Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 9 September 2011

Bila nafsu mengatasi akal...

Along balik ke rumah jam 5.00 pagi tadi saat aku sedang bersahur.  Agak-agaknya ke mana sahajalah Pak Imam ni merayap subuh-subuh buta tu, kan?  (eh! subuh ada mata ke?)

Sebenarnya, dia balik dari tugas Amal Makruf Nahi Mungkar.   Serbuan dilakukan bersama pasukannya (dengan diawasi anggota polis) ke atas pasangan yang melakukan maksiat.  Lelaki yang terlibat adalah seorang pensyarah universiti terkemuka tanahair bersama pasangannya seorang wanita seberang (seorang balu dua anak, arwah suaminya warga tempatan).

Yang menyedihkan aku, bila Along memberitahu dia terdengar suara kanak-kanak memanggil 'Ustaz...Ustaz...'.  Rupa-rupanya kanak-kanak itu adalah anak murid Along yang berusia 7 tahun.  Hampir mengalir airmataku membayangkan keadaan anak itu yang tidur di bahagian depan rumah bersama adiknya sedangkan ibu mereka tidur dalam bilik bersama lelaki yang bukan suami.

Pasangan itu dibawa ke balai polis berhampiran dan isteri kepada lelaki itu datang untuk menjamin suaminya (padahal dia sendiri yang melaporkan kecurangan suaminya itu). 

nota hati : Berpelajaran tinggi tidak bermakna bijak mengawal hawa nafsu.

Gambar saja-saja suka nak letak ...

Saja nak tunjuk isi kotak biru yang kudapat semalam.

Saja juga nak tunjuk roti yang dibakar oleh BS untuk mengalas perutnya di tengahmalam.

Saja-saja ambil gambar seawal jam 6 pagi tanpa tujuan.