Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 Ogos 2011

Saat mereka memerlukan...


Gambar dari : KOSMO ONLINE

tidak diminta bantuan dihulurkan
tidak menangis saputangan disuakan
tidak kelaparan makanan disuapkan
tidak rosak jalan diturapkan

saat kita pula berkehendakan
mata yang celik sengaja dipejamkan
telinga yang jelas sengaja dipekakkan
mulut yang petah sengaja dibisukan

kita hilang pekerjaan
adakah mereka hairan?
anak-anak kelaparan
adakah mereka pedulikan?

kerana
waktu ini mereka tiada berkepentingan
kerana
suara kita tidak mereka perlukan
kerana
kita bukan siapa-siapa yang boleh menggugah keyakinan!


Mereka pun tahu erti kasih sayang dan apa yang mereka perlukan


Mak tahu Adik selalu perlukan mak, kan?












59 ulasan:

  1. beruk pun lagi baik kan kakcik...

    BalasPadam
  2. beruk pun tahu erti kasih sayang..

    BalasPadam
  3. kekadang bantuan diberi kepada yang tak memerlukan~macam kat tempat saya mak,jalan ok dia turap balik~apajadah?

    BalasPadam
  4. Wang tidak mnjamin kbhagiaan, tp skrg kebahagiaan disamaertikan dgn kekayaan...jahilnya mereka

    BalasPadam
  5. Emak lebih tahu itu dik... tapi sayang ada yg tidak sedar ramai yg dahaga dan lapar walau kita telah berbuka dgn bermacam juadah....

    BalasPadam
  6. Dr DZ...

    mungkin beruk lebih pandai menilai - cuma mereka tidak boleh berkata-kata!

    BalasPadam
  7. Aju...

    apa ertinya kekayaan bila hati menjeruk rasa.

    BalasPadam
  8. Kakzakie...

    adakah puasa sebenarnya menginsafkan kita tentang ada orang yang tetap lapar dan dahaga? :(

    BalasPadam
  9. inilah kehidupan... yang ada kepentingan disanjung, yang tiada kepentingan pandang sebelah mata pun tak...

    BalasPadam
  10. mungkin itu yg dikatakan dlm dunia haiwan tiada manusia...dlm dunia manusia ada haiwan...

    tp saya selalu perati yg haiwan2 ni lebih berhati perut dan berperi kemanusiaan dari manusia itu sendiri.

    BalasPadam
  11. Nida...

    biasa tengok 'pemimpin negara' menoreh getah dan masuk muka depan akhbar? Itu saat bila? Dan bila tahun pula akan menjelma semula? :(

    BalasPadam
  12. kakcik...semalam tu kakcik tipu saya eeeh...

    memula tu tentulah buka mulut...
    kalau buka pc...lahai...kakcik makan lalu pc ker?

    wakakaaaaakaa...oops puasa!

    BalasPadam
  13. Q...

    petang Ahad lepas, kakcik dan suami singgah ke Tasik Perdana. Kami berhenti di hadapan Taman Burung kemudian turun dari kereta untuk memerhatikan monyet-monyet yang ada di situ... banyak sebenarnya yang boleh direnung dan difikirkan (mungkin juga boleh diambil iktibar) dari perlakuan monyet2 itu.

    BalasPadam
  14. Q...

    puasa la... mana ada buka mulut untuk makan! hehehe....

    BalasPadam
  15. saya agak seriau nak bawak anak2 tengok monyet..kat mana2 lah..pasal selalu sangat bila kita tengah syok2 tengok gelagat dia...ada ker tetiba dia ahem2 kat depan kita dan anak2..

    lahai!

    BalasPadam
  16. ADOIII jalan ok di turap balik ?? huhuhuh terlebey2 bantuan tuu

    BalasPadam
  17. Q...

    petang tu kakcik pergi berdua sahaja dengan suami.

    Terjadi peristiwa 'ehem' tu masa kakcik melawat ke Labuk Bay di Sabah baru2 ni. Mujur juga anak2 kakcik tiada bersama - tapi anak orang lain ramai juga! :(

    BalasPadam
  18. bantulah mereka yang memerlukan bantuan...tp kdg2 ada juga kes...org nak bantu tp mereka plk yg x sudi...
    hendak berdikari katanya...ntah laa

    BalasPadam
  19. tak lama lagi raya.. mana nak minta bantuan

    BalasPadam
  20. exora...

    carilah mereka yang benar2 memerlukan...

    BalasPadam
  21. PM...

    berbelanjalah mengikut kemampuan kita. :)

    BalasPadam
  22. header baru ye..kata2nya baik bangat

    BalasPadam
  23. IS...

    header yang kakcik buat bila kakcik tak tahu apa nak buat! :)

    BalasPadam
  24. adik sememangnya perlukan mak...tak ingat ke, kalo adik nangis, sapa yang adik carik suh pujuk, maaak jugak kann...

    BalasPadam
  25. masih mencari mak walaupun dah kahwin..

