Kawan-kawan kakcik

Isnin, 8 Ogos 2011

Bubur Lambuk...

Along dan seorang jemaah Masjid Nurul Hidayah , Kg Pandan sedang mengacau bubur lambuk

Bubur lambuk ini bakal diagih-agihkan kepada penduduk setempat.

Ini bubur lambuk yang suamiku dapat pada hari pertama Ramadhan.

Selingan :

Aku sudah lupa sebenarnya, dulu aku ada minta pembaca blog ini meneka
gambar apakah yang aku letak.  Inilah gambar penuh dinding bangunan
Suria KLCC yang kelihatan seperti rak buku bila digambarkan sebahagian sahaja.

48 ulasan:

  1. bubur lambuk tempat saya tak sedap.haih~

    *bukan tak bersyukur tapi kalau nak bagi orang makan biarlah secukup rasa~he~~

    BalasPadam
  2. pose kali ni belum berkesempatan nak buat bubur lambuk lagi..sedapnya...

    BalasPadam
  3. emmm... iols tak makan bubur lambuk
    kalo my hb bawak balik -abg ajim sorang jer yg makan!

    BalasPadam
  4. sedapnya bubur lambuk.
    ke saat ini, baru sekali makan.

    depan masjid wilayah depan opis saya ada bubur lambuk drive thru, tapi apa kan daya, naik bas macamana nak ambil?

    *nangis

    BalasPadam
  5. bubur lambuk mmg selera ramadhan.

    ah sedap !

    BalasPadam
  6. bulan puasa best sebab banyak masjid2 buat bubur lambuk. yummehh

    BalasPadam
  7. Kebanyakan bubo lambuk yang di jual sekitar kawasan Kg Gajah ni tak berapa sedap le....beli (habih memangle habih) tapi tebuang ketanah sudahnye.

    BalasPadam
  8. bubur lambuk dr opis suami sy sgt sedap psl takda kacang tanah..slrpp

    BalasPadam
  9. Puasa kali ni blm masak lg bubur lambuk...nnt nak buatla ;)

    BalasPadam
  10. dh merasa bubur lambuk ramadhan ni...hasil air tangan nenda :)

    BalasPadam
  11. Semalam kawan jiran kakak bagi bubur lambuk. Dia bagi siap ada sambal kicap. Mula kakak hairan tapi bila makan sedap...:)

    BalasPadam
  12. opis lea buat jumaat lepas kak chik untuk dibahagikan sesam staf.

    BalasPadam
  13. kita pun tak berapa suka bubur lambuk.. kalau rasa pun sesudu dua je kot..

    tapi husband kita ngan anak dara kita cukup suka bubur lambuk ni

    kakcik..ye lah..macam buku..

    BalasPadam
  14. baru semalam jiran buat kak .. merasa lah sesudu sbb dia bagi sikit .. anak2 dan hubby pun nak :)

    BalasPadam
  15. bubur lambuk makan ngan kicap..bestnye..heheheh

    BalasPadam
  16. Surau kat Umah sy pun hari2 distribute bubur lambuk..tapi sy jarang ambil.. bukan apa.. kalau ambil tapi tak makan pun buat apa kan..
    lebih baik di sedekah pada org yang lebih memerlukan...

    BalasPadam
  17. tak pernah lagi makan sejak bulan posa ni..

    BalasPadam
  18. kenapa bubur lambuk tak dibuat/dijual di luar Ramadhan .. kecuali sekali sekala ?

    BalasPadam
  19. SALAM,
    MANA PALING SEDAP KAKCIK? YANG KAT KPG BARU ATAU KPG PANDAN?

    BalasPadam
  20. Bujal ...

    orang yang buat tu berpuasa - tak dapat nak rasa!

    BalasPadam
  21. Cheqna...

    mama memang tak pernah buat pun. :)

    BalasPadam
  22. milo...

    kat rumah kakcik pun takde yang suka makan bubur lambuk, jadi kakciklah yang kena makan!

    BalasPadam
  23. eLL...

    wah! bubur lambuk pun ada drive thru, ya?:)

    BalasPadam
  24. Niez...

    kakcik tak berapa suka, tapi makan juga. :)

    BalasPadam
  25. Lya...

    boleh dapat dengan percuma, kan? :)

    BalasPadam
  26. Myri...

    sayangkan? Akhirnya membazir begitu sahaja. :(

    BalasPadam
  27. Rina...

    kakcik belum pernah makan bubur lambuk yang ada kacang tanah di dalamnya. :)

    BalasPadam
  28. Kakzakie...

    biasa dengar kalau di Johor orang makan 'goreng-gorengan' dengan sambal kicap. Bubur lambuk pun?

    BalasPadam
  29. Semlm surau kt Umah ni ada buat, mmg sedap

    BalasPadam
  30. ermm ... ramadan ni tak pergi ambik pun lagi... tak sempat.. tp kami tak makan sangat makan biasa2 saja.. tp ok la kat sana bubuh dalam bekas.. sini buh dalam plastik jer..

    BalasPadam
  31. Fieza...

    orang yang suka mesti kata sedap, tambah kalau cukup ramuan dan rempah ratusnya. :)

    BalasPadam
  32. PB...

    kat rumah kakcik, bubur tu asyik keluar masuk peti sejuk!

    BalasPadam
  33. ieda...

    syukur Alhamdulillah, mesti sedap bubur yang jiran Ieda buat tu, kan? :)

    BalasPadam
  34. SuriHanna...

    kakcik setuju - jangan ambil kalau tak makan, nanti terjadi pembaziran. :)

    BalasPadam
  35. Kanda AL...

    di Kg. Baru, KL ni, sebenarnya setiap hari (walaupun bukan bulan Ramadhan), bubur tu ada dijual. :)

    BalasPadam
  36. W/salam Dato' LF...

    bagi saya - rasanya lebihkurang sama sahaja. :)

    BalasPadam
  37. Aju...

    mesti orang yang buat tu memang pakar - itu sebab sedap. :)

    BalasPadam
  38. Fazz...

    kadang2 dia orang letak dalam plastik juga. :)

    BalasPadam
  39. Bubur lambuk memang sodap gila tapi kat sini macam kureng sikit kak , kena cari yang betul2 pandai buat dengan selera org luar , kadang manis lebih x lalu ow...

    BalasPadam
  40. wah!! imam sendiri turun padang kacau bubur lambuk.. :P

    BalasPadam
  41. Amy...

    bubur lambuk sepatutnya tak rasa manis, kan? Tapi mungkin di sebelah sana, rasanya sedikit berbeza. :)

    BalasPadam
  42. Dr DZ...

    itu barulah dikatakan 'kepimpinan melalui teladan'. ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com