Kawan-kawan kakcik

Rabu, 23 November 2011

Bagaimana membuat catatan berjadual (auto publish)...

Sebenarnya, kakcik selalu buat 'kerja' ini.  Iyalah, kita bukan mengadap komputer 24 jam sehari semalam, kan?

Pertanyaan dari Dr DZ.
Buat catatan seperti biasa.  Kemudian klik Opsyen Catatan.

Pergi ke Tarikh dan masa catatan.  Tetapkan tarikh dan
masa catatan hendak dikeluarkan. Kemudian, klik TERBITKAN CATATAN.

Secara automatik, catatan tersebut akan pergi ke skrin ini.  Ia hanya akan terbit
pada tarikh dan masa yang telah kita tetapkan.  Boleh buat sebanyak mana catatan
untuk disimpan dan diterbitkan secara berjadual.
 
Semoga panduan yang kakcik berikan ini ada manfaatnya.  Sekian, terima kasih. :)



14 ulasan:

  1. kadang2 saya takut nak buat entri kelakar yang berjadual .. manalah tahu kalau mati sebelum itu, nanti orang gelakkan saya.

    BalasPadam
  2. buah pinang diracik racik,
    terima kasih kakcik.

    kalau idea banyak boleh la autopublish sepanjang minggu.. hehehe..

    BalasPadam
  3. saya pun taktau pasal apa saya ada rasa takut nak wat post berjadual..

    BalasPadam
  4. hehe..sy selalu buat kerja ini..sy tulis harini..autopublish esok paginya sbb pagi sy sibuk nk online..

    BalasPadam
  5. Salam Kakcik;

    Errmmm.. ramai juga yang tak tau nak buat "Autopublish" yaaa... bagus juga info kakcik nih.

    Saya dah lama amalkan "autopublish" nih, tapi kadang2 apabila dah di setkan ianya akan tulis sebagai "schedule" ikut time kita nak publish.

    Bila sampai time yang di setkan ianya tak publish, bila check balik ianya dah bertukar sebagai "Draft"... yang macam ni macamana pulak nak selesaikannya.

    Harap kakcik boleh jelaskan...???

    terima kasih.

    BalasPadam
  6. W/salam Isa...

    fasal berjadual (schedule)yang bertukar kepada draf (draft) tu, selalu juga berlaku kepada kakcik. Setakat ini penyelesaiannya bagi kakcik, cuma semak dan betulkan. :)

    BalasPadam
  7. Daddy Ziyyad nak auto update tak mau buat apa2 mana boleh...kena juga menaip utk auto updatekan N3...iskhkkk...

    terima kasih kak cik...nanti nak try.

    BalasPadam
  8. kakcik punye tips sangat jelas dan mudah difahami. :D


    mesti berkoyan2 entri oto publish dari daddyZiyyad lepas ni kan? kehkehkeh!

    BalasPadam
  9. setuju ngan lavendari..saya penah terfikir begitu masa nak wat auto publish hari anniversary saya tu ari :-(

    apa

    BalasPadam
  10. alamak ter tekan :-(
    apa tu tergantung situ pulak.
    maluuuuuuuu

    BalasPadam
  11. pernah gak buat tetapi jarang2 sekali jer

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com