Marah?
Mungkin
Kecewa?
Juga mungkin
Sebenarnya pelbagai rasa bersarang di jiwa
bilamana fitnah disebarkan sesedap rasa
entah dari mana asal dan punca
tiba-tiba bertebaran segenap ruang udara
entah dari mana asal dan punca
tiba-tiba bertebaran segenap ruang udara
kalau berpegang pada tali agama
peganglah dengan sekukuhnya
bukan untuk berpura-pura
jauh sekali bermuka-muka
tidak untuk meraih kedudukan
demi perut dan poket yang diutamakan
hingga sanggup menghalalkan segala yang dimakan
walau puncanya dari sumber yang meragukan
bila berada di atas
ingatlah pada mereka yang menaikkan
kerana tanpa mereka
kita tetap di bawah juga!
bukan untuk berpura-pura
jauh sekali bermuka-muka
tidak untuk meraih kedudukan
demi perut dan poket yang diutamakan
hingga sanggup menghalalkan segala yang dimakan
walau puncanya dari sumber yang meragukan
bila berada di atas
ingatlah pada mereka yang menaikkan
kerana tanpa mereka
kita tetap di bawah juga!
rasa macam nak jadi dinosaur saja! |
notahatiyanglukadankecewa : sebagai ibu yang melahir serta membesarkan, akan terasa sakit dan perit bilamana anak sendiri ditohmah yang bukan-bukan. Adakah mereka lupa bahawa doa orang teraniaya itu akan didengar oleh Allah Yang Maha Adil?
mereka belum rasa terkena tepat kat batang hidung tu kakcik....
BalasPadamgB...
BalasPadamentahlah... sakit rasanya dada kakcik ini. :(
manusia ni memang macam tu kak cik..semoga Allah beri petunjuk yang jelas buat orang yang macam ni..
BalasPadamSabar Kakcik.. hidup kita ni memang sentiasa diuji. Moga orang2 yang menabur fitnah tu dikurniakan hidayah. Besar ganjarannya jika bersabar.
BalasPadamdugaan serta ujian....
BalasPadamkerana fitnah jugaklah saya ambik keputusan untuk berhenti jadi cikgu 10 tahun dulu.
BalasPadambilalahhh mereka nak sedar kan kak .. kdg2tu suke putar belit dn tokok tambah cerita punn ada huuhuh
BalasPadamTB...
BalasPadammudah2an mereka akan sedar juga.
Nur...
BalasPadamsabar memang sabar, tapi mereka itu makin menjadi2 pulak! :(
eelobor...
BalasPadamitulah kehidupan.
Yan...
BalasPadambesarnya 'kuasa' fitnah, kan?
ieda....
BalasPadamsemoga kita tak jadi begitu.
subhanallah..
BalasPadamberat yang kakcik dan family menangung lagilah berkenaan fitnah..
insyallah.. doa orang y teraniaya pasti termakbur
PS: kakcik, ada sedikit cenderhati buat kakcik.. nanti beri keterangan lanjut ya..
kakcik... Along difitnah lagi ke?
BalasPadamsabar dan banyakkan berdoa kakcik, Allah sentiasa mendengar doa hambaNya yg teraniaya
Masa IM masih baru bekerja dulu, IM pernah dikatakan sudah beristeri dan sudah pregnant sedangkan awek pun IM tak ada!
BalasPadambiar la org yg buat tu trus dgn perangai dia. 1 hari nnt bla da terkena batang hidung sendiri br la dia tau time tu langit tu tggi ke rendah
BalasPadamAyu...
BalasPadambukan kehidupan jika tanpa dugaan, kan? Kakcik sentiasa yakin dan percaya bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Melihat lagi Maha Mendengar. KepadaNya jugalah tempat kakcik bergantung harapan.
ibuintan...
BalasPadambila orang tak suka, mereka tidak teragak-agak untuk mereka cerita. Mungkin kerana silap kita juga. Tak mengapalah, Allah melihat semuanya.
IM...
BalasPadamkalau dikatakan ada isteri dan isteri sedang hamil, tak mengapa lagi. Bagaiamana kalau dikatakan ada awek yang sedang hamil tapi belum dinikahi? Na'uzubillah. Kakcik yang 'bunting pelamin' pun dikatakan telah hamil sebelum bernikah. Apakah????
Khairin...
BalasPadamkakcik hanya berdoa agar mereka diberi petunjuk dan hidayah.
betul tu kak chik dorang ni kalau wat fitnah tak ingat Allah SWT, main sedap mulut je.
BalasPadamCik Ina...
BalasPadamorang kata rupa tak boleh diubah (eh! sekarang dah ramai orang ubah rupa, kan?), tapi tingkah laku boleh diubah. Mudah2an mereka sempat berubah hendaknya. :(
kalau kita diam org akan pijak2..tp kalau dah sampai memijak2 dan mengaibkan keluarga..itu yg nak bertukar jadi mami monster =P
BalasPadamMDT...
BalasPadamhahaha.. kalau jadi mami monster, dia pandai makan mami je! :)