Kawan-kawan kakcik

Khamis, 29 September 2011

Kenapa aku tidak suka mendedahkan di mana aku bekerja ...

supaya...

-apa-apa yang aku tulis tidak menjadi isu di pejabat
(eh! adakah rakan sepejabat yang rajin mengintai blogku ini?)

-tiada yang akan bertanya 'kenal tak si polan si polan tu?'
(aku bukan seorang yang sangat peramah lalu mengenali setiap orang)

-tiada yang akan bertanya tentang peluang itu ini
(sedangkan aku hanyalah pengira biji kopi yang duduknya di sudut yang orang tak perasan pun kehadiranku)

-yang paling penting, aku tak mau tulisanku akan memberikan gambaran buruk kepada tempat aku cari makan
(walaupun rasanya tak pernah aku menulis sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik jabatan)





37 ulasan:

  1. tu peribadikan kakcik.. ada yg mudah berkongsi dan tidak.. terpulang pada masing2.

    BalasPadam
  2. kerja wani lg tak boleh dedah secara terperinci...bimbang kalau2 pelanggan syarikat membaca, teruk wani diserang dgn soalan yg bukan2....hehe

    BalasPadam
  3. Betul tu kakcik. Setuju dengan kakcik.

    BalasPadam
  4. saya setuju.. dari dulu memang saya tak suka bagitau kat mana saya kerja walau ada rakan office yang tau pasal blog saya.. begitu jugak dalam FB..

    bagi saya itu privacy saya.. kalau nak tau boleh tapi bukan di bloglah.. ;)

    BalasPadam
  5. yup..itu pilihan masing-masing kan kak cik..

    BalasPadam
  6. hak masing2 kan akak ..
    nak btahu @ tidak terpulang janji risiko tanggung sendiri .. mana ada org nak tanggungkan kannn :)

    BalasPadam
  7. Wani...

    wa ni kerja dengan Syarikat ya? Mesti Syarikat yang kukuh dan ramai pelanggan tu. :)

    BalasPadam
  8. Kak Ani...

    setiap orang ada pandangan mereka yang tersendiri dan tak semuanya bersetuju dengan kita. :)

    BalasPadam
  9. Aizamia...

    kalau ada yang bertanya secara peribadi pun, adakalanya kakcik berat mulut nak beritahu. Tapi, ada juga jenis orang yang suka mendesak.

    BalasPadam
  10. missbby...

    yup. Terpulanglah pada keselesaan masing2, kan? :)

    BalasPadam
  11. Ieda...

    kecuali restoran je yang suka 'menanggung halal' hehehe...

    BalasPadam
  12. bagi tau atau tidak yg penting kita ikhlas...ikhlas bekerja ikhlas berkawan...ikhlas dalam serba serbi...

    BalasPadam
  13. cheqna plak bukanlah nak dedah sangat tapi at least dapat gak membantu mana2 yang perlukan bantuan..
    ada yang nak bertanya ke..yela sebab cheqna kan keje ngan jabatan yang membantu orang2 susah ni...=)

    BalasPadam
  14. macam saya lagi tak boleh dedahkan identiti, nanti kena bunuh pulak... hahaha...

    tak gitu kakcik..???

    BalasPadam
  15. bagus sebenarnya tindakan kakcik ni..untuk kepentingan semua...!

    BalasPadam
  16. tempat keja saye plk...gambar pun tak boleh nak ambik sesuka hati kat kawasan tpt keje saye ni...lagi laa kalau ade nk keluar model baru ke...

    lg pun saye bukan kerja pangkat beso punn...

    BalasPadam
  17. Pendirian yg tak boleh diganggu-gugat ye kakcik..:)

    BalasPadam
  18. Sama la kakcik, buat masa ni qema pun xpernah bgtau mana kerja & kalau boleh xnak rakan2 opis tau blog qema ni.

    BalasPadam
  19. betul tu kak chik, lagilah kak chk keja ngan gomen lagilah banyak yang nak ambik port.

    BalasPadam
  20. bukan semua boleh di dedahkan
    nak plak di dunia siber yg tanpa sempadan ni!

    BalasPadam
  21. setuju ngan cara akak... itu lebih baik kut

    BalasPadam
  22. yang no 3 tue lah yg cube sy elakkan kerana kita nie org kecik je..nnti org tanye mengalahkan kite nie org besor huhuhuhhh

    BalasPadam
  23. saya pulak kakcik, tamau kasi tau sebab takut kena kutuk..hihi, tempat saya carik kerja selalu buat aksi2 kontroversi...

    BalasPadam
  24. takpe

    asalkan saya da tau kat mana rumah kakcik

    hehe

    BalasPadam
  25. Entry pertama saya je dah cite psl tmpt kerja saya tapi kalau saya dh tukar, maybe saya takkan exposed kot..

    Tapi alhamdulillah, OK je setakat ni.

    BalasPadam
  26. SALAM KAKCIK,
    MASA PERJUMPAAN NANTI, LF NAK TANYA NAMA KAKCIK, BOLEH TAK?

    BalasPadam
  27. sama gak mcm zue ni..dimana kat mana 'rahsia' cuma keja nya x rahsia sbb dah letak di biodata.
    blog zue ni hanya anak ppuan yg tahu...:)

    BalasPadam
  28. Saya rasa orang tak minat pun nak tahu saya kerja apa...

    BalasPadam
  29. saya pun! banyak berahsia. sampai org tak tahan dengan saya. *nangis!

    BalasPadam
  30. assalamualaikom kakcik :)

    teman ghase teman tau.. tp ghase je le.. eh tau pe ni? heheheheh :P

    BalasPadam
  31. xper laa..kerje kt mn pun xpo, janji kita tau kt mn nk bc tulisan kakcik...btul x kakcik...hehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com