Kawan-kawan kakcik

Rabu, 24 Ogos 2011

Lambang KEKEBALAN atau lambang SAMSENG? ...

Aku tahu bahawa perasaan benci adalah sesuatu yang tidak elok untuk terbit di hati.  Alasan klise - 'aku hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan'. Jadinya, tidaklah salah untuk perasaan benci itu terbit bila hati sudah sakit atau disakiti.  Kata orang 'aku boleh memaafkan tapi sukar untuk melupakan'.  Hehehe.. aku sudah mula membebel semula sebelum bercerita hal yang sebenarnya!

Beberapa hari lepas, aku dan suami masuk (berkereta) ke satu lorong sehala.  Dari depan, masuk sebuah kereta yang pemandunya begitu angkuh dan enggan mengalah.  Terus sahaja bergerak ke hadapan untuk memaksa kereta kami berundur walaupun ternyata pemandunya yang salah masuk ke lorong tersebut.  'Angin' suamiku agak baik sedangkan aku pulak yang dilanda puting beliung terus mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya, lalu beliau mengundurkan kereta kami.

Aku sempat menjeling ke cermin hadapan kereta tersebut.  'Ah... patutlah....'.  Memang padan dengan lagak pemandu kereta tersebut!

Petang semalam pula, aku mengajak suami ke Pasar Juadah untuk membeli sedikit kuih.  Sebuah kereta diletak di tengah jalan dan mengganggu lalu lintas.  Tiada pula tanda-tanda kereta itu rosak.  Sekali lagi hatiku menyuruh mataku menjeling ke arah cermin hadapan kereta tersebut.  Sah! lambang yang sama dengan kereta yang sebelum ini terlekat di situ.

Hmmmm.  Mudahnya manusia lupa bahawa tiada yang lebih berkuasa dari Allah Yang Maha Esa.  Rasanya siapa pun boleh meletakkan lambang yang ada tiga warna tu - tapi... 'lu abang long ka... lu ayahanda ka... lu tetap akan ke 'sana' juga...'



24 ulasan:

  1. hidup kak umpama roda... kejap di atas kejap di bawah...

    selamat hari raya kakcik ~

    BalasPadam
  2. tadi poei kodai kek pun ada org cengitu kak....jalan sehala tapi dia belasah jalan....TAPI...dia siap angkat tangan dan terangguk2 kepala dia tanda minta maaf....sejuk hati den kak.....ahakz

    BalasPadam
  3. Salam..

    Nida pernah brtanya cik hubby "abang.. kalau seren suruh kita ke tepi jalan tapi kalau Ida taknak ke tepi boleh tak? "

    "boleh... tapi tunggu awak jadi anak raja ler".. jawab cik abang malas nak layan..hehe

    BalasPadam
  4. rasanya DIA mmg suka buat pasal..
    eik, ayu pulak yang hangin..
    heheheh.. posa2..

    kak... HAPPY BIRTHDAY ada entry khas utk kamu

    BalasPadam
  5. Kakak confirm lambang apa yg Kakcik nampak walau tak dizahirkan. Kalau Along kakcik rasanya lagi maklum sifat mereka yg mendokong lambang tersebut...

    BalasPadam
  6. tak der makne samseng ke gagah ke kalau dah xsident... luka berdarah gak kan... ehhh takut pulak

    BalasPadam
  7. setakat ni tak pernah kena lagi walau berlambak lambang tu pada badan kereta yang saya ter terjumpa.. tapi kalau kena confirm saya akan bersuara marah2 sayang pada pemandu itu..

    BalasPadam
  8. entah ape2 kan kak ..
    adehhh kalau saya tensi jugak huhuh

    BalasPadam
  9. eleh..macamla boleh wa masuk kete tu kesana
    menyampah!!!

    BalasPadam
  10. orang yang tak ingat asal kejadin dan tak tahu satu hari nanti dia kat mana memang selalu cam tu. Biarlah dia kak chik asal dia bahagiakan. kita manusia biasa perasaan benci tu semua orang ada.

    BalasPadam
  11. kak cik kerana nila setitik rosak susu sebelanga. macam nilah bila akal tak di guna...buat undang2 sendiri sesuka hati...udang2 hutan...hehehee...

    BalasPadam
  12. kalau izan pun mesti bising2 huhu.sbb kdg2 org ni tak pk langsung org lain.izan pun kena block kat pasar ramadhan smpai mintak org tolong kuarkan keta. huhu..

    xpe kak,ada la satu hari balasan setimpal tp tu la..tak patot plak doakan yg tak baik huhu

    BalasPadam
  13. itulah berlagak tak bertempat, eloknya dia nk biar kete dia bergesel kot kak, bagi calar balar...tak reti ikut peraturan betul...

    BalasPadam
  14. adus..apesal komen kt atas semua cam tahu jer lambang 3 kaler tu..sy laks blur..lambang apa kak cik?

    BalasPadam
  15. sabar kak erk.. bulan2 posa ni mmg mcm tu.. penuh ujian kesabaran... puasa mengajar erti kesabaran agar dapat terus dipraktikkan pada bulan2 yg lain.. (",)

    smlm tgk berita pun, time2 bulan posa ada pulak golongan bapak yg sanggup tolak anak dalam kolam sampai mati lemas dan ada yg sanggup kelar leher anak.. macam2 kan...

    BalasPadam
  16. kadang2 kakcik,golongan tu poyo saja lebih....bukan berani mana pun..

    BalasPadam
  17. tu bukan kebal tu kakcik
    tu BEBAL namanya.. ;)

    BalasPadam
  18. golongan ni mmg membencikan.....dia ingat dia masuk dalam kubur nanti malaikat tengok ke kain kafan dari jenis apa?

    BalasPadam
  19. memang macam depa ni ada standard tersendiri. lain daripada orang lain. kononnya pejuang bangsa.

    mungkin bukan semua. tapi yang bukan semua itulah yang mencacatkan imej kesemua merekaa.

    BalasPadam
  20. Saya selalu dengar citer yang konon “hebat” kisah orang dari puak “kerabat” nih.

    Tapi kalu ada kes, manjang nak ajak kaum kerabat turun. Abang Long lah, ayahanda lah.. Perasan kuat, tapi penakut jugak.

    BalasPadam
  21. manusia...
    selalu taksubkan pangkat dan kedudukan..

    ingat ngan pangkat & kedudukan tu nak buat org tunduk patuh pada mereka ke...? ishish..

    BalasPadam
  22. kunun2 ganas la tu eh...

    kat 'sane' lagi teruk kena seksa kan mak...

    tak payah nak tunjuk besar kat bumi sementara ni

    BalasPadam
  23. susah apa ... kak cik pun ada abang long kan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.