... cuma sesekali terasa jemu
dan ada ketika
jiwa bagaikan beku
juga di hati
terselit sebu beriring pilu ...
jom cari tiket
untuk kita terbang lagi
dan nikmati keindahan awan
dari dalam perut
si burung besi
Gambar ini dirakam oleh suamiku dalam perjalanannya ke Padang Besar. |
Terpengaruh dengan Azie, aku beli novel cetakan ke 15 ini dengan harga RM16.00 (harga asalnya RM19.90 tetapi di sesetengah kedai buku di Kuala Lumpur ini, novel dijual dengan potongan harga sebanyak 20%). Pengarangnya berjaya membuatkan airmataku berkali-kali luruh tanpa sedar. |
Padang Besar? Tu jalan Chuping tu, ladang tebu terbesar di Malaysia.
BalasPadamLaaa beli jugak novel tu? Kalu nak pinjam Azie boleh bagi pinjam.
Tapi memang betul, novel tu sangat sedih meruntun jiwa dari mula sampai akhir!
saya tak ndak baca novel tu .. nanti hilang kemachoan saya .. hehe
BalasPadamwahhh...kakcik pun masih minat membaca novel laaa...caya lah.....
BalasPadamAzie...
BalasPadamKhamis lepas, Abg Mus terbang ke Alor Setar, kemudian berkereta ke Kuala Perlis dan Padang Besar sebelum terbang balik ke KL pada malamnya.
Kakcik kena baca novel itu diam2 bersendirian, malu menangis sebab baca novel! ;-)
Kanda AL...
BalasPadamTuan pun boleh menangis waktu baca novel ke? hehehe...
jeBat...
BalasPadamtiada had umur untuk membaca apa sahaja 'warkah', kan? ;-)
owh murah je..nk kena pi bookstore nih...berjinak ngan novel la plk lps nih..
BalasPadamSALAM,
BalasPadamDAH LAMA TAK MEMBACA NOVEL .... SEJAK BERSARA ...OI, LAMA TU !
Perlis penuh keindahan.Negeri kecil tapi menawan.
BalasPadamSetiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja saya bersyukur sangat dapat menikmati keindahan alam terbentang luas.
Jalan Long Boh -Jejawi lokasi Kiah RCW pun cantik banget...
Jalan Titi Tok bandar lokasi Tentang Bulan pun sejuk mata memandang waktu pagi pagi.
...memang tercipta untuk pencinta alam .
teringin nak baca novel tapi ada je pengacaunye..huhu
BalasPadamSejak bulan ramadhan sampai sekarang kakak rasa kakak belum beli lagi novel utk dibaca. Sekarang anak-anak dah habis periksa macam bolehlah... tapi belum beli lagilah kakcik.
BalasPadamCikgu Tie Suka sangat baca novel sedih macam nie. Sat gi cadang nak keluar ke Alor Setar. Mesti pergi cari buku ni......
BalasPadamPCL...
BalasPadamsekadar membaca untuk mengisi masa dan mungkin mendapat sedikit pengajaran dari pembacaan itu, apa salahnya kan? :)
Dato' LF...
BalasPadamDato' banyak mengisi masa dengan buku2 dan kelas2 agama, kan? :)
Cikgu...
BalasPadamInsyaAllah, bukan Disember nanti saya akan ke sana lagi untuk menikmati keindahan itu. Harap2nya Perlis dan Kedah tidak dilanda banjir.
TB...
BalasPadamcarilah waktu yang benar2 lapang, mungkin sebelum melelapkan mata di waktu malam. :)
Kakzakie...
BalasPadamkakcik pun sebenarnya dah lama tak beli novel. Kebetulan semalam sewaktu membeli kasut bola siBS, terserempak dengan kedai buku. :)
Cikgu Tie...
BalasPadamnanti kalau nangis2, jangan salahkan kakcik tau! :)
tak mampu berkata apa2 apabila entri bab novel, sbb sya memang tak suka membaca buku yang tebal2
BalasPadameelobor...
BalasPadamkakcik pula tak suka novel yang nipis sangat, sekejap je dah habis baca. :)
pernah lalu area ladang tebu tu..subhanallah indah sungguh
BalasPadam