Lebihkurang jam 2.45 petang, aku bersama suami dan Along keluar untuk menyelesaikan beberapa perkara. Mula-mula kami ke Kedai Tenaga (aku tak pasti betul atau tidak begitu gelarannya) milik Tenaga Nasional Berhad di Taman Pertama, Cheras. Hanya suami seorang yang masuk ke situ untuk menguruskan bil orang kaya kami. Tak lama kemudian suami masuk ke kereta sambil merungut-rungut. Rupa-rupanya, petugas di kaunter pertanyaan di situ sangat tidak mesra alam. Untuk bertanya (walaupun tiada orang lain sedang berurusan di situ), pelanggan DIWAJIBKAN ambil angka giliran, maka barulah boleh bertanya. Sebenarnya pertanyaan yang ingin dikemukakan itu hanya memerlukan jawapan 'boleh' atau 'tidak' sahaja. Kalau beliau menjawab dengan berbudi bahasa budaya kita, pasti sahaja ianya boleh diterima (faham-faham sendirilah, ya). Hmmm... tak mengapalah, mungkin beliau itu sedang datang bulan!
Selesai urusan di situ, kami tiga beranak ke kedai tayar pula. Sudah lebih dua minggu (selepas di servis di pusat servis kereta jenama berkenaan), bahagian belakang kereta Along mengeluarkan bunyi seolah-olah tayar akan tercabut pada bila-bila masa (lama betul tempoh yang kami mbil untuk mengenalpasti masalah, kan?). Setelah diperiksa, tiada yang mencurigakan. Lelaki Cina yang baik hati (dia sudah jadi seperti kawan kepada suamiku) menasihatkan kami supaya pergi ke pusat servis yang berkaitan. Kami pergi pula ke pusat servis di Taman Bukit Teratai, Cheras. Alhamdulillah, akhirnya masalah selesai. Apa yang berlaku ialah ada skru yang tidak kemas dikenakan semula.
Dari sana, kami menyusur jalan pula mencari gerai menjual pisang goreng. Sewaktu membeli (sekarang kami berada di Taman Lembah Maju, Pandan Indah), dua orang pemuda menegur Along. Mereka bertanyakan arah ke Bulatan Kg. Pandan. Setelah memberi panduan, kami masuk ke kereta. Aku melihat pemuda-pemuda tersebut seolah-olah masih kebingungan mencari arah. Lalu kukatakan pada Along 'kalau ingin berbuat kebajikan, marilah kita hantar mereka'. Suami dan Along bersetuju. Kami meminta pemuda-pemuda itu mengekori kereta kami dari belakang.
Sewaktu berhenti di lampu isyarat, suamiku turun dari kereta Along dan naik ke kereta pemuda-pemuda berkenaan. Sehingga hampir ke Bulatan Kg. Pandan, aku menelefon suami bertanyakan sebenarnya anak-anak muda itu hendak ke mana. Rupa-rupanya mereka ingin pergi ke Restoran Al-Rawsha! Mereka adalah penuntut perubatan tahun tiga yang sedang membuat latihan amali di HUKM. Sedari pagi mereka mencari jalan ke Al-Rawsha hingga telah pun sampai ke KLCC dan entah macam mana tersesat sampai ke Pandan Indah.
Selepas menghantar mereka, kami bercadang untuk terus balik memandangkan telahpun masuk waktu 'Asar. Tiba-tiba, suami menyatakan keinginan untuk makan mee rebus di Satay Station. Maka kami pun meneruskan perjalanan ke Satay Station, Kg. Pandan.
Sewaktu sedang menikmati hidangan, seorang pekerja datang membawa semangkuk sup yang tidak kami pesan. Katanya 'En Zul (pemilik Satay Station), minta berikan pada Imam'. Kemudian En Zul datang ke meja kami untuk berbual dan memberi penerangan mengenai sup tersebut (hidangan terbaru di Satay Station). Leka berbual, aku terlupa untuk merakam gambar sup mahupun wajah En. Zul. Rasa sup itu sama macam rasa sup ekor yang biasa dihidangkan di restoran-restoran makanan Siam. Sedap.
