Kali ini di Mali's Corner, Taman Bunga Raya, Setapak. Sebenarnya sebelum berbuka semalam, aku cakap dengan suami yang aku teringin nak makan kuey teow goreng. Selepas berbuka dan menunaikan solat Maghrib, kami anak beranak keluar ke Setapak. Singgah untuk keluarkan duit di mesin ATM, ada masalah pula dengan kad. Jadinya, Alonglah yang keluarkan duit untuk membayar makan minum kami.
Sudah lama tak ke sini, ingatkan tiada pelanggan. Rupa-rupanya 'tempat beratur'nya telah berubah ke belakang. |
Adik dan Bangcik makan nasi lemak yang berharga RM5.00 sepinggan. |
Kuey teow saiz besar RM5.00 juga untuk sepinggan. |
Teh O ais limau = RM1.40 segelas. |
Makin ramai yang datang beratur. |
Penuh. |
Hanya kulit udang yang tinggal. Ada banyak (lupa nak kira) udang bersaiz besar dalam hidangan ini. |
Tempat letak kereta pantang ada kosong mesti ada yang menunggu untuk masuk. |
Budak ini kekenyanganlah ni. Di rumah dah makan nasi, tambah lagi makan nasi lemak dan separuh pinggan kuey teow. |
dah lama tak ke sana
BalasPadamnanti nak pegilah
nak meniaga tuh tak kisah lah, masalahnya di buatnya harta awam tempat parking macam mak bapak dia yang punya. siap boleh sound2 lagi suruh parking tempat lain.
BalasPadamlepas makan, balik rumah terus tidur ke kakcik? denjeres tuh! utk kesihatanmu...ekeekee...
BalasPadamarwah ayah saya prof Usin tu kata - org pompuan bila dah veteran (mcm kita), bila makan makanan ber-seafood sebelah malam, kena eksesais dulu sebelum tido... supaya protin dan zat besi yg tinggi tu tak berkumpul disendi2...bahaya sangat tu...
tengok sipipi tembam BS tu, rasa macam nak syium syium dia jer... geram ek?
WBH...
BalasPadamnanti ajak kakcik sekali, ya... ;-)
eelobor...
BalasPadamtinggal kat kawasan itu ya? :)
Belah mana ni kak? Duk dengar lama dah tp tak pernah try, nk gi kt Wangsa walk tu mcm penuh je slalu, Akak komen kt blog Aju nnti ek, ingt nk try buka kt situ ptg ni huhu
BalasPadamQ...
BalasPadamlepas makan, balik rumah - lipat kain baju, gosok pakaian sampai berpeluh2, solat Isyak - tak sedar terlelap pukul berapa. Jam 4.15 bangun semula untuk masak dan bersahur (padahal bersahur makan roti je). :)
Pipi siBS tu memang sedap untuk dicubit...hehehe...
Aju...
BalasPadamdi Taman Bunga Raya, Setapak. Cuba klik link yang kakcik bagi tu, mungkin boleh beri panduan. :)
terliurnyer tengok kuew tiaw tu..
BalasPadamalong!!!!!!!!!!!
cepatlah datang sini..wah tetiba ni =)
walaupun RM5 sepinggan tapi berbaloi. boleh kongsi dua orang.
BalasPadamsayangnya tempat tu jauh sangat dari Senawang !
kakcik....
BalasPadamini betul2 dekat ngan umh saye
huhuhu... bestnyer kalu tahu kakcik ke sana
leh le jumpa adik yang comei itu
wah..nampak sedap
BalasPadamumh bakal adik ipar saya lagi dekat giler ngan malis ni kakcik
BalasPadamwah mesti sedap ni, coz ramai sgt yg beratur menunggu
BalasPadamCheqna...
BalasPadamsemalam Along tanya 'mak, Cheqna tu siapa?'. Hehehe... dia nak belanja kakak dia kot! :)
Kanda AL...
BalasPadamkalau datang ke Ampang tu, dah tak jauh la... SETAPAK je! :)
Niez...
BalasPadamkalau kakcik tahu Niez dekat2 situ, mesti kakcik dah bagitahu kakcik nak datang (bajet orang popular ni!)... tapiiii... nak bagitahu pun hanya melalui blog je, kan? :)
al_hakim...
BalasPadamrasanya pun sedap. :)
Niez...
BalasPadamrumah nombor berapa, jalan apa? Nanti boleh kakcik pergi ketuk pintu! :)
Su...
