Kawan-kawan kakcik

Khamis, 11 Ogos 2011

Pertama kali...

Kek kukus

Puding Karamel - resepi Nani Rostam (Model 80an).  Jangan pandang pada rupa, tapi tanyalah rasanya!

Spaghetti Bolognese - resepi ikutsukahatikakcik

Petang tadi darjah kerajinanku agak luar biasa.  Dalam melayan batuk dan dada yang sakit, aku telah memasak makanan-makanan di atas. Malangnya waktu pertama kali puding karamel siap kumasak, loyang yang kupegang terhempas ke lantai. Berterabur semuanya. Tanpa rasa putus asa, aku membuatnya buat kali kedua. Kali ini, kerana kerakusanku, puding itu tidak terletak dengan cantik ke dalam pinggan. Tapi rasanya jangan dipertikaikan. Terima kasih banyak-banyak kepada Nani Rostam pemilik blog Model 80-an untuk resepi yang ringkas tapi sangat sedap itu.


Kek kukus pula, resepinya aku ambil dari Mesra.net. 

Kuah spaghetti aku ubahsuai sesedap rasa dan sesuka hati - janji sedap.


Apa-apapun terima kasih sekali lagi pada Along yang telah mengeluarkan duit belanja membeli bahan-bahan masakan di atas.  Sebenarnya ini adalah pertama kali aku memasak semua jenis masakan tersebut!

Selain dari hidangan di atas, aku juga menyediakan nasi bersama lauk kari daging dan bawal masam manis.

Bangcik macam tak percaya je mak boleh masak semua tu!











nota hati :   mohon maaf  kepada semua yang memberi komen kerana kakcik tidak menjawab semua komen yang diberi walaupun kakcik tetap membacanya.  Bila berkesempatan kakcik tetap berkunjung dan memberikan komen di blog kalian.


31 ulasan:

  1. Alangkah bagusnya kalau vic punya kerajinan dan kesungguhan mcm ni... btw... puding karamel tu nampak sgt sedap...

    BalasPadam
  2. oh.. kakcik..
    saya baru menyalin resepi puding karamel ptg tadi.. cadangnya nak buat hujung minggu ni..

    kali pertama jugak nak buat.. nampak mudah tapi bagi saya yang bukan jenis suka memasak satu cabaran rasanya..

    BalasPadam
  3. siap mintak resipi dgn kwn. bahan dah ada..rajin blm ada.
    dah lama tak buat. 4 tahun dah

    BalasPadam
  4. rajin kakcik..
    seronok bila semua yg kita masak tinggal bekas je kan?
    tahniah percubaan yg berjaya(,")

    BalasPadam
  5. IM tetap hormati kcs sebagai rakan blogger IM paling awal dan masih kekal hingga sekarang!

    BalasPadam
  6. pernah buat puding karamel dan spageti

    BalasPadam
  7. wah!!!! kakcik buat kek!!!!
    raya nanti jangan lupa buat tau untuk acu & kak azie...hehehee

    BalasPadam
  8. kemain bangcik enterframe~~adik mana?

    BalasPadam
  9. Vic...

    kerajinan kakcik itu tidak datang selalu! ;-)

    (puding itu memang sedap)

    BalasPadam
  10. Aizamia...

    kerja akan jadi mudah kalau kita punya kesungguhan. Kakcik pun susah hendak mencari kesungguhan itu! :)

    BalasPadam
  11. Eri-Chan...

    kalau rasa nak buat, kena terus buat. Kalau tidak memang tak jadi. :)

    BalasPadam
  12. Sya...

    Alhamdulillah - kecuali kek, yang lain semuanya licin. :)

    BalasPadam
  13. IM...

    bagi kakcik, kawan2 maya kakcik tetap kakcik hargai dan hormati. Terima kasih kerana masih menerima kakcik sebagai sahabat maya IM. :)

    BalasPadam
  14. @cu...

    InsyaAllah. Tapi sedapnya tu kakcik tak jamin tau! :)

    BalasPadam
  15. bujal...

    bangcik cemburu tengok gambo adik je yang asyik keluar! ;-)

    BalasPadam
  16. kakcik...menu kita sama! tapi wani punya karamel tu cantik...kih kih kih...

    BalasPadam
  17. assalamualaikom kakcikkk!
    ammbooihhhh.. teman ngajak makan hr tu juey mahey kan dh kene masak sendiri hehehehee.. bak sni sepinggan spegeti tuuuuuuu

    BalasPadam
  18. Wani...

    kakcik punya karamel tak cantik sebab tangan kakcik gigil + loyang tu panas sewaktu kakcik menyalinnya (baekkkk punya alasan! hehehe)

    BalasPadam
  19. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    bukan teman nyombong - tapi, teman ni kalo nak bergerak, kena guna khidmat pemandu! :(

    BalasPadam
  20. uishhh...byknya menu..
    terlebih rajin tu kakcik!

    BalasPadam
  21. PB...

    terlebih rajin yang datangnya puluhan tahun sekali ... hehehe...

    BalasPadam
  22. hehe seloghoh aje.. jgn le syedihhh!

    BalasPadam
  23. AzeedA...

    tak sedih, cuma terkilan je tak dapat meghase masakan mike!

    BalasPadam
  24. alamat ghomah ade kan? insya Allah bln dpn ehhhhh :)

    BalasPadam
  25. AzeedA...

    teman datang ghaye nanti, ya? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com