Kawan-kawan kakcik

Isnin, 17 Oktober 2011

Jeumpa d'Ramo - Tahniah Hj Shahrir Ali...

Siapa Hj Shahrir Ali ni?  

Oh... beliau adalah pemilik blog Uncle815.....satu perjalanan hidup.  Mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhotelan (lebih tepatnya, kalau tak silap kakcik di bahagian Food and Beverage).  Pernah berkhidmat di Makkah, Jepun, Indonesia, Switzerland dan pastinya Malaysia, kini beliau mengorak selangkah lagi sebagai Perunding Pelancongan dan Khidmat Pelanggan Banglo Inap Mewah, Jeumpa d'Ramo (perkataan Acheh yang membawa maksud Bunga Cempaka di Serambi / Berjumpa di Serambi).

Banglo ini terletak di Jalan Maarof, Bangsar dan mempunyai 18 bilik dengan kadar sewa antara RM170 hingga RM320 ke atas bagi setiap bilik semalam.

Berita tentang banglo ini telah terbit di akhbar Berita Minggu bertarikh 16 Oktober 2011.


16 ulasan:

  1. Dr Izat...

    belum begitu sihat, tapi masih boleh mengadap blog. Hehehe...

    BalasPadam
  2. as long as happy....sihat tak happy tak best jugak...

    wow banglo ni kat celah mana ek? bangsar memang tempat orang kaya.

    BalasPadam
  3. kakcik cepat sihat
    makan ubat...

    sabtu ni kakcik dah sihat :D

    BalasPadam
  4. kadar sewa tu.. kira sesiapa pun boleh menginapkan kakcik..

    semoga cepat sihat ye..

    BalasPadam
  5. oo blogger ye kak..saya pun suka tgk banglo tu.. ingat nak try one day.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kakcik,

    Seronok yer bila tengok orang melayu boleh maju begitu. Semoga terus berjaya.

    BalasPadam
  7. Saya antara orang yang tak pernah missed baca setiap entri beliau!!! sangat best...

    Saya jumpa dia pertama kali masa dia bertugas di salah sebuah hotel di Langkawi.

    Tumpang bangga.

    BalasPadam
  8. kakcik tak sihat ??

    moga segera sembuh..selalu saya dengar kakcik tak sihat..kakcik sakit apa sebenarnya ni?

    BalasPadam
  9. ni umah x-mb kedah kan, mcm umah lecturer saya

    BalasPadam
  10. membaca cerita orang yang hebat dan kaya ini buat IM rasa kecik jer...

    BalasPadam
  11. kekadang bila baca kisah bangsa sendiri berjaya cam ni rasa nak menitiskan air mata pun ada.Alhamdulillah


    kak chik dah sihat ke?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com