Marilah ramai-ramai kita mengasah bakat dalam arena pantun dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Tuan Haji Hamzah Al Lavendari ini.
Syarat dan peraturan SILA KLIK DI SINI |
Soalan Kanda AL :
Anak sepat di dalam sawah
Elok di masak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana?
Kakcik jawab :
Piring dan senduk warisan lama
Letak di tepi bakul hidangan
Gading dan tanduk letakkan bersama
Saling melengkapi memukau pandangan
Kanda Al tanya lagi :
Pisang emas masak sesikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu kuikat
Kenapa hanyut dibawa arus?
Kakcik jawab pula :
Jangan dinyonyot sikapur barus
Nanti putus siurat perut
Bagaimana tak hanyut dibawa arus
Talinya putus tiangnya reput
Eh! ada lagi soalan Kanda AL ni :
Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?
Kakcik cuba jawab jugalah :
Junjung peria bersama ketupat
Ke rumah Pak Haji di hujung titi
Diusung dia ke merata tempat
Untuk menguji jujurnya hati
Kepada yang ingin menyertai 'rancangan berbalas pantun' ini, bolehlah berkunjung ke blog Kanda AL atau KLIK SAHAJA DI SINI
Kalau mak menang tapi mak tak nak duit tu, mak bagi je kat Adik. Nanti boleh Adik pergi makan dengan Ayah. :) |
assalam
BalasPadamhis x pandai la kome bab balas membalas pantun ni
tapi suka baca je layannn
Wa'alaikummussalam AUC...
BalasPadamkakcik pun main 'bantai' je... :)
cik ina angkat tangan surrender, bab pantun ni, tak pandai.. cik ina serahkan pada kak cik.good luck.
BalasPadamCik Ina...
BalasPadamkakcik pun bukan pandai, tapi minat je. :)
sedap bunyi pantun yaang kakcik balas..
BalasPadamsemuga berjaya ye kakcik.
Kakpah...
BalasPadammacam kakcik kata, kakcik memeng suka berpantun. Menang kalah itu soal lain. :)
Kakak pun suka berpantun. Nanti kakak senang kakak terjah jugalah:)
BalasPadamKakzakie...
BalasPadamjom sama2 kita meriahkan kontes Kanda AL tu. :)
Menjadilah kak...
BalasPadamSuka pulak saya baca.
Semoga berjaya ! InsyaAllah.
Reen...
BalasPadamlambat lagi tarikh tutupnya. Jomlah ikut serta. :)
adoi aiii...pantun tu...4 kerat pulak...kena fikir 3 hari 3 malam ni ...ekekeke..kakcik mmg kreatif!!
BalasPadamate kalu saya berpantun, lain nau bunyinye. tapi kalu kakcik, mmg tabik spring ar... moga berjaya ye.. insyaAllah...
BalasPadambak kata adik, kalu kakcik tak nak duit tu, bagi le kat adik, bleh dia belanja saya sekali. hehehehe
semoga berjaya kak cik
BalasPadamkak cik mmg terer bab pantun
walaupun saya cikgu BM
bab pantun ni kureng sket..ehhehe
terima kasih kakcik.
BalasPadamsaya dah jangka ramai yang takut atau segan untuk ambil bahagian. atau mungkin hadiahnya tak sehebat hadiah maharaja lawak. hehe
tidak mengapa. saya anggap ini usaha kecil saya memartabatkan pantun di kalangan blogger khususnya dikalangan pembaca blog kakcik.
ambooiii.. teman ghase le ade can 'pantun2 bantai' kakcik menang ni.. teman undi kakcik aje le!
BalasPadamDr DZ...
BalasPadammakcik suka2 je sebab berpantun adalah minat makcik. :)
Niez...
BalasPadamterima kasih. Ala... Niez cuba je. Mana tahu, yang tak pandai tu yang boleh menang. :)
Mama SN...
BalasPadamcer cuba. Mesti boleh punya. :)
Kanda AL...
BalasPadamsama2. Macam saya kata, saya kalau 'nampak' pantun, memanglah sangat2 teruja walaupun saya sebenarnya tak pandai pun. :)
AzeedA...
BalasPadamkata2 mike tu tidak mempengaruhi keputusan hakim tau. Lain le kalo teman sensoghang je masuk bertanding, memang ceghah le masa depan! :)
suka r baca pantun dari orang2 lama ni..sangat2 puitis...
BalasPadammoga2 mama berjaya =)
Cheqna...
BalasPadamjomlah sertai mama berpantun dengan Uncle Cheqna tu. :)
p/s : mama sangat berharap agar ada ruang untuk berjumpa dengan Cheqna nanti.
herm.. nak join.. tapi kena selak buku sastera lama untuk rujukan...
BalasPadamadoi kak ! .. u are the winner !!! :))
BalasPadamwau... gandingan pantun yang hebat.
BalasPadamRatu Kebaya...
BalasPadamjangan segan-segan, jomlah... :)
Ieda...
BalasPadamjangan kata macam tu, ramai lagi yang masih menyimpan taring mereka untuk dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. :)
AzMask...
BalasPadamjom join kakcik berpantun di sana. :)
wow..kakcik..hebatla..
BalasPadamsaya xpandai nak berpantun..kalo merapu2 boleh la..heheh
Cik Ceria...
BalasPadamcuba je. :)
Wah..sonoknye tgk org berbalas pantun..dedua hebat.. :)
BalasPadamKena jek rima,pembayang dan maksud..
Sangat indah...
Cik SHiNJU...
BalasPadamdah join ke belum? :)
salam kakcik,
BalasPadamada can menang ni...
gud luck ya!
~yus~...
BalasPadamAminnnn... :)
Kak Cik,
BalasPadamDaun layu santapan si angsa,
Habis makan mengejar serati,
Pantun Melayu pusaka bangsa,
Minat mendalam tersemat di hati.
Sungguh indah kupu-kupu kukejar,
Harum semerbak membakar setanggi,
Bukan hadiah yang hendak dikejar,
Martabat Melayu kuangkat tinggi.
Semoga berjaya! =)
sebab kakcik pun bersemangat.. sy pun nak masuk gelanggang jugak la.. (",)
BalasPadamanak muda masuk gelanggang
hebat pantun dari kakcik ni.. payah nak lawan.
BalasPadam