    BalasPadam
  26. Anaa...

    kadang2 mak Adik jadi batu je bila Adik minta dipujuk!

    BalasPadam
  27. diana...

    mereka yang berkuasa dahpun kaya rasa, rakyat juga yang terpaksa berkira2!

    BalasPadam
  28. aizamia...

    kakcik cuma ada mak mertua saja lagi.

    BalasPadam
  29. aduhai binatang pun tahu erti kasih sayang...

    BalasPadam
  30. sepatutnya contohilah binatang seperti monyet ni..tau gak erti kasih sayang :)

    BalasPadam
  31. berat mata memandang..berat bahu yg memikul...

    BalasPadam
  32. setuju sangat2 puisi itu

    kakcik...binatang lebih elok kan?

    BalasPadam
  33. Amy...

    kalau tengok/hayati bagaimana kasih ibu haiwan kepada anaknya, memang boleh menitis airmata.

    BalasPadam
  34. Afikah...

    manusia memang ada rasa kasih, cuma kadang2 terlalu mengikut kata hati - ia berubah menjadi benci.

    BalasPadam
  35. Mama SN...

    ... dan berat lagi hati yang menanggung.

    BalasPadam
  36. Ayu...

    manusia elok juga - kerana kita diberi akal untuk menimbang mana elok mana buruk tapi kita selalu menyalahgunakan keebihan kita!

    BalasPadam
  37. isu ni jadi kat kg saya kakcik sampai abah terpaksa jumpa pihak atasan dan dengan tegas katanya ' cuba kurangkan perbelanjaan buat tu buat ni kat tempat yang sedia ada, bagi peruntukan kat kg kami yang xcukup kemudahan ni..' baru ada tindakan tapi masih terbengkalai..

    kata abah..tunggu pilihantraya akan dtg..sedih:(

    BalasPadam
  38. kemana mereka nak mengadu? Kementerian Sumber Manusia !!!!!

    BalasPadam
  39. bila tengok berita semalam pasal kes nie terkejut juga. hairan bila pihak pengurusan khabarnya tidak dapat menampung kos pembayaran gaji. rasanya kontrak percetakan buku2 teks atau dari DBP yang dapat, takkan lah tak boleh cover kan?

    BalasPadam
  40. begitulah kehidupan insani..

    berkepentingan ditolongi..
    klu tidak penting....pergi..

    wlu kudrat tidak tinggi
    wlu haluan kurang berkemudi..
    terpaksa pandai2 membawa diri..
    didoakan agar mampu berdikari..
    demi untuk sesuap nasi..

    BalasPadam
  41. kesian plop bila tengok berita pasal ni...
    sampai hati...

    BalasPadam
  42. Qema...

    kalau kita tidak tegas bersuara, akan adalah yang berani memijak kepala!

    BalasPadam
  43. AM...

    mengadulah kepada DIA Yang satu dengan bersungguh2 dan dengan serendah hati. Dia Maha Mengetahui.

    BalasPadam
  44. eelobor...

    jangan jadi macam Sudin dan Aziz dalam cerita apa tu? Nujum Pak Belalang ya? Satu untuk kau tiga untuk aku!

    BalasPadam
  45. Sal...

    dalam banyak keadaan, timun juga yang jadi mangsa - kecuali bila durian dah jadi tempoyak baru dia tahu pedasnya cili.

    BalasPadam
  46. kesian diorg kan kakcik..
    byk tanggungan..

    yg besar2 ni..paham tak masaalah org yg kecil2 di bawah ni?

    BalasPadam
  47. PB...

    bukan tak faham - cuma malas nak mengusutkan fikiran yang sedia kusut.

    Mudah2an Allah limpahkan rezeki kepada mereka yang teraniaya.

    BalasPadam
  48. Salam ramadhan al mubarak,

    Selamat menjalani ibadah puasa.
    Selamat menyambut lebaran bakal tiba.
    Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  49. kakakku kakcik..
    saya perhatikan sekarang ni bantuan dihulur bukan lagi atas sikap prihatin dan tanggunjawab.. tapi.. mesti ada udang di balik batu..

    "biarkan mereka hidup tertekan.. nanti dengan sedikit umpan, kita akan mereka julang.." ohh.. bangsaku..

    BalasPadam
  50. Assalamualaikum KakCik, minggu lepas jiran sebelah rumah kena terminate, kilang tutup. Dapak gak pampasan ribu-riban. Bulan Ramadhan ada keja berjual di bazar Ramadhan, rezki dia. InsyaAllah lepas raya dia cari keja lain. Nasib baik bujang.

    BalasPadam
  51. Myri...

    salam Ramadhan. Semoga kita berkesempatan bertemu Syawal. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  52. Adikku Samad...

    bila kita terlalu suka dijulang, bersedialah untuk kemungkinan terhempas pada bila2 masa jua!

    BalasPadam
  53. Wa'alaikummussalam Yong Halima...

    rezeki ada di mana2 - janji kita tidak jemu mencari, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com