Kawan-kawan kakcik

Rabu, 10 Ogos 2011

Menyusahkan orang betul!...

Kabel telefon di kawasan perumahanku di curi orang.  Hari ini seharian langsung tidak dapat mengakses internet mahupun menggunakan talian telefon rumah.  Kenapalah kabel telefon tak ada arus elektrik (atau ada?), ya?  Barulah 'ada akai' orang yang mencuri tu!  Mujur juga aku telah membuat catatan berjadual, jadinya itulah yang dapat kalian baca di siang tadi.

Sebenarnya, hari ini dan esok aku bercuti sakit.  Sudah beberapa malam aku tidak dapat lena.  Sebaik terlena, aku akan terbatuk sehingga terkenc**g!   Aku juga sebenarnya sudah malas hendak ke klinik.  Setelah dipaksa oleh suami, terpaksalah aku pergi juga.  Rupanya lelah yang kualami agak teruk.  Sebaik mengambil sedutan nebulizer, aku termuntah-muntah mengeluarkan lendir putih yang bukan sedikit.

Sekarang aku masih menahan perit di dada akibat batuk yang sukar berhenti.  Aku dah malas nak fikir akan apa kata orang, sebab yang sakit adalah aku!



19 ulasan:

  1. Salam Kakcik;

    Selamat berbuka Puasa. Semoga Kakcik segera sembuh.

    Cubalah kakcik ambil supplement Vitamin B17 (klik http://cancer-b17.blogspot.com)

    Walaupun ianya untuk penyakit kanser, tetapi baik juga untuk penyakit lain dan meningkatkan sistem imun badan. Ianya elok juga untuk orang yang ada lelah/asthma

    Saya ada darah tinggi, dah setahun lebih tak makan ubat hospital. Alhamdulillah... BP saya dah normal macam dulu...

    BalasPadam
  2. mama
    mkn ubt..berehat..
    moga cepat sembuh ye

    BalasPadam
  3. minggu lepas 3 hari saya tak ada talian talipon dan internet sebab kabel di curi orang. Memang orang yang curik ni nak untung diri sendiri jer..memang tak berotak.
    kakcik..
    jangan lupa gi sepital..duduk rumah pun buat apa kalau asik menahan sakit jer...jaga diri dan kesihatan sebab itu saja harta yang kita ada untuk hidup tenang dan selesa..

    BalasPadam
  4. Salam kakcik
    Semoga Allah pelihara dari terus menerus sakit.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah....setakat nie belum terjadi lagi kes kecurian kabel di kawasan sini. tapi di kampung mertua dah selalu sangat terjadi. akhirnya ambil keputusan tamat jer talian telefon rumah

    BalasPadam
  6. Salam Kak cik....salam ramdhan...
    nampaknya senasiblaa kita...saya pun dok batuk juga..sampai tak tertahan-tahan...nak tidor pun tak lena...doktor nasihat jangan makan buah-buahan... minum ais..sampai habis puasa...aduhhhh... terpaksalaa berpantang..
    Kak cik..semoga cepat semboh yer..

    BalasPadam
  7. Allahuakbar Kak Cik.

    Kesiannya. Teruk batuk tu.

    Elok pegi klinik, makan ubat dan berehat secukupnya. Moga segera sembuh.

    Ramadhan: Keriuhan Itu Sebenarnya Sering Dirindu Aku...

    BalasPadam
  8. Kabel talipon kat rumah di kampung IM pun kerap kena curi.

    Apa-apapun, muga kcs sihat-sihat segera.

    BalasPadam
  9. samam mcm yang saya hadapi bulan mei lepas, batuk berterusan hingga terken**ng di pejabat, sudahnya disahkan bronchitis..ianya terjai kerana batuk yg berpanjangan, terpaksa ulang ambik neb, skrg dah ok

    BalasPadam
  10. time untuk berehat ye kakcik..

    mga cepat sembuh dn bertenaga kembali...

    BalasPadam
  11. salam kakcik...menyebut pasal lelah...saya sendiri mengalaminya..sedikit waktu dulu...memang ada keturunan pun,pastu ada dealer Cosway syorkan saya makan Cordyceps,saya try jugalah w/pun pd mualanya sedikit cuak.Alhamdulillah...belum pun habis sebotol,kahak yang pekat jadi cair dan akhirnya ianya keluar sendiri,sangat baik utk paru2 kita...
    sampai sekarang saya masih amalkan...
    harap kakcik cepat sembuh..
    selamat bersahur..

    BalasPadam
  12. bersabarlah kak cik...kesakitan pada bulan ramadhan akan mengugurkan dosa2 kecil...

    BalasPadam
  13. semoga kakcik cepat sembuh
    rindu pula nak jumpa kakcik & kak azie...sembang2...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikom kakcik..

    kalo bdn rase tak sehat
    dok le ghomah bergolek2an
    byk2 bwk berehat
    makan obat dilupe jgn!

    skian pantun chomot teman.. :D

    p/s si pencurik tu belom kene azan di telinge le tuuuuuu...

    BalasPadam
  15. betul menyusahkan orang bila berlakunya kes2 macam ni..


    moga kakcik cepat sihat hendakNYA..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com