Kawan-kawan kakcik

Isnin, 8 Ogos 2011

Kuala Lumpur di tengah malam...

menghampiri dinihari
jalan demi jalan diselusuri
sama bagai di siang hari
jalan-jalannya tak pernah sunyi

melalui Bintang Walk
telinga boleh saja menjadi pekak
 dengan muzik bersilih ganti
bingitnya mencengkam ulu hati

berpusing ke Jalan Doraisamy
masih ramai juga manusia di saat ini
dengan hala tuju sendiri-sendiri
tidak menghirau hari menjelang pagi

masuk pula ke Jalan Masjid India
di sini masih ramai orang juga rupanya
ada anak kecil bersama ibubapa
mungkin mencari persiapan untuk hari raya

menuju pulang melalui Dataran Merdeka
banyaknya motorsikal dan juga kereta
puluhan remaja yang bagai sebaya
entah apa ditunggu mereka

teruskan perjalanan ke Jalan Loke Yew
mata yang segar dah hampir layu
dengan pesta lampu merah dan hon bertalu
oh! alangkah meriahnya malam di daerahku

sampai ke rumah hampir satu pagi
apalah yang hendak ditunggu lagi
basuh kaki dan gosok gigi
tidurlah sementara sebelum bangun kembali



44 ulasan:

  1. saya dah lama tak ke kuala lumpur..
    yang saya tahu kuala lumpur sampai sekarang tak pernah mati..
    hehehehh

    BalasPadam
  2. lea ngan suami kalau hujung minggu memang suka pusing2x kl.dlm kereta je kak.balik 1-2 pagi. sekarang dah ramadhan.aktiviti tu dihentikan buat sementara waktu.lea suka tengok lampu2x kat kl

    BalasPadam
  3. sesekali pusing town KL di waktu malam pun best gak akak. tengok macam2 jenis gelagat warga KL

    BalasPadam
  4. kalau ayu ke Kl, kakcik jadi pemandu arah ya,,
    gambaran yang kakcik syer pun buatkan ayu teringin...

    BalasPadam
  5. teringakat masa duduk di KL dulu ...

    BalasPadam
  6. kakcik sya pun tak ingat bila keli terakhir ke kuala lumpur tu, sbb tak suka jalan jem

    BalasPadam
  7. diana...

    KL memang tak pernah mati, tapi penghuninya separuh mati dengan kos hidup yang semakin tinggi. :)

    BalasPadam
  8. Lea...

    kakcik dan suami sesekali di hujung minggu suka juga keluar malam. Sekadar berpusing-pusing di dalam kereta mengelilingi kota. :)

    BalasPadam
  9. W/salam Dato'...

    setakat ini masih berbuka di rumah sahaja. :)

    BalasPadam
  10. Pn Dr...

    bawa 'anak-anak' yang tidak biasa dengan suasana Kuala Lumpur selepas mereka selesai solat Tarawikh. :)

    BalasPadam
  11. eelobor...

    macam-macam ragam dan macam-macam gaya manusia...

    BalasPadam
  12. Ayu...

    tentu sahaja boleh. Bagitahu bila Ayu nak datang. Nak tinggal di rumah kakcik pun boleh, InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  13. Chik Att...

    bila kakcik keluar dari KL, terasa sunyi pulak. :)

    BalasPadam
  14. Cheqna...

    konon dulu pejabat2 kerjaan dipindahkan ke Putrajaya untuk mengatasi kesesakan KL, tapi nampaknya bagai tiada beza langsung.

    BalasPadam
  15. bujal...

    Klang pun kadangkala sesak teruk, kan? :)

    BalasPadam
  16. assalam kak chik! lama kita tak jenguk kak chik kan.. sihat kah..?=)
    semoga kak chik sentiasa senang senang sokmo..

    semalam kita kuar kl, dapat jemputan berbuka di KL, tapi tahu sesuatu tak? jalan tak jem langsung! i wonder y.. mungkin semua orang sedang di rumah atau di bazaar ramadhan... =)

    selamatberbuka kak chik.. take care..

    BalasPadam
  17. w/salam kella...

    ooo... mungkin semua orang sedang bersiap sedia untuk berbuka waktu kella keluar tu agaknya. :)

    Selamat berpuasa dan berbuka kella. :)

    BalasPadam
  18. bukan saja KL yg x pernah sunyi dari kesibukan malah JB pun turut sama...tak kira siang mlm pun sama jemm.

    BalasPadam
  19. Zue...

    kakcik pernah terkandas waktu nak balik ke KL dari JB. Sudahnya kami duduk di Danga Bay sampai tengah malam, tunggu jalan lengang!

    BalasPadam
  20. eemmm..tngk pict pun dah terasa sesaknya kan kc?

    BalasPadam
  21. Dah boleh lah 'A city that never sleeps- Kuala Lumpur'

    Nervous bile drive di KL wpun org kata driver KL lg civilized daripada pemandu di kampung :) Tak biasa..

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Yong Kakcik, lain tempat dilintas, lain senario dia yek?

    BalasPadam
  23. sejak pindah duk utara ni..dah tak prgi kl lg..rindu ngan kesibukannyalah pulak kak

    BalasPadam
  24. eeeee..seksa tengok jalan jam cenggitu. Fa pernah terperangkap kat Jalan menuju ke Ampang dari zoo. Rupa2nya kalau bulan posa lagi teruk jam nya!!

    BalasPadam
  25. kakakku kakcik..
    suatu masa dulu saya pernah meronda sekitar KL hingga ke pagi dgn kwn2.. last2 terlelap kat surau puduraya.. dari pengalaman itu..saya dpt mengesahkan.. tempat itu sesuai bernama "kuala berlumpur.."

    BalasPadam
  26. banyak benor pak arab kat bintang walk tu

    BalasPadam
  27. di bandar...nampaknya manusia2 ligat utk meneruskan kelangsungan hidup..masing-masing ada hala tuju dan arah mereka sendiri..

    kelihatannya tengah2 mlm pun masih tetap meriahnya..

    BalasPadam
  28. Ladyzul...

    apatah lagi bila mengalaminya sendiri. :)

    BalasPadam
  29. lamanya x shoping kt kl..klu g pagi balik mesti malam, bodyguard yg ikut pun x thn lenguh kaki..hehe

    BalasPadam
  30. Sufia...

    orang kata kalau boleh memandu di Kuala Lumpur, ertinya bolehlah memandu di mana sahaja. Tapi... kakcik tak boleh! ;-)

    BalasPadam
  31. Wa'alaikummussalam Yong Halima...

    gitule gayenye. :)

    BalasPadam
  32. Suri...

    sesekali datanglah menjengah ke sini. :)

    BalasPadam
  33. Fa...

    agak2 sekarang sesat lagi tak kalau datang KL? :)

    BalasPadam
  34. Wa'alaikummussalam Adikku Samad...

    kakcik kata kepada 'anak-anak' yang kakcik bawa - di KL ini kamu boleh dapat hampir apa saja yang kamu mahu, samada baik atau buruk!

    BalasPadam
  35. IM...

    jujurnya, kakcik pencinta sunyi. :)

    BalasPadam
  36. sal...

    pusat bandar KL memang jarang tidur.

    BalasPadam
  37. exora...

    kakcik yang duduk di sini pun jarang keluar shopping! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com