. :(

    BalasPadam
  11. W/salam Dato'...

    kampung saya - Kg. Loh, Enggor, Perak. :)

    BalasPadam
  12. KhaiRin...

    kalau ada pusat rekreasi atau tempat2 untuk dilawati, bolehlah buat homestay. :)

    BalasPadam
  13. Dr Faiz...

    itulah rumah kakcik di kampung. Disewakan (sedih tengok banyak sangat burung dipelihara di rumah tu). Kakcik dan adik2 dah ada rumah sendiri. Ingatkan nak bagi adik yang sorang tu duduk, dia pulak hilang. :(

    BalasPadam
  14. exora...

    sekarang bila balik, kami pulak yang kena sewa homestay! :(

    BalasPadam
  15. Ayu...

    nak buat macamana. dari rumah tu terbiar tak berjaga dan akhirnya tumbang menyembah bumi, kami sewakan sahaja walaupun dengan kadar yang sangat murah. :(

    BalasPadam
  16. Kak cik...dulu cikgu tie pernah praktikum di perlis. Suka sangat lihat permandangan tu.

    BalasPadam
  17. Kakak rasa banyak rumah kg yg jadi begini kakcik bila org tua keduanya telah tiada tak ada siapa yg nak tinggal di rumah tersebut... sayang kan...

    BalasPadam
  18. sedihnya.. umah lama nih tinggalkan byk kenangan masa kita membesar kann..

    BalasPadam
  19. rumah yg menyimpan kenangan2 lama yer kak cik.. indahnya suasana kampung..

    BalasPadam
  20. salam kakakku kakcik..
    sejak jalan baru tu dibuka, saya suka ikut jalan tu..lebih tenang..kawan ladang jagung tu cukup mengujakan..anak saya kata, mcm cameron highland hihihi..

    BalasPadam
  21. 1001 kenangan dan memori
    ada di sekitar rumah tu kan kakcik...:)

    BalasPadam
  22. bestnya suasana kampung...
    rasa seronok aje duduk kampung
    tenang dan damai

    BalasPadam
  23. Bila pulang ke kampung, pasti rasa rindu tu menggamit-gamit perasaan, kan Kakcik?

    Tak tergambar kerinduan tu...

    BalasPadam
  24. Cikgu Tie...

    kampung kakcik ni di Perak. :)

    BalasPadam
  25. menarik..
    paling suka buah manggis tu..
    nak kena carik ni.. sedapnya kalau dapat.. asyik makan rambutan je..

    BalasPadam
  26. Kakzakie...

    bila rumah tidak berjaga, cepat saja hilang serinya.

    BalasPadam
  27. mama maman...

    sewaktu kakcik dan adik2 masih kecil, rumah kami pun sangat kecil dan buruk. Tapi bila rumah dah besar, tiada lagi penghuni asalnya. :(

    BalasPadam
  28. Hanis...

    rasa macam nak balik ke kampung je! :(

    BalasPadam
  29. W/salam Adikku Samad...

    cantik jalannya dan indah pemandangannya, kan? :)

    BalasPadam
  30. Ati...

    beribu kenangan suka duka, semuanya ada...

    BalasPadam
  31. Su @ milo...

    jauh dari hiruk pikuk dan debu2 kota...

    BalasPadam
  32. kaklong...

    ... apatah lagi tempat bermain, kan?

    BalasPadam
  33. Fara...

    terus terang, kakcik tak sanggup naik ke rumah itu! :(

    BalasPadam
  34. Aizamia...

    dulu kan, kakcik dan adik suka bawa manggis muda ke sungai untuk dikupas kulitnya yang bergetah. Sedap makan isinya yang rangup. :)

    BalasPadam
  35. Alahai .. nostalgia sungguh bila Kakcik kembali ke tempat ni, kan. Mesti byk yg Kakcik terkenang2.

    BalasPadam
  36. Ella...

    memang banyak kenangan yang tidak terlupakan. Nantilah satu hari nanti, mungkin kakcik akan bercerita juga tentangnya.

    BalasPadam
  37. Memang sedih bila rumah kelahiran kita diduduki oleh orang lain....

    BalasPadam
  38. Azie...

    tambahan pula bila 'mereka' tidak pandai menjaga rumah itu, kan? :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com