Akhirnya, kami sampai di rumah semula lebihkurang jam 5.30 petang. Dinihari tadi, suami meminta dihantar semula ke Pusat Pakar Perubatan Al-Islam, Kg. Baru kerana sudah dua malam sejak keluar dari hospital beliau tidak boleh tidur dan menanggung sakit akibat pembedahan bahunya. Hmmm... itulah, baru sahaja dibedah, sudah tak tahu nak duduk diam. Akibatnya sendiri yang tanggung! Malam tadi bermalamlah semula di hospital. Mungkin sekejap lagi aku dan Along akan menjemputnya untuk balik ke rumah kerana malam ini ada hal penting yang perlu diuruskan (akan kuceritakan nanti walaupun tiada yang membaca kerana blog ini adalah seperti buku harianku juga).
SALAM,
BalasPadamBACA HABIS DAN TAK MENJEMUKAN
SALAM SEKALI LAGI,
BalasPadamKAK, PERJUMPAAN MINGGU DEPAN TU, ELOK JUGAK DIWAR-WARKAN SEMULA.
W/salam Dato'...
BalasPadamsaya akan buat satu catatan baru untuk pertemuan itu. InsyaAllah. :)
bab menghantar pemuda2 tu patut selalu kita buat..saya pernah juga hantar wanita cina yang mencari hotel di ipoh
BalasPadamseronok baca,tak jemu pun,dan faham isikandung nya....
BalasPadamini kadang2 ada bloger baca indah tak indah jer,pastu main komen,kadang2 komen tak ikut jalan cerita...
Suka catatan yg kakcik rasa panjang sebab kakcik tak biasa tulis panjang. Untung ada Along(imam) dapatlah rasa sup resepi baru. Hadiah dari Allah bagi cash kerana membantu dgn ikhlas....
BalasPadamSalam..
BalasPadamHope abg sepat sembuh..
bunyi macam nak patah roda kereta seperti itu pernah IM tempuh pada Kancil IM. Pembaikianya juga sama - ketatkan skru.
BalasPadamMacam tak yakin pula nak bawa kereta tapi sebenarnya sampai sekarang, ok..
Tak jemu pun kak cik :)
BalasPadamsibuknye akak sehari suntuk..
BalasPadamsya lak terasa kepenatan.. hihi
psl pekerja tnb tu, rasanya kena amik nombor juga utk dia rekod dan tandakan berapa ramai dia attend dlm sehari supaya nmpk custoemr dia ramai, wlupun sekadar utk ckp Ya @ Tak... berkira betul dia!
tpi sya penah kena macam pemuda sesat tu masa ke kl...nak ke puchong tpi lari smpai ke mid valley...huhuhu, untung mereka jumpa akak sefamily...
dan sya sgt2 teringin ke satay stesen tu, selalu kwn fb di kl tunjuk2...mesti sedap kan!
tak panjang dan tak menjemukanlah kakcik, cuma kekadang saya tak terkomen sebab tak terkejar masa sendiri
BalasPadamdah 2 kali tengok gambar mee rebus camni..rasa teringin nak mkn
BalasPadamsalam hujung minggu kakcik..
BalasPadamselalu singgah sini layan puisi atau entry kakcik yang pendek..
sesekali mmg tak kisah dan tak jemu baca ttg coretan kamu sklrg..
bagusnya along dan en suami jua kak cik sama2 hantar pemuda2 itu ke tempat y mereka nak tuju..
kak, rindu dgn muka adik.. dgn dialog y pendek2.. hehehe
saya baca 1-1 ayat kak. panjang kisah..masa akak tumpangkan lelaki2 itu saya dah risau akak sefamily kena apa2 ke..rupanya takde..
BalasPadamkadang2 kesian jugak dengan orang yang jalan kaki terpinga2 ni tapi takut nak tumpangkan...
semoga suami akak tu sembuh. banyak2 bersabar.
Salam,
BalasPadamgambar satay tuh akak tak tahan, kena cari dan makan secepat mungkin..
Salam Kak Cik..
BalasPadamJarang ada orang kaunter yang mesra alam... kadang2 musykil juga, bukan susah sangat pun nak senyum pada pelanggan..hmmm
salam kakcik... tk jemu pun membaca.. seronok dpt ibu mcm kakcik yg rajin mengarang. hehe.
