Kawan-kawan kakcik

Ahad, 25 September 2011

Catatan ke 901... Dengarlah bisikan hasrat hati...

Hahaha (gelak jahat) ... mengalahkan tajuk lagu la pulak!  Hari ini nak buat catatan merapu sebelum keluar ke rumah terbuka (raya dah nak habis laaaa...) tengahari nanti.

Bangcik tidur di rumah ibu saudaranya.  BS dah dihantar ke sekolah seawal 7.10 pagi tadi untuk mengikuti rombongan sekolahnya melawat tempat-tempat terpilih di sekitar Kuala Lumpur.  Dulu masa aku masih bersekolah, bayar RM5.00 untuk mengikut rombongan sekolah ke Pulau Pinang.  Duit poket pun bawa RM5.00 saja.  Mak siapkan bekal nasi dengan telur rebus dan sambal tumis ikan bilis.  Bayaran rombongan BS, RM50.00 dengan makan sebanyak 3 kali disediakan.  Aku bagi duit poket RM20.00 kot-kot nanti dia nak beli apa-apa.  Tak boleh bagi banyak-banyak, nanti satu bas pula dibelanjanya.

Selepas hantar BS tadi, aku dan suami ke Keramat untuk menziarahi jenazah bekas rakan sepejabat suami.  Semalam kami telah ke rumahnya sebaik mendapat khabar kematiannya.  Tapi semalam aku tak ikut suami masuk ke rumah kerana pakaian yang kupakai tidak bersesuaian.  Semasa menerima perkhabaran tersebut, kami memang berada di luar untuk urusan persendirian (walaupun tidak sulit).

Menyebut soal kematian, sesungguhnya tiada apa yang akan kita bawa bersama kembali ke dunia sana.  Harta yang banyak, anak yang cerdik dan segala kemegahan - tinggallah semuanya.  Agaknya kerana itulah, semasa hidup manusia berlumba-lumba mengumpul harta, menindas sesama manusia dan melakukan segala-galanya kerana hanya semasa hidup sahaja kita boleh berlagak semahu-mahunya tanpa sedikit pun ingat kepada yang memberikan kita nyawa dan bila-bila masa boleh diambilNya kembali.

Aduh!  bukankah aku kata awal-awal tadi, catatan ini hanya merapu semata-mata?  Aku pun tak tahu apa yang ingin kusampaikan sebenarnya....


16 ulasan:

  1. pelikkan ngan manusia yang mengejar kemewahan kat dunia ni sedangkan bila mati semuanya tinggal.makankan tuk cik ina sikit ye kat open house nanti.

    BalasPadam
  2. terimakasih kakcik..
    tazkirah yg baik...

    ingatkan gelak jahat pasal nak kongsi cerita kelakar....

    BalasPadam
  3. Salam kakcik, memang manusia suka mengikut hawa nafsu, mencari keindahahan dan kemewahan dunia, sedangkan mereka tahu semua itu adalah sementara..
    Selamat menjamu selera nanti..saya pun nak ke Kajang nanti ada rumah terbuka juga..

    BalasPadam
  4. wah kakcik dah 900 lebih dah post..tahniah2

    BalasPadam
  5. sebagai insan romantis (dgn bangganya)...saya senyum jer kawal gelak

    BalasPadam
  6. Mati itu pasti, hidup InsyaAllah.

    Kekadang bila dapat berita kematian baru kita teringat bila pula kematian kita kan?

    Terima kasih kerana mengingatkan saya melalui tempelan di atas.

    BalasPadam
  7. takdalah merapu pun kak cik..sikit-sebanyak dapat apa yg kakcik nk sampaikan..

    BalasPadam
  8. salam buat kakakku kakcik..
    pada orang yg mengingati mati, dunia ini tiada nilai baginya..

    BalasPadam
  9. semuga anak-anak mendoakan kita semasa kita dah tak ada..

    BalasPadam
  10. Assalamualaikom kakcik.. :)

    tulih ni seblom ke slepeh sms teman? penin tgk time tu 07.07pm hehehe..
    itu le maknusie slalunye telupe dunie ni smentare je, akhirat tu kekal slamenye. tah sempat ke idak ngumpui bekalan secukupnye ke akhirat sok.. hmmm..

    BalasPadam
  11. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    kakcik 'refresh' berkali-kali catatan tu. Sebenarnya kakcik dah terbitkan catatan itu pertama kali lebihkurang jam 10.00 pagi - 25/09/2011.

    BalasPadam
  12. maksud kakcik berlomba-lombalah mencari harta tetapi carilah yang halal kan kan.

    BalasPadam
  13. kadang bila time2 hati kena jentik bab2 mati ni, rasa seriau gak...

    BalasPadam
  14. walaupun bagi kakcik kata entry ni merapu tapi ada terselit pengajaran disebaliknya..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com