Kawan-kawan kakcik

Selasa, 27 September 2011

Tergamaknya seorang ibu...

menyumpah anaknya
dengan kata-kata yang menikam kalbu
pedih bagai ditusuk sembilu
sambil menadah tangan dengan lagak konon penuh sendu
sedang di hati dendamnya menggebu-gebu

tergamaknya seorang ibu
dengan sedikit pun tiada rasa sayu
apatah lagi merasa malu
kepada Tuhan Yang Maha Satu
memaki zuriat sendiri bertalu-talu
hanya kerana tidak mengikut kehendak hati yang dirasuk hantu

layakkah agaknya seorang IBU
dimuliakan dengan gelaran itu
bila hidupnya hanya berkiblatkan nafsu
sedang kebajikan anak sendiri
tidak pernah sedetik pun diambil peduli...


15 ulasan:

  1. assalamualaikum ibu

    hati seorang manusia itu tak mampu nak diagak..walau siapa pun dia.

    rambut sama hitam, hati lain-lain

    BalasPadam
  2. apa yg keluar dari mulut ibu ni doa

    BalasPadam
  3. apa2pun.. ibu tetap perlu dihormati.. jgn tergolong dlm kalangan anak yg menderhaka..
    huhu...... sabar....

    BalasPadam
  4. *sayu*

    tak terkata, kadang sya terlepas marah jugak dengan anak2.....

    tp maki hamun sumpah seranah tu haraplah tidak.

    BalasPadam
  5. esok2 anak dia buat kat mak dia pulak. so, jgn bersedih la kalu anak2 buat ape yg mak dia penah buat masa anak kecik dulu

    BalasPadam
  6. Rasulullah pernah pesan dalah lebih kurang begini,,,kita takkan dikasihi jika kita tidak mengasihi...

    jangan salahkan anak jika ibu bapa dulu menderhaka kepada anaknya..

    mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk didi anak dan sabar dengan kerenah anak...

    jika kita punya ibu yang agak kasar/bengis kita tegurlah cara yang paling baik..tambah dengan doa agar Allah jadikan ibu sebagai ibu yang peyanyang dan sedar perbuatannya salah...

    Seorang datang kepada Saidina Umar r.a. lalu berkata: "Puteraku ini durhaka kepadaku." Maka Umar r.a. berkata kepada anak lelaki itu: "Apakah kau tidak takut kepada Allah SWT? Engkau telah berbuat durhaka terhadap ayahmu, engkau tahu kewajipan anak untuk orang tuanya ......(begini dan begitu)." Lalu anak itu bertanya: "Ya Amirul Mukminin, apakah anak itu tidak berhak terhadap ayahnya?" Jawab Umar: "Ada hak yakni harus memilihkan ibu yang bangsawan, jangan sampai tercela kerana ibunya, harus memberi nama yang baik, harus mengajari kitab Allah SWT." Maka berkata anak itu: "Demi Allah, dia tidak memilihkan untukku ibuku, dia membeli budak wanita dengan harga 400 dirham dan itu ibuku, dia tidak memberi nama yang baik untukku, saya dinamai kelawar jantan dan saya tidak diajari kitab Allah SWT walau satu ayat." Maka Umar r.a. menoleh kepada ayahnya dan berkata: "Engkau telah durhaka kepada anakmu sebelum ia durhaka kepadamu. Pergilah engkau dari sini!"

    BalasPadam
  7. Sbb tu seorang ibu tu diharuskan dan digalakkan cakap baik2 dgn anak, jgn maki hamun anak dgn prkataan yg bkn2. Ella hairan bila sesetgh ibu marah anak dgn prkataan *a*i dn sebagainya ..

    BalasPadam
  8. teringat luahan seorang mak cik cleaner baru2 ni....seorang ibu tak boleh tgk anak lebih dari ibu..sanggup tgk anak cucu tidur dikandang lembu asalkan hatinya puas... ada jugak mcm itu... huhuu

    BalasPadam
  9. susah nak cakaplah benda-benda cam ni sebab kita tak berada ditempat siibukan. tapi kalau dah jadi ibu cam mana susah dan terdesak pun jangan sampai maki hamun anak.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kakcik,

    Kadang2 kita keliru. Setahu kita lazimnya ibu sanggup bekorban apa saja demi anak.

    Namun sekarang ini kita berkata-kata betulkan apa yang dipercayai tu.

    BalasPadam
  11. salam kakcik, sgt sedih bc entry. tak patot ibu memaki or kata yang buruk utk anak dia. macam dia mendoakan anak dia jadi macam apa yang dia katakan dan sangat tak sihat utk pembesaran anak. Kalau anak2 dari kecik dah biasa kena maki tak mustahil anak2 akan turunkan kat anak2 dia pulak. habislah kalau bergenerasi cmni.

    BalasPadam
  12. Salam KakCik,

    Kekadang dik sbb penat dan bosan, bila anak2 meragam dan buat kerenah, sorang ibu boleh bersikap merampus. Kan elok kita bagi ibu2 kita bercuti beberapa hari dlm setahun, bagi diorang rehat dan recharge?

    BalasPadam
  13. Pada kakaklah pucuk pangkal pegangan agama. Kalau longgar akan jadi begini. Tak kira si ibu atau si anak kena muhasabah diri mengapa ianya terjadi...

    BalasPadam
  14. Sy setuju dgn kak zakie... setakat hari ini sy sentiasa kawal perkataan sy terutama bila marah sbb time marah nilah setan tu masuk dlm badan hasut kita cakap bukan2... risau sy kalau terlepas ayat2 yg tak senonoh tu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com