Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 September 2011

Bang Berahim... Bang Berahim tak nak ngamuk ke?...

Kali ini saja nak buat catatan 'cuit-cuit sayang' sikit. Opssss... ini bukan isu perkauman tau. Cuma, saja nak cucuk-cucuk perut gendut Bang Berahim sikit... hehehe...

Bang Berahim tahu tak?  Saya suka sangat ikuti drama KEIMANAN CINTA yang disiarkan oleh TV9.  Saya rasa macam saya kembali muda tauuuu.


Drama ni kan Bang Berahim, dilakonkan oleh pelakon-pelakon Melayu dan Cina.  Setahu saya, pelakon-pelakon Cina tu bukan beragama Islam.  Tapi, dalam drama ini pelakon-pelakon Cina tu selamba saja menyebut Assalamu'alaikum, berlakon solat dan berdoa dengan menyebut nama Allah, pegang Al Quran dan sebagainya (sebab dalam drama tu mereka memeluk/berminat dengan Islam).

Bang Berahim tak rasa apa-apa ke?  Selalu kalau isu-isu macam ni, Bang Berahim suka jadi juara dan akan bercakap tercungap-cungap 'untuk mempertahankan Melayu dan Islam'.

Bagi saya yang bukan seorang yang mahir dalam hukum hakam, drama ini agak bagus sebagai satu dakwah kepada non-muslim untuk menunjukkan betapa Islam itu satu agama yang penuh toleransi.  Tinggalkan sekejap kehidupan sebenar para pelakon itu di dunia nyata, tapi kita cuba hayati mesej dalam drama itu.

Eh! baru saya ingat - Bang Berahim mana ada masa nak baca blog saya ni.  Tahu tentang kewujudan blog ni pun tidak, kan? Ish... perasannya saya!


Bang Berahim janganlah tumbuk saya pulak!



22 ulasan:

  1. ada jugak tengok citer ni tp kejap2 :D

    BalasPadam
  2. sebab cerita ni tak de political milage...

    hehe!

    BalasPadam
  3. Kakak tak tahu pun cerita ini kakcik. Kalau betul bagai dikata mana perginya suara-suara lantang itu pergi. Eh... jangan permainkan soal agama... Kena buat report kakcik. Kakak memang jarang tonton tv apa lagi kalau hari sekolah...

    BalasPadam
  4. tak tengok lagi citer ni.. tapi tgk gambar ni macam menarik je..

    BalasPadam
  5. tergelak baca entry kak cik kali ni..hihi

    BalasPadam
  6. kakcik..
    sy tak pernah lagi tgok citer ni...tapikan, boleh ke org kafir pegang al quran?mana boleh kan???apalhhh diorang nih...

    BalasPadam
  7. errkk..
    saya lak langsung tak tahu kewujudan citer tu.. huhu~

    BalasPadam
  8. kakcik..sy pun suka sgt citer ni..memang tk penah miss..dan sy berdoa muga Jason dan yg jadi datuk tu akan peluk Islam..sebab Jason memang kerap berlakun memeluk Islam..

    BalasPadam
  9. Tabik pada pelakun Cina yang dah peluk Islam, KORIE, dengar khabar dah jadi Haji sekarang ni...

    BalasPadam
  10. kita..ong..ong.. kita ketuanan melayu..ong..ong..kita..ong..ong.. agama tolak tepi dulu..ong..ong..

    err..assalamualaikum kakcik..!

    BalasPadam
  11. saya suka kari Brahim's .. hehe

    *juruteknik telah membetulkan masalah di blog puisi saya. pantun kakcik (orang pertama) telah dimunculkan. t/kasih kerana menghubungi saya .. kalau tidak sampai ke sudah saya tak tahu !

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik,

    Brahing tak kisah Cina atau Hindu mana pun ckp Allah, Assalamualaikum, solat et. Janji bukan orang DAP!

    BalasPadam
  13. setuju sangat ngan gedek. ingat mee bandung berahim. sedap kak chik. makan sambil tercungap-cungap

    BalasPadam
  14. dan akhirnya, komen kakcik kat blog komensen pun telah berjaya di apungkan ..

    macam mana boleh jadi gitu .. saya pun tak tahu. cuma maaf sahaja yang dipinta.

    BalasPadam
  15. tak pernah tengok lagi citer ni...
    selalunye tak sempat nak tengok...byk keje dah menanti kat rumah tu...

    BalasPadam
  16. x tau lak drama ni ada...jrg layan tv9 sbb byk kartun jer

    BalasPadam
  17. nanti kite cari dia punye fesbuk, pastu pakai ramai2 post kat wall fesbuk dia ye kakcik. :)

    BalasPadam
  18. Kakcik tak tau ker, blog kakcik ada dalam bloglist Bang Berahim?

















    hahahha....

    BalasPadam
  19. ayat yg sama mcm kak cik ketika tgk citer ni....tadak pelakon melayu yg muka iras2 cina ke??? ramai dah dok ada skrg ni....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com