Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 9 September 2011

Saat kita sendawa kekenyangan...

Terima kasih KucingOrenGemuk  yang memanjangkan KISAH INI (sila klik untuk kisah selanjutnya).



selalu kita terfikir-fikir
'hari ini nak makan apa'
'petang ini nak masak apa'
'oh.. tak sabarnya nak tunggu berbuka'
'tahu tak? malam nanti nak makan di Hotel Istana'

dan pelbagai lagi
semuanya mengikut selera
segalanya menepati citarasa

insafkah kita
pada mata yang merenung sayu
pada mulut yang ternganga pilu
pada perut yang gendangnya bertalu-talu
pada anak kecil yang laparkan susu

atau kita tak punya apa-apa rasa
kita kata padanlah dengan muka
siapa suruh malas berusaha
sedangkan negeri ini sangat kaya raya

usah cerita tentang wakil rakyat
kerana sibuknya mereka tanpa waktu rehat
jangan cari mereka di rumah mahupun pejabat
andai datangmu tanpa kamera berkilat


Izam dan adik beradiknya sering kelaparan sedang kita tetap leka disogokkan dengan pelbagai hiburan.



23 ulasan:

  1. sedapnya puisi kakcik
    sedih bila baca nasib diorg sekeluarga kan

    BalasPadam
  2. jujur sy pasti bergenang airmata bila lihat anak2 yatim di mana2 pun yg ditingalkan di rumah2 anak yatim..sambil dlm hati berkata..anak2 aku beruntung kerana aku ada sebagai ibunya.

    BalasPadam
  3. betul tu kak chik terutama ibubapa yang hanya pandai melahirkan anak tapi tak pandai nak bagi makan anak. semua orang hidup susah gak tapi berusahakan.

    BalasPadam
  4. Saya pun tak tahu cerita pasal izam ni... nak kena google nih.

    BalasPadam
  5. AzMazk...

    klik sahaja pada KISAH INI dalam catatan kakcik tu. :)

    BalasPadam
  6. masalah kita di Malaysia ni, ramai yang sakit kerana terlebih makan, termasuklah saya. hehe

    BalasPadam
  7. kenapa tdk ada yg buat misi kemanusiaan di tanah air sendiri???

    BalasPadam
  8. kekadang bila terlalu sibuk pada yang jauh kita terlupa pada yang depan mata.

    BalasPadam
  9. Saya dah baca cerita tu...sedih kan..


    ps: Lawa header kakcik :)

    BalasPadam
  10. pandainya kak cik berpuisi..dlm kita bergembira ada insan lain yg sdg berduka..jika kita berlebih blhlah hulurkan bantuan yg mana terdaya..

    BalasPadam
  11. Salam. Rezeki yang kita perolehi ada hak-haknya juga. Jadi mari kita agih-agihkan hak-hak itu.

    BalasPadam
  12. sebelum thari tadi ada baca dalam FB.. sedih dengan keadaan mereka..
    moga dengan ada rezeki lebih kita dapat memberikan sedikit kepada mereka

    BalasPadam
  13. kak chik cantik dan berseri-seri gambar family tu.baru nampak jelas gambar kak cik dan hubby dan anak-anak.

    BalasPadam
  14. puitis sungguh kak cik nie :)
    akak mana ruang nak komen entry atas tuuu

    kotak tuu sama ngan kotak UCSA bagi kat staff masa nak raya tau kak :) tapi warna itam :)

    BalasPadam
  15. ieda...

    catatan atas tu memang kakcik tak buka ruang komennya sebab nanti ada yang masuk untuk 'meroyan'!

    BalasPadam
  16. sangat menarik puisi ni kak. mmg kita tak sedar kadang2 kita asyik suap makanan smpai sendat perot ada org yg nak alas perot pun tak dpt2.. hmmm...

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum KakCik,

    Cerdik tak buleh diikut ada orang kata (fasal kebodohan pensyarah tu ler). Cantik gambar keluarga tu, ada Sheikh Arab lagi!

    BalasPadam
  18. mana kotak komen hilang? kenapa komensen kita tak boleh masuk ni kakcik?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com