BalasPadampesan mr bob yg bergerak byk..perlu byk rehat.
betul tu kak chik, janji bila kita nak ingatkan sesuatu, tapi tak ingat, kita boleh selak kat blog.kah kah
BalasPadamapa cerita imam tu kenal anak kak chik, orang yang bagi sup tu kenal ke ngan anak kak chik? sorilah cik ina terrbizi body .keh keh
dah lama tak pekena mi rebus..nampak mi rebus dlm blog kakcik, selera lak..
BalasPadampelajar perubatan tahun 3 di hukm? junior sayalah tu.. kihkih~ budak2 ni patut kena install garmin/papago kat henpon canggih memasing ;)
BalasPadamkakcik.. rasa mcm nak join gath tu, tapi mcm segan pun ada.. camno ni? hehehe
Sehari hari yang berbeza rutinnya. Tentulah tidak jemu menulis di sini Kak Cik.
BalasPadamSaya pun tingin nak rasa sup tu. Malam tu tidak pula dihidangkan pada kami rasa....
Salam Kakcik,
BalasPadamJurnal perjalanan petang jumaat. Yang penting ada makan-makan!
skrg ni x berani sgt nak tolong org mcm suami kakcik buat tu..naik kereta nga budak2 tu...nsb baik xde apa yg x elok berlaku
BalasPadamkdg2 byk kes penipuan...
sate jugak yang sedap
BalasPadamIS...
BalasPadambuat baik, InsyaAllah baiklah balasannya, kan? :)
kaklong...
BalasPadamkakcik bimbang kalau panjang sangat catatan, jangankan yang membaca, yang mengarang pun tak faham pucuk pangkal cerita!
Kakzakie...
BalasPadamsebenarnya kakcik suka cara 'direct to the point', tapi bukan kakcik sentiasa ada ilham untuk buat catatan yang ringkas dan padat. Dan yang paling penting, kefahaman orang yang membaca. :)
W/salam Jamiel...
BalasPadamterima kasih. :)
IM...
BalasPadamsyukur Alhamdulillah, semuanya ok saja. :)
Wanita Mutalib...
BalasPadamterima kasih Dik. :)
mamaNoriz...
BalasPadambila bercuti di hari kerja, itulah kesempatan untuk menguruskan apa2 yang tidak boleh diuruskan di hujung minggu. :)
ibuintan...
BalasPadamkakcik pun sekarang selalu tak sempat nak balas komen. :(
Su...
BalasPadamdatanglah ke sini, kakcik belanja. :)
Ayu...
BalasPadamInsyaAllah, nanti kakcik keluarkan balik gambar budak sepet yang semakin sepet tu. :)
Eri...
BalasPadambudak2 yang kami tolong itu kelihatan seperti orang yang baik2 dan Allah pun bukakan pintu hati kami untuk membantu. :)
W/salam Kak Nani...
BalasPadamKg Pandan tu dekat je. Ajaklah suami, Noy dan Peej makan kat sana nanti. :)
W/salam Nida...
BalasPadammulanya kakcik ingat nak buat satu catatan khas pasal pekerja kaunter tu. Tapi, berilah dia peluang dulu. :)
Cyana...
BalasPadammengarang adalah terapi buat kakcik. :)
Abg Bob tu memang jenis tak reti duduk diam. Dalam macam tu pun, masih nak memandu kereta.
Cik Ina...
BalasPadamImam yang dimaksudkan itu adalah anak kakcik sendiri si Along. Pemilik Satay Staion tu memang sangat kenal dengan anak kakcik. :)
sal...
BalasPadamkalau boleh buat sendiri, mesti lagi puas makan, kan? :)
Dr Hanie...
BalasPadambuangkan saja rasa segan tu. Kawan baik Dr, Dr Faiz tu kan ada sama. :)
Azie...
BalasPadamsup tu agak berminyak, mungkin tidak sesuai untuk tekak yang sedang meragam. :)
W/salam Yong Halima...
BalasPadamyup! makan mesti ada. :)
exora...
BalasPadammemang sekarang orang ramai sangat berhati2 ungtuk menghulurkan bantuan - bimbang terjadi bagai melepaskan anjing tersepit.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...
BalasPadammemang sedap. :)
sungguh berkira kerani kaunter itu...
BalasPadamakuzle...
BalasPadamkalau tak, tak merasa nak tunjuk 'kuasa'.. ;-)