Kawan-kawan kakcik

Rabu, 24 Ogos 2011

Doa di hari lahir...

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad Sallallahhu'alaihiwassalam

Ya Allah
aku bersyukur padaMu
untuk lima puluh tahun 
yang telah Engkau pinjamkan padaku
untuk segala yang telah Kau 
limpah dan kurniakan
walau hakikatnya aku adalah
hamba yang tidak tahu menghargai

Ya Allah
untuk lima puluh tahun yang telah berlalu
amat sedikit amal ibadatku
amat kurang ucap syukurku padaMu
amat hina diri ini di sisiMu

Ya Allah
tidak tahu berapa lama lagi
nyawa ini akan Kau pinjamkan
namun aku amat berharap
agar saat kembaliku nanti
bukan pengembalian yang kosong semata-mata
bukan pulang tanpa bekalan ke Syurga

Ya Allah
terimalah kepulanganku nanti
sebagai pulangnya seorang yang beriman
walau aku tidak layak
untuk syurgaMu
namun aku sangat takut
akan azab nerakaMu.


32 ulasan:

  1. SALAM,
    AMIN, AMIN, AMIN. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN

    BalasPadam
  2. W/Salam Dato' LF...

    Terima kasih. :)

    BalasPadam
  3. Selamat Ulangtahun Kelahiran KAKCIK, semoga kehidupan lebih ceria dan bahagia...

    Bila nak balik kampung? Atau beraya di sini saja?

    BalasPadam
  4. HAPPY BIRTHDAY kak.......
    wah!!!
    sukanya,
    tarikh kelahiran kak berderet dgn tarikh istimewa utk ayu..

    semoga panjng usia kamu.

    BalasPadam
  5. kak cik, selamat hari lahir..semoga dipjgkan umur dan dimurahkan rezeki ye, semoga berbahagia bersama keluarga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kakcik...

    SALAM RAMDHAN KAREEM WA SANAH HELWAH..

    semoga dipanjangkan usia , dimurahkan rezeki jua bertambah iman dan amal ... ameeen

    BalasPadam
  7. selamat ulang tahun kelahiran kak cik.

    semoga panjang umur murah rezeki, bahagia berjaya dan selamat dunia & akhirat.

    aminnn

    BalasPadam
  8. selamat hari lahir kakcik..

    moga kakcik sentiasa dilindungiNYA serta dianugerahkan kesihatan yang baik..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Kakcik,

    Selamat hari lahir. Semoga dirahmati Allah selalu disamping keluarga yang tercinta.

    BalasPadam
  10. selamat ulangtahun mama
    moga dikurniakan kesihatan yang baik..panjang umur murah rezeki serta sentiasa berada di bawah lindungan allah swt...
    moga bahagia dunia akhirat..amin...

    BalasPadam
  11. Amin...amin..amin...
    selamat ulangtahun ke 50 buat kakcik
    semoga di beri kesihatan yang baik dan di permudahkan dalam segala urusan

    BalasPadam
  12. selamat menyambut ulangtahun kelahiran Kakcik...
    semoga senyuman akan sentiasa dibibir...
    harapan bahagia juga akan terlahir...
    keimanan akan hadir...
    mekar...

    BalasPadam
  13. Selamat Hari Lahir, Kakcik.

    Semoga dimurahkan rezeki, diberi umur panjang yang diberkati dan kesihatan yang baik. Amin! :)

    BalasPadam
  14. Separuh abad mengabdi diri
    alhmdulillah diri selalu diberkati
    moga kebahagiaan yang hakiki
    sentiasa menyapa diri
    sungguh Allah maha mengetahui
    moga doa-doa diberkati
    selamat ulangtahun kakcik dari kakzakie!!

    BalasPadam
  15. amiinn ya rabbal alamiinn!
    maap ye tgk yg melekat ateh tu dlu baghu teghojon sini.. :)

    BalasPadam
  16. aminnn...

    alhamdulillah!

    selamat hari lahir kakcik :)

    BalasPadam
  17. Selamat hari Lahir Kak chik... semoga berbahagia dan dilimpah rezeki yang banyak...

    BalasPadam
  18. selamat hari lahir kak chik, semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan dipanjangkan umur

    BalasPadam
  19. selamat hari lahir utk kakcik, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat selalu, happy selalu bersama keluarga tercinta

    BalasPadam
  20. Teringat plak bait kat bawah sekali suka sangat aku tak layak syurga mu, tapi aku takutkan azab neraka, suka nyanyikan dalam versi B.Arab kat Firdaus masa nak tidur.

    BalasPadam
  21. hepi besday kakcik.. semoga dikurniakan kesihatan yang baik & sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta. Aminn

    BalasPadam
  22. AMin... semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik serta kebahagiaan yg berkekalan buat kakcik


    selamat hari lahir.. kakcik

    BalasPadam
  23. kakcik, esok hari lahir saya pulak... esok saya amik doa ni pulak ehh... :)

    selamat hari lahir kakcik.. semoga sentiasa berada didalam peliharaan Allah.

    BalasPadam
  24. Amin..selamat hari lahir kak cik..semoga bertambah rahmat dan kasih sayang Allah kepada kak cik..

    BalasPadam
  25. Selamat hari lahir kakcik!
    Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu bersama keluarga tercinta.

    BalasPadam
  26. Selamat hari lahir kak chik..


    http://www.sinarraudah.com/2011/08/pelaburan-yang-bijak-dan-menguntungkan.html

    BalasPadam
  27. selamat hari lahir kak cik.. moga dibukakan pintu rezeki, dipermudahkan dalam segala urusan dan diberkati serta dilindungi Allah sentiasa.. Amin

    BalasPadam
  28. selamat ulang tahun kelahiran kakcik sayang...semoga ALLAH memberikan kakcik kesihatan, dilimpahkan rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com