Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 19 November 2011

Kenapa aku tak suka menonton rancangan realiti?...

***macamlah ada orang yang bertanya***  (Tak mengapalah, sendiri tanya, sendiri jawab.  Blog pun blog sendiri, kan?)

Sebab :

- aku kasihankan dengan para peserta yang kadangkala terkebil-kebil dikritik oleh para pengkritik (profesional atau tidak mereka itu, bukan hak aku untuk menilaikannya pula)

-   aku juga kasihankan para pengkritik yang ada masanya bagai tidak tahu apa yang dia sendiri komen

-     lagi aku kasihan bila para peserta yang 'sudah ada nama', tapi nampak diperbodoh-bodohkan

-    aku kasihan lagi melihat peserta yang belum tersingkir terpaksa berpura-pura sedih bila saingan mereka disingkirkan

-    eh! banyak lagilah yang aku kasihankan termasuk kasihankan diri sendiri yang kadangkala tak faham apa yang cuba mereka persembahkan!

Realitinya, aku tak akan sanggup makan ini sahaja untuk sarapan pagi!

14 ulasan:

  1. betul tu kak chik, cik ina suka gak nengok, tapi sampai part juri mengomen tu yang cam nak terus tutup tv. komen tak de hati dan parasaan.

    BalasPadam
  2. kasihan di permalukan..

    saat kena kritik kritik dengan
    muka berpeluh bagai...alahai...
    tak kuasa!

    BalasPadam
  3. Saya lebih suka tonton kartun dengan anak-anak dari tengok program realiti tu kak...

    BalasPadam
  4. SALAM,
    BETUL, BYK BENDA YG KESIAN TENGOK MEREKA TU .... PESERTA MAHUPUN JURI/PENGADIL .... ADA AKSI2 YG TER OVER SIKIT ! YG MACAM DIBUAT2 PUN ADA !

    BalasPadam
  5. KAK CIK MEMANG BETUL.....TANG PUJI MEMUJI KITA PUN TERSENYUM SAMA...TANG KUTUK MENGUTUK RASA SANGAT TAK SAMPAI HATI NAK TENGOK LAGI.....

    BalasPadam
  6. sy suka tenguk realiti masterchef..seronok tenguk mereka memasak..

    BalasPadam
  7. tgk Maharaja Lawak Mega n ckp kat bekas juri Raja Lawak n Maharaja Lawak,"Bumi, roda n stereng itu bulat,"... sendiri pklah yea?

    BalasPadam
  8. tengok rancangan katun lagi best kakcik.. reles tensen

    saya takde satu rancangan realiti pun yg saya ikuti sepenuhnya, sbb kesian juri yg lebih sudu dr kuah

    BalasPadam
  9. hehee..byk perkataan kasihan digunakan dlm entri kakcik ni..

    hehee..sian mereka kan..

    BalasPadam
  10. yelah kakcik....
    saya dedulu layan gak..skrg xpela...tak tengok tv lg bagus

    BalasPadam
  11. sy kalu tgk yg best je mcm survivor hehehe

    BalasPadam
  12. memang tak best tengok....tgk 1 in a million je dulu2..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com