Kawan-kawan kakcik

Khamis, 27 Oktober 2011

Tanpa slogan...

Persahabatan suamiku dengan kawan-kawannya ini telah menjangkau puluhan tahun (lebihkurang 40 tahun).  Mereka masih kekal bersahabat sehingga kini.

Bergurau dan makan semeja menjadi agenda biasa bagi mereka.

Bergelak ketawa walau berbeza bangsa dan agama.
 
Kemesraan antara sepupu ini juga tidak memerlukan apa-apa slogan walaupun
kedua-duanya adalah anak bongsu.

nota hati :  boleh tak kalau aku nak termuntah kerana telingaku geli bagai digaru-garu bilamana mendengar orang 'yang tidak sah percakapannya tanpa menyelitkan bahasa asing', tiba-tiba begitu beriya-iya memperjuangkan Bahasa Melayu - KONONNYA!


30 ulasan:

  1. makan semeja takper kakcik..
    jangan sampai titon seb****l udah ler..hehhehe...

    err..kakcik nak cotton bud ker?
    biorlah siluncai terjun ngan labuh-labuhnya kakcik..toksah berat2kan pikiran kita ni ha.....

    BalasPadam
  2. Salam Kak Cik...

    Nida pun loya sebenarnya kalau ada yang berbahasakan dirinya "I" dan "you"... kadang2 geli juga telinga mendengarnya...

    p/s: dah nampak Jalur Gemilang?... :)

    BalasPadam
  3. Tu yang namanya cakap tak serupa bikin.

    Apa lagi pkai je cotton bud tak pun guna bulu ayam macam org dulu2 tuuuu..:)

    BalasPadam
  4. kak cik...

    husband aina dengan foreigner pun di belasah cakap melayu, tercengang2 kawan tu kesiannn...hahahaaa...

    itulah namanya berkawan tetapi org sellau salah faham bila ada lelaki dan perempuan BERKAWAN!

    BalasPadam
  5. kawan sejati le tu ye...
    bagus...
    kawan sehidup semati..

    * muntah je kakcik..

    BalasPadam
  6. Ella lak suka cakap bahasa campur2 kak.

    BalasPadam
  7. Q...

    tidur sebantal... kecik2 dulu mungkin tak pe, sekarang jangan nak buat hal!

    Bukan nak beratkan fikiran, tapi bila melintas depan mata dan berdesing di telinga, terlihat dan terdengarlah juga. ;-)

    BalasPadam
  8. W/salam Nida...

    cakap banyak2 nanti, orang kata kita ngengada pulak! ;-)

    Kakcik dah nampak bendera tu. :)

    BalasPadam
  9. CT...

    guna putik kapas atau bulu ayam, lagilah geli telinga kakcik! ;-)

    BalasPadam
  10. Aina...

    di negara maju macam Jepun pun, mereka mengutamakan bahasa ibunda mereka walaupun bercakap dengan orang luar, kan? :)

    BalasPadam
  11. PB...

    dah habis muntah ni, masih loya lagi. :)

    BalasPadam
  12. Ella...

    dalam urusan tidak rasmi, mungkin tak mengapa. Sebolehnya kalau berucap depan khalayak atau semasa soal jawab dengan wartawan, biarlah guna bahasa yang betul sepenuhnya. :)

    BalasPadam
  13. tak kisah guna bahasa apapun, asal sampai maksudnya apa yang nak dicakap tue dah cukup..:-)

    BalasPadam
  14. Mas...

    betul juga tu, tapi lebih baik kita utamakan bahasa kita. :)

    BalasPadam
  15. I LOVE BAHASA MELAYU. tak pandai baca bahasa yang terlampau singkat.

    BalasPadam
  16. hubby kakcik pun
    sememangnya ramah tamah
    sape2 pun boleh jadi rapat kan :)

    BalasPadam
  17. wah 40 tahun, lama tu.... kwn sy yg pling lama b sahabat 24 thn ;D


    heheh biasa la tuuuu, ckp t.srupa bikin

    BalasPadam
  18. Cik Ina...

    kakcik juga cintakan bahasa Melayu kerana hanya itu sahaja bahasa yang kakcik fasih bertutur dan pandai menulis. :)

    BalasPadam
  19. Kakcik, membudayakan bahasa tu iklan je lebih, cuba telefon atau bercakap ngan sesiapa kat kementerian, mesti ada selit omputih gak huhu

    BalasPadam
  20. Ati...

    macam itulah suami kakcik. Kadang2 kakcik pun keliru sebab kawan kakcik semua boleh jadi kawan dia. :)

    BalasPadam
  21. yang bongsu berdua tu berlainan saiz.. hihi...

    saya suka guna bahasa ibunda kalo sembang, sebab lebih mesra alam.. hihi, tapi kalo kena ngan orang yang suka ber I U, saya layan jer.. nenogk jenih, kalo ramah takpe.. kalo tak berapa, kejap je ler sembang nya..

    BalasPadam
  22. SSL...

    usia suami kakcik dah hampir 52 tahun pun. :)

    BalasPadam
  23. Qema...

    sekurang2nya mesti ada perkataan 'at least', 'by the way', 'anyway' dan sebagainya, kan?

    BalasPadam
  24. Anaa...

    seorang 10 tahun, seorang lagi 3 tahun - mestilah berbeza saiznya. :)

    Kakcik pun tak peramah, kan? ;-)

    BalasPadam
  25. pool tu cam my kids punya ngeeee..:)

    BalasPadam
  26. sisdee...

    kolam tu sikecik tu yang punya. Sibongsu kakcik punya yang boleh muat 5 - 6 orang budak, dah pecah. :(

    BalasPadam
  27. Alala malu plak ambik gambar mandi dlm kolam kecik..hehehe.. :)

    BalasPadam
  28. Rinna...

    siap suruh ayah dia lindung dengan kereta tu. :)

    BalasPadam
  29. alhamdulillah! cenderahati tuh bukti kehadiran, kakcik..eheheh.. 40 thn? mmg sukar mencari kwn yg sebegini lama. psl perjuangan bahasa tuh... politik..biasalaa kan? tgklah dunia pendidikan now yg dah caca-marba akibat dipolitikkan.

    BalasPadam
  30. Ayu...

    memang sistem pendidikan sekarang dah agak caca marba, kan? Sekejap begitu, sekejap begini - yang sebenarnya itu semua melibatkan kos. Yang jadi mangsa? Nabil kata 'lu fikirlah sendiri'. ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com