BalasPadammakin malam memang makin ramai yang datang. :)
aslmkm makcik..dil sebelum mai mesir,selalu pegi situ..aduhai..teringin lah plak..huhuhu....
BalasPadamjauhnya dari Puchong
BalasPadambaguslah along...
BalasPadammesti sedap makanan kat gerai tu smpai beratur pnjg..hehe
BalasPadamkoey teow tu menggoda~~
BalasPadamWmslm ummi_khalish...
BalasPadambila balik ke Malaysia nanti, bolehlah pergi lagi. InsyaAllah. :)
pB...
BalasPadamtak jauh sangat. Masih boleh sampai tu. :)
AM...
BalasPadamAlhamdulillah. Harapnya dia akan begitu selamanya. :)
Mama SN...
BalasPadamsedap pun tak boleh makan selalu! :)
bujal...
BalasPadamdatanglah ke sini, boleh mak belanja makan kat situ. :)
memang top tempat ni,tapi kaklong belom pernah sampai lagi...hehehehe!
BalasPadamoh tidak.
BalasPadamujian....
ujian....
kaklong...
BalasPadamcubalah pergi sekali. :)
gB...
BalasPadampuasa ya? Kakcik pun masih berpuasa. Hari ini tak tahu nak makan apa pula. :)
sedapnya kuey teow itu... nyum nyum
BalasPadamSaya tak pernah jejak kaki kat Setapak..hehehehe..nak try ronda2 situ lah :)
BalasPadamAssalamualaikom kakcik.. :)
BalasPadamterliyornye nengokkan kueytiaw goren tuuuuu...
dh byk tapak dh ni kak.. tak sampey2 ponnnnn.. :P
AzMask...
BalasPadampernah makan kat situ tak? :)
Dr Faiz...
BalasPadamdekat je tu - setapak je. :)
Wa'alaikummussalam AzeedA...
BalasPadamcer mika bwak kakcik, mesti kejap je sampeinye! ;-)
emphhh
BalasPadamsedapnya!
tambah lagi kalu org belanja ... :)
panjang beratur...mesti sedap tu
BalasPadamAgaknya Firdaus kalau dah besar cam bang cik kot. nasi memang tak boleh tinggal . nasi lemak sekarang kalau tak RM5 jangan sebut. char kueh teow memang peberat cik ina.
BalasPadamdok berazam tak mau makan nasi lemak lepas raya ni ...
BalasPadamAcik...
BalasPadammemang sedap kalau orang belanja. :)
Wani...
BalasPadamselera orang ni tak sama. Mungkin ada yang datang untuk mencuba, lepas tu terus tak nampak muka. Ada juga yang datang berulang2 bagai ketagihan. :)
Cik Ina...
BalasPadamyang pasti tak boleh tinggal nasi adalah si BS @ Adik tu. Bagi dia, kalau tak makan nasi, maknanya dia belum makan!
Kakcik sebenarnya suka kuey teow ladna atau sup. Sesekali je kakcik suka makan char kuey teow. :)
Chik Att...
BalasPadamkakcik pun berazam juga, tapi azam tu lebur bila hidangan depan mata! :)
sedap ke char kue teow dia kakcik??
BalasPadampernah dgr tp lum penah makan
Acu...
BalasPadamjawapan kakcik seperti biasa - 'selera orang tak sama'. Bagi kakcik taklah sedap sangat, cuma bila dimakan panas2 dengan udang yang masih terasa manisnya, oklah juga. :)
Sebulan puasa tk dapat merasa nasi lemak..dah raya ni br dapat merasa..fuhhh lega rasanya..
BalasPadamTak tau nak cerita apa hari ini
AK...
BalasPadamkakcik rasa sejak akhir Ramadhan lalu, kakcik belum lagi menjamah nasi lemak. Nanti dah habis puasa, ingat nak masak sendiri la. :)
Arwah ibu dan abah beli rumah ditaman tuh pada tahun 1976, sekarang disewakan..
BalasPadamPn Nani...
BalasPadammahal tak sewa rumah kat situ. Mesti boleh tahan juga, kan? :)
Azliya...
BalasPadamWa'alaikummussalam. :)
sedap bangatlaaa mknnnyer tuh... mmg sedap eh, kakcik?
BalasPadamakuzle...
BalasPadamsedapppp - tambah2 makan percuma, kan? :)